Produk Emas Public Gold Yang Mana Paling Untung?

by on September 16, 2011

Carta dikemaskini pada 2 Ogos 2012. Sila KLIK.

Saya baru perasan, rupa-rupanya, Emas Dinar Public Gold (PG) banyak kelebihan berbanding Gold Bar PG. Mungkin saya boleh katakan syiling emas 1 Dinar PG (ketulenan 916, berat 4.25 gram) adalah produk terbaik untuk pelaburan berbanding produk Public Gold yang lain. Cuba sahabat-sahabat bandingkan empat (4) faktor di bawah:

Faktor #1: Kecairan Tinggi

Kecairannya lebih tinggi daripada gold bar (jongkong emas) disebabkan harganya murah. Kalau nak jual, kita lebih mudah dapat pembeli (individu) syiling 1 Dinar berbanding gold bar. Syiling dinar lebih murah berbanding gold bar disebabkan:

(1) Ketulenan lebih rendah i.e. emas 916 berbanding gold bar i.e. emas 999.9. sedangkan kedua-dua jenis emas ni memang bernilai tinggi untuk jangka panjang.

(2) Beratnya kurang berbanding gold bar. Standard berat 1 Dinar ialah 4.25gram.

Kalau nak pakai duit nanti, boleh jual syiling 1 dinar tu sikit-sikit. Tapi kalau gold bar 20 gram contohnya, memang kena jual seketul 20 gram. Tak boleh jual sikit macam syiling 1 dinar.

Faktor #2: Spreadnya Rendah, Harganya Murah

Spreadnya rendah iaitu cuma 6% – sila rujuk carta perbandingan spread emas Public Gold yang saya sediakan tu. Spreadnya sama dengan spread gold bar 20 gram yang harganya 5 kali ganda lebih tinggi, bahkan spread syiling 1 Dinar (6%) lebih rendah berbanding spread gold bar 10 gram (8%).

Spread rendah maksudnya kita akan dapat lebih CEPAT untung berbanding emas yang spreadnya tinggi. Katakanlah harga emas naik 10%, pembeli syiling 1 Dinar dah dapat untung 4% (10% – 6% spread) berbanding pembeli gold bar 10 gram yang cuma untung 2% (10% – 8% spread) jer.

Setakat yang saya perhati, bentuk syiling dinar paling banyak permintaan ialah syiling 1 dinar berbanding syiling 5 dinar dan 10 dinar, dan gold bar paling tinggi permintaan ialah gold bar 20 gram berbanding 10 gram, 50 gram, 100 gram dan 250 gram. Gold bar 10 gram agak kurang permintaan, mungkin sebab spreadnya paling tinggi. Saya nasihatkan, daripada beli gold bar 10 gram, lebih baik beli syiling 1 dinar.

[Nota: Pengiraan spread ialah (Harga Jualan – Harga Belian) bahagi dengan Harga Jualan. Kemudian, darab dengan 100. Untuk lebih faham tentang pengiraan spread emas, sila rujuk artikel "Perbandingan Spread Emas di Malaysia"]

Faktor #3: Permintaan Lebih Tinggi

Goldbar 20 gram & 1 Dinar.

Permintaan syiling 1 Dinar lebih tinggi daripada gold bar terutamanya masa harga emas mencanak naik. Orang yang modal kecik macam student pun mampu beli syiling 1 Dinar. Emas bentuk dinar ialah antara emas pelaburan paling murah bagi sesiapa nak baru nak bermula.

Lagi satu, orang suka beli syiling 1 dinar untuk buat maskahwin ataupun hantaran. Emas dinar memang sesuai sangat untuk perkahwinan, tapi saya tak pernah dengar orang guna gold bar untuk maskahwin.

Faktor #4: Tiada Transportation Cost (‘Hidden Cost’)

Ramai orang tak perasan, Public Gold mengenakan caj tambahan yang dinamakan “Transportation Cost” untuk belian luar Penang (HQ Public Gold). Caj ini dikenakan untuk SETIAP KEPING emas yang dibeli tak kira dealer ataupun pembeli emas. Boleh cek detailnya di SINI.

