MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Persepsi Pajak Emas Sudah Berubah. Hanya Orang Berduit Sahaja Pinjam Di Ar-Rahnu

September 6, 2018

gadai emas pajak emas di ar rahnu pos

Beli emas maksudnya simpan duit, bukan menghabiskan duit. Emas itu sebenarnya adalah duit. Kalau nak pakai duit, kita boleh jual atau pajak sahaja emas-emas itu untuk dapatkan wang tunai segera.

Bagi siapa simpan emas, dia tak perlu lagi perlu buat Personal Loan (Pinjaman Peribadi) bila nak pakai duit. Pajak atau gadai sahaja emas di ar-rahnu untuk dapatkan pinjaman tunai segera bercagarkan emas. Prosesnya mudah, cepat, dan boleh dapat pinjaman tunai on the spot! Ianya disahkan patuh syariah bagi gadaian yang dibuat di institusi ar-rahnu.

Bagaimana cara nak pajak emas? Apa tip yang kena tahu tentang pajakan emas?

Ini video ringkas dari saya tentang cara pajak emas.

[embedyt] https://www.youtube.com/watch?v=vYfqmAxVUUA&width=550&height=309[/embedyt]Video ini saya rakamkan di Pos Ar-Rahnu Dengkel selepas dapatkan pengalaman sendiri pajak emas di situ. Saya pajak dinar emas jenama Public Gold dalam tempoh hanya 2 minggu, dan berjaya dapatkan pinjaman on the spot sebanyak RM8,000. Ia pengalaman menarik.

Persepsi Pajak Emas Sudahpun Berubah

Zaman dulu, orang rasa malu nak ke pajak gadai (iaitu sebelum wujudnya institusi ar-rahnu). Maka dia terpaksa pajak emas perhiasan isteri yang dia ada. Ia menunjukkan orang itu sedang terdesak dan kesempitan wang. Ia sesuatu yang mengaibkan.

Tapi zaman sudahpun berubah...

Sekarang ini, pergi ke ar-rahnu bukan lagi sesuatu yang mengaibkan. Ia menunjukkan seseorang itu adalah penyimpan emas. Dia ada duit, tetapi duitnya disimpan dalam bentuk emas samada emas perhiasan ataupun emas pelaburan seperti gold bar ataupun syiling emas dinar.

gadai emas pajak emas di ar rahnu pos

Hanya orang ´berduit´sahaja boleh dapatkan tunai segera di ar-rahnu. Tak perlu segan untuk pajak emas simpanan di ar-rahnu bila perlukan wang segera. Ini pengalaman pertama saya cupa pajak sendiri di Pos Ar-Rahnu.

Kalau dia tak ada 'duit' yang disimpan dalam bentuk emas, tempatnya bukan ke ar-rahnu. Sebaliknya dia kena ke kaunter bank untuk dapatkan Personal Loan. Perlu serahkan pelbagai dokumen dan tunggu beberapa hari ataupun minggu barulah dapat wang pinjaman tersebut daripada pihak bank. Kalau bernasib baik, dapat pinjaman. Kalau tak bernasib baik, tak dapat pinjaman. Ia bergantung kepada penilaian bank atas kemampuan dia untuk membayar semula pinjaman tersebut.

Ada Emas Maksudnya Ada Duit

Tetapi bagi sesiapa yang simpan emas, dia tak perlu lagi buat Personal Loan dan tunggu kelulusan daripada pihak bank. Sebaliknya pajak sahaja emas simpanannya untuk dapatkan pinjaman tunai segera. Asalkan emas yang dicagarkan itu tulen dan tidak bermasalah, pasti dia akan diberikan pinjaman on the spot! Ya, on the spot! Tak perlu tunggu beberapa hari untuk kelulusan. Bahkan dalam tempoh 10 - 15 minit pun sudah boleh dapat pinjaman tunai bercagarkan emas.

Ar-ranhu adalah pinjaman yang selamat. Selamat bagi pihak ar-rahnu sebab mendapat cagaran dalam bentuk emas yang lebih mahal dari jumlah pinjaman yang diberikan. Dan ia juga selamat bagi penyimpan emas sebab pinjaman itu dibackup dengan simpanan emasnya sendiri.

Kalau tak mampu tebus, jual sahaja emas itu dengan cara "jual surat pajak". Tak ada risiko terjerat dengan masalah hutang!

Pinjaman Ideal Jangka Pendek

Dan apa yang menariknya juga ialah tempoh pinjaman yang sangat fleksibel. Ia sangat ideal bagi yang nak buat pinjaman jangka pendek.

Kalau Pinjaman Peribadi, tempoh minimum pinjaman adalah 2 tahun. Tapi kalau ar-rahnu, nak pinjam sehari pun boleh. Ada ar-rahnu kenakan caj mengikut tempoh mininum 1 bulan, dan ada yang dua (2) minggu, bahkan ada juga cajnya mengikut harian.

Kalau pajak di Pos Ar-Rahnu, tempoh minimum caj yang dikenakan ialah 2 minggu. Kalau pajak sehari pun, cajnya dikira untuk dua minggu pertama, dan selebihnya dikira mengikut harian.

pajak 1 dinar

Saya pajak syiling emas Public Gold berketulenan 999.9, iaitu item 5 dinar x 2 keping, 1 dinar x 5 keping, dan 1/2 dinar sekeping. Kesemuanya 15.5 dinar dengan jumlah berat 65.875 gram. Emas ini bernilai RM10,935.42 berdasarkan harga semasa yang ditetapkan oleh Pos Ar-Rahnu sendiri pada hari pajakan tersebut. Maksudnya harga semasa RM166/gram - agak rendah. Tapi tak apa, pinjam sedikit, bayar pun sedikit juga.

