Sejak tahun 2010 saya menabung emas, saya tengok 2 kali harga emas jatuh dengan banyak. Iaitu tahun 2013 dan tahun 2026.
Kedua-duanya bermula dengan kenaikan harga yang luar biasa, iaitu kenaikan lebih 20% setahun.
More...
Sebelum kejatuhan mendadak
Tahun 2026 ni, harga emas dah turun mencecah 15% berbanding Januari; 6 bulan sebelumnya.
Tapi sebelum berlaku penurunan mendadak tu, ia bermula dengan kenaikan luar biasa harga emas, iaitu kenaikan lebih 50% setahun!
Ia kenaikan yang luar biasa, yang tak pernah berlaku sepanjang 16 tahun saya menabung emas.
Jadi saya cuba study dan fahamkan untuk cari apa strategi yang paling selamat dalam menabung emas sebagai panduan saya dan kita semua.

Graf 10 tahun harga emas. Perhatikan dalam bulatan biru, sebelum berlaku kejatuhan mencecah 15% dalam masa 6 bulan (tahun 2026), berlaku kenaikan luar biasa pada tahun 2025 - 2026, itu kenaikan mencecah 50% setahun!

Setelah berlaku kenaikan lebih 50% pada Januari 2026, harga emas jatuh 12.69% dalam masa 6 bulan. Ia kejatuhan yang banyak berbanding kenaikan harga purata sekita 10% setahun sepanjang 20 tahun terakhir. Walaubagaimana pun, harga emas masih lagi dianggap naik sebanyak 20.31% berbanding 12 bulan sebelum ni.
Strategi paling selamat
Daripada study yang saya buat, ini ringkasannya;
- Berdasarkan sejarah 50 tahun; bila berlaku kenaikan harga emas melebihi 20% dalam masa 12 bulan terakhir, itu adalah "lampu kuning". Kena berhati-hati kalau nak beli emas jumlah banyak sekaligus. Yang menabung sikit-sikit tapi konsisten akan sentiasa selamat.
- Dalam kira-kira 50 tahun sejarah moden emas, kejatuhan lebih 20% bukan perkara biasa. Ia berlaku hanya sekitar 7–8 episod besar, atau secara kasar sekali setiap 6–8 tahun.
- Maka setiap kali berlaku kenaikan 20–30%+ dalam tempoh singkat, kita patut anggap; “harga dah naik terlalu cepat berbanding trend jangka panjang”, bukannya anggap kadar kenaikan luar biasa itu akan berterusan selama-lamanya.
- Harga emas akan jatuh banyak lepas tu sebagai "correction"; pembetulan harga yang dah naik secara berlebihan.
- Jadi tak sesuai borong emas dalam situasi harga emas telahpun naik lebih 20% dalam masa 12 bulan. Ambil tempoh bertenang dulu.
- Kalau beli sikit-sikit secara konsisten, itu tak ada masalah sebab DCA (Dollar Cost Averaging) menyebabkan kos emas di tangan kita sentiasa di paras harga patut (rendah).
> Dollar Cost Averaging (DSA): Teknik Kumpul Emas Sampai 1 Kilogram Tanpa Stress - Strategi paling evergreen; Simpan sikit-sikit + simpan lama + jangan gunakan duit yang diperlukan dalam masa terdekat + jangan berhutang untuk beli emas. Ia membuatkan kita kekal selamat walau apapun situasi harga emas. InsyaAllah.
Zulkifli
Sg. Petani
8 Ogos 2026
23 Safar 1448H
Artikel berkaitan:
- Graf Harga Emas 30 Tahun : Ini Point Terpenting Perlu Difahami
- Harga Emas Jatuh, Bukan Macam Saham. Ia Tak Akan Jatuh Kosong
- Fear Barometer: Kenaikan Harga Emas Datang Bersama Berita Buruk?!
- Bila Emas Ada di Tangan, Kita Senyum Tengok Harga Emas Jatuh!
- Harga Emas Dah Mahal. Sesuai Lagi Ke Beli Emas Sekarang?