Ramai pembeli emas salah faham, mereka fikir “Transportation Cost” ialah caj penghantaran yang dikenakan oleh dealer kepada pembeli. Ia BUKAN caj penghantaran. Untuk caj penghantaran, itu bergantung kepada budi bicara dealer untuk cover ‘duit minyak’ atau kos postage dia.

Istimewanya syiling Dinar PG berbanding gold bar PG ialah TIADA “Transportation Cost” dikenakan walaupun belian di luar Penang. Harga yang dipaparkan di website ialah “net price” yang dikenakan oleh Public Gold kepada pembeli emas.

Syiling 1 Dinar PG Lebih Baik Dari Gold Bar PG

Jadi, saya syorkan sahabat-sahabat semua, jangan risau nak ‘melabur’ dalam emas walaupun modal kecik sebabnya orang yang beli 1 syiling Dinar Public Gold SAMA untungnya dengan orang beli gold bar 20 gram yang harganya jauh lebih tinggi. Kayu ukur sesuatu pelaburan ialah peratusan return on investmentnya (ROI), bukan nilai ringgitnya.

Wallahu a’lam.

Zulkifli

Damansara Heights

18 Ogos 2011

18 Ramadhan 1432

Barang Kemas i-Series

p.s. bagi sahabat yang mungkin berhajat untuk pajak emas tu untuk buat pusing modal bisnes ataupun untuk manipulasi bila harga emas jatuh, saya syorkan beli Barang Kemas i-series 20 gram (yang dikeluarkan khas untuk tujuan pelaburan) sebab mulai Mei 2011, banyak Ar-Rahnu cuma terima barang kemas jer. Emas bentuk gold bar ataupun syiling dah tak diterima untuk pajakan.

Kesimpulan:

  1. Emas bentuk 1 dinar adalah bentuk emas paling murah dan mampu milik. Harganya sekitar RM800 pada Ogos 2011.
  2. Standard syiling emas 1 dinar ialah emas berketulenan 916 (91.6% emas), berat 4.25 gram. Gold bar ialah emas berketulenan 999.9 (99.99% emas), biasanya dijual dalam bentuk 10 gram, 20 gram, 50 gram, 100 gram dan 250 gram.
  3. Emas yang bentuknya lebih kecil akan lebih mudah dapat pembeli kalau nak jual kepada pembeli individu. Kalau nak jual balik pada pengeluar, mana-mana produk pun sama jer.
  4. Bagi pelabur yang berhajat nak gunakan teknik manipulasi pajak, produk terbaik ialah rantai tangan/ leher i-series 22k (10g, 20g, 50g, 100g) Public Gold yang dikeluarkan khas untuk tujuan pelaburan.

Artikel berkaitan:

Spread Silver Public Gold. Sila KLIK.

    { 51 comments… read them below or add one }

    1 noris September 19, 2011 at 6:25 am

    assalamualaikum…w.b.t.
    saya sgt bersetuju dgn pendapat zulkifli.memang syiling emas 1 dinar paling sesuai utk org yg baru nak bermula dgn simpanan emas dan utk org yg modal kecil.
    Kelebihannya byk dan memudahkan org yg bermula dgn modal skit2.untuk org yg baru nak mencuba pun rasanya berbaloi dan boleh faham dgn mudah ttg konsep jual/beli simpan dan melabur emas.
    Saya pun sedang menggunakan teknik menyimpan dan melabur menggunakan syiling emas 1 dinar.
    Saya masih dalam perjalanan mengumpul duit untuk menjadi dealer..dan seterusnya menjadikan emas sebagai sandaran kepada setiap nilai duit tunai yang saya terima.
    Kepada yang baru dan nak mencuba,pendapat zulkifli ini memang best dan paling mudah.

    Terimakasih atas info dari zulkifli!