Selamat Tinggal Personal Loan!

Banyak feedback yang saya terima, mereka yang selalu buat Pinjaman Peribadi setiap kali nak pakai duit bila sangat memerlukan akhirnya tidak perlukan lagi pinjaman tersebut setelah mulakan tabiat menyimpan emas.

Bila simpan emas, maksudnya dia simpan duit. Ada emas, maksudnya ada duit. Cuma duit disimpan dengan cara yang lebih baik kerana ia diikat pada aset yang terjamin nilainya iaitu emas.

Emas yang dicagarkan di Pos Ar-Rahnu disimpan diseal dalam plastik begini. Apa yang menarik, emas Public Gold berseal ini diterima sebagai cagaran tanpa perlu buka sarung plastik dan tanpa perlu diuji ketulenannya!

Dan akhir sekali, ada perkara menarik tentang tabiat mereka yang pajak emas berbanding yang buat Personal Loan.

Perbezaan Sikap Terhadap Hutang

Pertama, mereka yang pajak emas, mereka tak akan pajak emas tersebut kecuali kalau ada hal yang benar-benar mustahak sahaja.

Kedua, apabila buat pinjaman, mereka pinjam dalam jumlah sekadar yang benar-benar diperlukan sahaja. Kalau perlukan RM5,000, maka dia akan dapatkan pinjaman cukup-cukup RM5,000 dan mencagarkan beberapa keping emas hanya sekadar cukup mendapat pinjaman sebanyak itu. Kalau pinjam lebih banyak, cajnya lebih mahal.

Ketiga, mereka akan melunasi pinjaman secepat mungkin!

Walaupun tempoh yang diberikan selama 6 bulan, tetapi bila ada duit, mereka akan bayar cepat-cepat. Tidak seperti Personal Loan yang caj dikenakan adalah tetap walaupun kita bayarnya lebih awal. Bagi pinjaman ar-rahnu, kalau kita bayar dalam tempoh 1 bulan, maka caj pinjaman yang dinamakan "upah simpan" itu hanya dikenakan untuk tempoh sebulan sahaja!

pajak emas di pos ar rahnu

Dah lama saya tak pajak emas. Seminggu sebelum Hari Raya Idul Fitri hari tu, saya datang ke Pos Ar-Rahnu Dengkil bersama isteri untuk dapatkan pengalaman sendiri. Pajak pada 8.6.2018, kemudian tebus semula pada 21.6.2018. Pajak 13 hari sahaja. Cara paling mudah untuk pandai tentang pajakan ialah datang dan pajak sendiri emas walaupun cuma 1 gram. Bila dah buat, baru akan faham. Bawa emas, dan bawa kad pengenalan sahaja.

Jadi bagi pemajak atau pengadai, mereka akan bayarnya secepat mungkin untuk dapatkan penjimatan pada caj pinjaman. Selain itu juga, pastikan mereka nak dapatkan semula emas-emas kesayangannya yang dicagarkan itu!

Walaupun pinjaman ar-rahnu adalah hutang juga, tapi hutang begini hutang yang selamat dan sihat sebab tidak ada sebarang risiko terjerat dengan masalah hutang seperti hutang-hutang yang lain, insyaAllah. Hutang itu telahpun dijamin oleh harta kita yang sedia ada, bukan dicagarkan dengan slip gaji i.e. pendapatan masa depan!

Zulkifli
Cyberjaya
Artikel ditulis pada 23 Jun 2018
9 Syawwal 1439H

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

  • Kalau di Indonesia lebih nyaman ke BSM (Bank Syariah Mandiri) mereka bisa taksir 90% – 95% harga saat itu. Kalau di pegadaian biasa cuma 80%, dan bunga pinjaman di pegadaian cukup tinggi (2,5%).

  • Assalamualaikum Encik Zulkifli ,

    Saya dah dua kali memajak emas saya .
    Memang tenang tanpa orang lain tahu. kita ada duit , duit dalam bentuk emas . tak perlu tebal muka pinjam wang dengan orang lain
    tak perlu risau dikejar along krn kita berurusan dengan orang yang tak sismbah cat merah, x ugut famili . selamat!

    alhamdulillah , pengalaman memajak emas susah ada . jadi ianya boleh saya share dengan pelanggan .

    moga lebih ramai pelanggan PG yang tahu kelebihan ini . InshaAllah akan disebarkan kebaikan simpan emas .

    AMIN .

  • sy sudah lama membuat pajakan sebegini dan mmg terbukti ianya lebih selamat dan cekap dari membuat personal loan.

    sy pernah sarankan kaedah begini kepada kawan2 yg suka membuat personal loan.tetapi biasa mereka x nampak.rugi katanya…
    mereka x pernah pajak dan ada emas sebab itu mereka kata rugi.

    secara asasnya walaupon pajak, nilai duit kita x hilang selagi kita ada emas.
    dan emas dan duit itu berligar2 disekeliling kita.

  • Terbaik en zul. Memang sekarang tak perlu segan silu pi Ar Rahnu. Kita pajak emas kita. Duit kita dalam bentuk emas. Sy pon dh lebih 4 kali pajak gadai emas untuk mendapatkan cash money dengan cara paling pantas. Ada duit ambil balik emas. =D

  • Terima Kasih atas perkongsian ilmu dari semua Tuan2 Otai terutama kepada En. Zulkifli. Saya Asraf, dan baru ingin mula berjinak2 dengan emas. Saya ada satu soalan berkaitan pajak emas.

    Soalan saya, macam mana encik zul membayar semula pajakan yang dibuat dalam masa yang boleh dikatakan singkat. Dan bagaimana perkara tersebut bole diaplikasikan dalam konteks saya yang baru dalam dunia emas ini.

  • {"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
    >