MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Air Asia Pilihan Terbaik Buat Business Traveller

March 17, 2023

Saya ambil flight hampir setiap minggu. Kebanyakkan flight saya ambil ialah Air Asia.

Walaupun sebenarnya ia pilihan terakhir, tapi sebenarnya kelebihan paling utama ialah KEKERAPAN FLIGHT. 

Faktor ini tak ada yang boleh lawan Air Asia untuk flight di Malaysia.

More...

Jadi sebagai frequent business traveller seperti saya, keutamaan saya ialah flight yang sesuai dengan jadual aktiviti bisnes saya. 

#1 - Kekerapan Flight

Kekadang saya ambil flight setiap hari dari satu seminar ke seminar yang lain. 

Hari ini dan esok saya sampaikan #SeminarBisnisEmas di Jakarta. Ini seminar saya yang ke-23 dan ke-24 bersama #PublicGoldIndonesia.

Jumaat (27.7.2018) saya akan sampaikan seminar di Surabaya. Kemudian pada Sabtu (28.7.2018) nanti di Solo (Surakarta), iaitu seminar ke-26 saya.

Hari berikutnya pulang ke Kuala Lumpur dengan transit di Jakarta. Hari Isnin saya sudah ada jadual aktiviti lain.

Jadi kekerapan flight adalah faktor paling utama.

#2 - Harga Munasabah

Faktor kedua ialah HARGA MUNASABAH.

Flight Air Asia bukanlah sentiasa paling murah, tapi harganya kira munasabah bagi traveller. Flight cuma 1 - 3 jam.

Yang penting sampai ke destinasi dengan sedikit selesa, walaupun bukanlah begitu selesa.

Perkara paling tak selesa tentang AirAsia ialah ruang tempat duduknya sempit.

Bagi saya yang berketinggian 175 cm, lutut saya mesti cecah seat depan. Kalau saya nak buka laptop buat kerja dalam flight, memang susah. Lebih-lebih lagi saya pakai Macbook 15" (besar).

Dan yang terakhir saya suka Air Asia ialah BANYAK PILIHAN MAKANAN dengan harga yang munasabah (kalau beli secara pre-book).

#3 - Banyak Pilihan Makanan

Traveller macam saya, kekadang tak sempat singgah makan untuk kejar flight.

Jadi memang saya pre-book je makanan bagi flight yang ada kebarangkalian saya tak sempat singgah makan, samada breakfast, lunch atau dinner.

Walaupun sebenarnya saya dah muak dengan makanan dalam flight Air Asia sebab terlalu kerap travel dengan Air Asia, tapi sekurang-kurangnya ada banyak pilihan makanan.

Walaupun Malindo Air dan Malaysia Airlines (MAS) makanannya free, tapi saya lebih suka cara Air Asia sebab banyak pilihan.

MAS selalunya cuma 2 pilihan je. Pendek kata kalau travel 10 kali pun, memang 2 pilihan itu je...

Malindo pulak langsung tak ada pilihan...

Itulah sebab kenapa saya pilih #AirAsia walaupun sebenarnya ia pilihan terakhir.

Kelebihan Lain AirAsia

Sepanjang beberapa tahun (sejak 2017) trip saya membina bisnes bersama #PublicGoldIndonesia, saya setuju #AirAsia adalah low cost airlines terbaik. Antara faktor lainnya:

  1. Proses check in lebih mudah. Mobile apps lebih user-friendly.
  2. Aircraft lebih bersih. Baunya lebih menyenangkan.
  3. Legroom (ruang tempat duduk) lebih selesa berbanding low cost airlines lain.
  4. Pilihan makanan lebih banyak dengan packaging nampak lebih eksklusif.
  5. Jadual penerbangannya banyak dan lebih kerap.

Perkara Tak Best Tentang AirAsia

Kewujudan Air Asia sebenarnya satu rahmat bagi rakyat Malaysia.

Memang betullah tagline AirAsia, "NOW EVERYONE CAN FLY!"

Cuma... Ia bukan jaminan kita dapat terbang mengikut waktu yang dijadualkan.

"Retime" (bahasa lebih menyedapkan hati berbanding "Delay") adalah perkara biasa bagi AirAsia...

Dan lagi satu kekurangan AirAsia, Boarding Gate di Terminal KLIA2 tidak seselesa berbanding naik MAS atau Malindo Air di Terminal KLIA1 yang lapang, dan selesa.

Masing-masing ada kelebihan dan kekurangan.

Allahu a'lam.

Zulkifli
Jakarta
26 Julai 2018
Jakarta

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
>