    Reply

    2 Goblogz September 19, 2011 at 2:20 pm

    Baru cdg nk try bli gold bar, nmpaknya kena pk balik ni..

    Reply

    3 Mohd Zulkifli Shafie September 20, 2011 at 9:43 am

    Wslm Noris,

    T.kasih atas perkongsian. Kalau Noris nak jadi dealer, saya nasihatkan guna duit simpanan yg ada tu buat beli emas dulu. Jgn tunggu cukup baru beli coz saya ada seorang kawan ada duit RM10,000. Dia tgh kumpul utk cukupkan RM20,000 baru nak beli emas. Tapi… harga emas terus naik.. Dulu RM10k tu boleh beli 3 keping gold bar 20g, tp skg cuma boleh beli 2 keping jer + beberapa dinar..

    So, pada saya, strategi yg betul ialah, beli dulu emas dgn duit yg ada. Nanti dah cukup duit, jual/pajak emas di tangan tu, beli balik emas dgn amaun RM20k utk cukup jadi dealer.

    Rusydi (Goblogz),

    Gold bar pun ok. Kalau nak beli gold bar, beli yg 20g tu coz spread dia kecik. Kalau utk betul2 long-term, gold bar pun ok. Saya pun ada banyak ketul juga gold bar.

    Reply

    4 Anonymous December 8, 2011 at 6:47 am

    Apa lak pendapat en zulkifli ngan emas barangan GCP?

    Reply

    5 Mohd Zulkifli Shafie December 8, 2011 at 8:01 am

    Setakat yang saya tahu, emas GCP lebih murah dari Public Gold (GCP), tapi bila nak jual balik, harganya sangat murah sebab spreadnya (susut nilai) terlalu tinggi. Untung masa beli, rugi masa jual.

    Yang keduanya, emas GCP susah dapat buyer individu berbanding emas PG. Itu jer lah serba sedikit yang saya tahu. Untuk info lanjut, better rujuk pada dealer GCP sebab mereka lebih tahu tentang GCP berbanding saya.

    Wallahu a’lam.

    Reply

    6 Ahmad Finance January 3, 2012 at 11:22 am

    Salam tuan,,satu perkongsian yang menrik..
    mohon share di blog sya
    let me know if i can do so..TQVM

    Reply

    7 Mohd Zulkifli Shafie January 5, 2012 at 1:53 am

    Wslm Ahmad, alhamdulillah, puji-pujian bagi Allah. Kalau ianya bermanfaat untuk Ahmad, sebarkan artikel ni. Moga ia jadi amal jariah kita semua, insyaAllah.

    Reply

    8 Anonymous January 8, 2012 at 3:05 pm

    bos..dinar pg mmg bes..dinar gcp guna 999,bila di tanya kwn yg br join gcp jd dealer,dia kata dinar zmn nabi 999,zmn saidina umar baru 916..wallahu a’lam..

    hakim pg012186

    Reply

    9 AHMAD FARIDZAM BIN TOKIJAN January 10, 2012 at 7:39 am

    assalam TT blog…sy sgt berminat membaca artikel yg TT buat..sgt menarik…sy meminta izin utk share kan artikel TT dlm blog sy… :)…

    terima kasih Tuan Tanah :)

    Reply

    10 Mohd Zulkifli Shafie January 10, 2012 at 12:58 pm

    Hakim, samada emas 999 atau 916, dua2 bagus utk investment. Emas 999 beli mahal, jual pun mahal. Emas 916 beli murah, jual pun murah. Tapi yang paling penting, return on investmentnya SAMA jer.

    Wslm Ahmad Faridzam,

    Kalau artikel ni bermanfaat, puji-pujian bagi Allah. Silakan share, moga ia jadi pahala jariah utk kita semua, insyaAllah.

    Reply

    11 Anonymous February 1, 2012 at 3:11 am

    bagus ni…asben dala baru bercita cita nk buka public gold yg gram punye… nti dala akan nasihatkan die untuk beli yg dinar…tq

    Reply

    12 Mohd Zulkifli Shafie February 2, 2012 at 4:03 pm

    Alhamdulillah… antara gold bar dan dinar, saya memang prefer dinar. Tapi kalau beli gold bar pun ok juga.

    Reply

    13 Anonymous February 2, 2012 at 1:04 pm

    Salam..MZS., sebut fasal 1dinarPG, Alhamdulillah hari ni PGsell791 PGbuy743..ditakdirkan baru aje kenal dgn sorang dealer dan dia sudi nak jual sebanyak 4 keping pada harga 769…sesama dpt untung..Ok ke action sy ni MZS..? Pakmat

    Reply

    14 Mohd Zulkifli Shafie February 2, 2012 at 4:05 pm

    Wslm Pakmat.

    Bagus tu dapat beli harga murah sikit dari harga pasaran. Asalkan conditionnya ok, dan ada certificate.

    Reply

    15 JK March 5, 2012 at 12:33 pm

    Simpan emas untuk kesejahteraan..alhamdulillah dah makin ramai yang celik emas di sini….

    Reply

    16 Mohd Zulkifli Shafie March 6, 2012 at 4:15 am

    Alhamdulillah JK… :)

    Reply

    17 syaiful bahar April 6, 2012 at 3:21 am

    salam sy syaiful sy memiliki syiling emas
    GEORGIVS V D.G.BRITT:OMN:REX F.D.IND:IMP: thn 1912
    adakah nilainya tinggi dan sy ingin menjualnya…
    buat masa skrang ni sy menyimpan di bank…sekiranya ada value sy ingin menebusnya dan menjualnya bg yg berminat

    Reply

    18 Mohd Zulkifli Shafie April 6, 2012 at 3:30 am

    Wslm Saiful,

    Itu emas lama tu kan? Saya tak sure berapa harganya, tapi Syaiful kena cek berat & ketulenan. Kira berapa harga semasa.

    Tak silap saya, itu emas 916.. harga semasa lebih kuran RM172/gram. Darab dgn berat emas tu + premium nilai sejarahnya… Rasa rasa harganya mahal tu.

    Reply

    19 ID July 22, 2012 at 8:16 am

    salam..mana nak beli tuan..hargnya berapa skrg?

    Reply

    20 Mohd Zulkifli Shafie July 22, 2012 at 11:07 am

    Wslm,

    Tuan duduk area mana? Harga dia tuan boleh cek di http://www.publicgold.com.my. Kalau nak beli emas PG, tuan contact saya di 019-3368009. Saya akan bantu apa yang boleh, insyaAllah.

    Reply

    21 syarani md sariff July 26, 2012 at 10:21 am

    bertuah nya saya tersinggah diblok ni…memang sangat2 berhajat berkaitan bisnes mas… nak tanya saya ada simpanan sijil simpanan premium (sspn) sebanyak rm 10k… untung sy keluar beli mas atau simpan je.. kot2 no sijil bertuah…tlg beri pandangan…

    Reply

    22 Mohd Zulkifli Shafie July 26, 2012 at 10:33 am

    Pn. Syarani,

    SSPN ada kelebihan, emas pun ada kelebihan. SSPN untung besar kalau sijil tu ‘bertuah’, emas ni purata keuntungan 15% – 20% bagi semua penyimpan emas. Terpulang kepada pertimbangan Pn. Syarani yang mana lebih bagus.

    Wallahu a’lam.

    Reply

    23 Anonymous August 17, 2012 at 1:00 pm

    Salam tuan zul..mohon pandangan dr tuan..pendapat tuan tentang emas sri ayu..saya dapati harganya dan spreadnye juga lbh rendah dr pg..tp emas sri ayu harganya ikut harian rs saya..saya xnah beli lg emas sri ayu br survey2..apa pendpt tuan zul?..from imah

    Reply

    24 Mohd Zulkifli Shafie August 27, 2012 at 10:33 am

    Wslm Pn. Imah,

    Untuk emas Sri Ayu, saya rasa better Pn. Imah rujuk dealer Sri Ayu utk dapat info yang lebih tepat. Cuma pada pendapat saya, emas Sri Ayu ni sesuai kalau Pn. Imah duduk area Pantai Timur sebab branch dia banyak kat sebelah sana.

    Menurut diskusi saya dengan rakan dealer di Kota Bharu, katanya emas Sri Ayu tak sesuai kalau jumlah pelaburan yang agak besar (e.g. 100k dan ke atas) sebab kemampuan syarikat untuk beli balik agak terhad.

    Wallahu a’lam.

    Reply

    25 Anonymous September 30, 2012 at 12:06 am

    saya pernah beli dirham dari agen public gold tapi kena bayar transportation cost. Kenapa dinar tak ada transportation cost?

    Reply

    26 Mohd Zulkifli Shafie September 30, 2012 at 12:12 am

    Betul tu. Memang ada transportation cost untuk dirham. Tuan boleh rujuk diweb Public Gold, tengok bahagian “About Us” > “How To Buy/ Sell”. Atau boleh refer link ni; http://bit.ly/UZvKV6.

    Reply

    27 amran October 11, 2012 at 1:14 pm

    salam en zul,saya nak minta pandangan en zul mana ya terbaik yg pertama kalau kita beli emas dan bila bila ada keuntungan kita jual emas dan bila harga emas turun kita beli dan simpan balik .yg kedua kita beli emas kita simpan dan bila nak guna duit baru kita jual sikit jadi saya nak minta pandangan en zul is the best

    Reply

    28 Mohd Zulkifli Shafie October 12, 2012 at 4:02 am

    Wslm En. Amran,

    Kaedah pertama tu lebih kepada trading. Jual beli emas secara kerap. Buy low, sell high. Untuk jadi trader, saya syorkan En. Amran simpan sebahagian emas untuk long term investment. Beli, simpan, beli, simpan. Bila nak pakai duit baru jual.

    Bila ada modal lebih, boleh guna duit lebihan tu untuk buat trading. “Buy low, sell high” secara kerap untuk dapat cashflow. Setakat ni, saya belum allocate duit untuk “trading”. Cabaran trading ni ialah jiwa kita akan sering terganggu dengan turun naik harga emas… :)

    Wallahu a’lam.

    Reply

    29 amran October 12, 2012 at 8:21 am

    ok tkasih atas pandangan en zul diatas,oh ya tadi sy baru ambil emas saya kat pg ampang sy beli 1dinar skping dan 2dinar skping

    Reply

    30 Mohd Zulkifli Shafie October 12, 2012 at 8:57 am

    Alhamdulillah.. Puji-pujian bagi Allah..

    Reply

    31 ADMIN January 21, 2013 at 4:22 am

    as salam saya nak tanya….sya nak tanya kalau contoh…orang tu student ipta bru 21 duit dlm bank adalah dlm 27-28k jadi elok ckit2 atau bli trus 20k cntoh 1 dinar semua kew sbb snang nak jual blik kalau da trdesak nk guna duit kn atau mcm mna sbb ats 20k blikn dpt diskaun kn…atau bli ckit2 ja mcm 3-4k ja emas ni…mintak pandangan ckit…encik zul…trima kasih

    Reply

    32 ADMIN January 21, 2013 at 4:26 am

    cntoh student ni pun bukan orang senang orang biasa cuma dia kumpul duit ni dri schlarship ja…

    Reply

    33 Mohd Zulkifli Shafie January 21, 2013 at 4:46 am

    Wslm tuan,

    Kalau duit tu tak pakai agak-agak dalam tempoh setahun, saya boleh syorkan beli emas. Kelebihan beli sekaligus RM20k ialah tuan secara automatik jadi dealer dan akan mendapat komisyen 1% atas setiap belian, dan 0.5% atas jualan balik kepada Public Gold. Selain tu, tuan akan nikmati komisyen bila dapat bantu orang lain membeli emas.

    Kelebihan beli sikit-sikit (e.g. RM3k-RM4k) setiap kali belian ialah tuan dapat buat cost-averaging. Contohnya sekarang 1 dinar RM730, kalau harga emas naik RM760, tuan beli lagi sikit. Tiba-tiba harga jatuh RM680, tuan beli lagi sikit. Bila dikira secara keseluruhan, kos setiap keping dinar yang tuan ada cuma RM721.

    Kalau duit tu memang untuk long-term saving, saya syorkan beli sekaligus terus dan pejamkan mata. Tuan hanya perlu cek balik harga emas tahun depan pada tarikh yang sama.

    Wallahu a’lam.

    Reply

    34 ADMIN January 21, 2013 at 4:57 am

    terima kasih atas pndangan tuan zul ya…moga ALLAH merahmati tuan zul sekeluarga aamiin

    Reply

    35 Mohd Zulkifli Shafie January 21, 2013 at 4:59 am

    Amiin ya Allah. Terima kasih atas doa tersebut. Moga Allah kembalikan doakan tersebut kepada tuan juga. Amiin.

    Reply

    36 ADMIN January 21, 2013 at 5:02 am

    lau contoh orng tu nak beli kan elok beli dinar kew apa kew gold bar kew??…sbb dia student kan..kew nak ambik yg spread rendah jew…sbb sy pun bru tahu sbb bca blog encik zul da berjam2 aritu huhu

    Reply

    37 Mohd Zulkifli Shafie January 21, 2013 at 5:08 am

    Saya syorkan beli dinar kesemuanya sebab spread lebih rendah & tiada transporation cost untuk semenanjung Malaysia. Kalau nak mudah jual sikit-sikit nanti, beli syiling 1 dinar (spread 6%) kesemuanya. Kalau nak jual skaligus in future, beli syiling 10 dinar (spread 5%) kesemuanya. Wallahu a’lam.

    Reply

    38 ADMIN January 21, 2013 at 5:53 am

    terima kasih ya encik zul….atas nasihat tu…

    Reply

    39 Mohd Zulkifli Shafie January 21, 2013 at 5:58 am

    Alhamdulillah… Sama-sama tuan.

    Reply

    40 Anonymous February 19, 2013 at 2:37 pm

    Salam cik zul..

    Saya berminat untuk beli emas dinar.
    Boleh saya tahu harga 1 dinar bersamaan dgn brpa RM?

    Reply

    41 Mohd Zulkifli Shafie February 19, 2013 at 11:16 pm

    Wslm tuan,

    Sekarang ni 1 dinar RM701. Tuan boleh cek harga di http://www.publicgold.com.my untuk harga terkini sebab harga berubah setiap 20 minit. Untuk buat belian, kena minta bantuan dealer untuk lock harga. Kalau perlukan bantuan saya, contact 019-3368009 (Zul). InsyaAllah saya boleh bantu.

    Reply

    42 Anonymous February 20, 2013 at 6:17 am

    Terima kasih cik zul..nanti saya call cik zul

    Reply

    43 Mohd Zulkifli Shafie February 21, 2013 at 4:19 am

    Its ok.

    Reply

    44 nizam July 12, 2013 at 6:15 pm

    spread tu apa saudara? saya tak faham

    Reply

    45 Mohd Zulkifli Shafie July 12, 2013 at 8:19 pm

    “Spread” tu selalu diistilahkan sebagai “susut nilai”. Kalau En. Nizam cek harga emas Public Gold (www.publicgold.com.my), kat situ dipaparkan dua harga iaitu “PG Sell” dan “PG Buy”. “PG Sell” tu harga Public Gold jual kepada kita, “PG Buy” tu harga Public Gold beli balik daripada kita. Peratus perbezaan harga tu dipanggil “spread”. Lagi rendah, lagi cepat untung.

    Reply

    46 Syahruddin Zainul July 18, 2013 at 11:17 pm

    Salam tuan, saya ada dua soalan;

    1. Saya ada duit sikit dan plan nak melabur emas. Saya tinggal di Damansara Damai, boleh saya jumpa tuan untuk dapatkan khidmat nasihat sebelum saya buat pelaburan? (Tunjuk ajar ku sifuu) =)

    2. Setiap kali kita nak jual emas, kita perlu ke cawangan Public Gold ker? dan di mana cawangan yang paling berdekatan dengan Damansara Damai =)

    Terima kasih tuan

    Reply

    47 Mohd Zulkifli Shafie July 19, 2013 at 3:11 pm

    Wslm En. Syahruddin,

    1. Boleh, insyaAllah. Nanti contact saya, ok? 019-3368009.

    2. Bila nak jual, boleh jual samaada di ofis Public Gold atau mana-mana dealer Public Gold. Ofis Public Gold terdekat di Sunway.

    Reply

    48 Hannan August 12, 2013 at 5:01 am

    Assalamualaikum tuan. Sgt bermanfaat blog ni. Saya terbaca tuan pernah kata simpan emas lebih baik dari simpan di tabung haji dsb. Cuma, cth kalo saya kira:
    Kalaulah dinar naik dalam 10% pon, kalau siap2 tolak dgn spread m zakat( 10%-6%-2.5%) maka dia akan jadi 1.5% sahaja..sedgkan tabung haji terendah bonus ialah 3%. Aa pndpt tuan?

    Reply

    49 Mohd Zulkifli Shafie August 12, 2013 at 6:56 pm

    Wslm Pn. Hannan,

    1. Keuntungan pelaburan emas bergantung pergerakan sebenar harga emas dunia. Sejak tahun 2001, harga emas secara puratanya naik sekitar 15% – 20% setahun. Tahun 2010 – 2011, harga emas naik sehingga 35% setahun. Bermula tahun 2012, kenaikan harga emas tak konsisten sebagaimana tahun sebelumnya disebabkan sentimen ekonomi US dan Eropah.

    2. Pengiraan yang Pn. Hannan buat tu memang betul. Keuntungan simpanan Tabung Haji agak konsisten, sedangkan emas bergantung pergerakan sebenar harga emas dunia. Kalau mengikut track record 10 tahun harga emas, memang emas lebih untung. Kalau lihat harga emas 2012 semata-mata, Tabung Haji lebih untung.

    3. Saya secara peribadi letakkan sebahagian simpanan dalam Tabung Haji, dan sebahagian besar dalam bentuk emas atas keyakinan emas adalah penyimpan nilai paling ampuh dalam sejarah manusia. Duit yang disimpan dalam bentuk emas lebih selamat dari dibelanjakan, dan tahan dari sebarang kegawatan ekonomi.

    4. Emas sesuai dibeli dengan duit simpanan jangka panjang yang selalu diistilahkan sebagai “simpanan untuk dilupakan”.

    Wallahu a’lam.

    Reply

    50 Fatin July 25, 2014 at 12:22 pm

    Salam,

    Saya nak mintak pendapat, kalau saya nak jadi dealer emas produk apa saya patut beli sebagai simpanan ye?
    1- Dinar
    2- Gold Bar
    3- Mix Dinar+Gold Bar

    Terima Kasih

    Reply

    51 Mohd Zulkifli Shafie July 25, 2014 at 3:20 pm

    Wslm Pn. Fatin,

    Kalau beli untuk simpanan semata-mata, saya syorkan beli item yang susut nilai paling rendah macam syiling 10 dinar x 3 keping, dan cukupkan dengan 5 dinar dan 1 dinar.

    Kalau beli untuk jana pendapatan sebagai dealer, pilih item yang paling banyak permintaan. Antara yang boleh saya syorkan:

    - Gold bar 10g x 1 keping
    - Gold bar 20g x 1 keping
    - 5 dinar x 1 keping
    - 2 dinar x 3 keping
    - 1 dinar x cukupkan sampai RM20k

    Lepas tu belajar cara jana pendapatan sebagai dealer.

    Reply

    Leave a Comment

    Current ye@r *

    { 1 trackback }

    Previous post:

    Next post: