MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Fahami 7 Perkara Asas Ini Sebelum Memulakan Tabungan Emas

November 29, 2024

Pelaburan emas tu macam mana? Macam mana nak buat untung dengan emas? 

Banyak perkara kena tahu kalau nak kaya dengan emas. Tapi untuk memudahkan, saya ringkaskan 7 perkara paling asas yang kita kena tahu sebelum mulakan tabungan emas pertama; 

More...

#1 - Emas tiada pendapatan

Simpanan emas 𝘁𝗶𝗮𝗱𝗮 𝗽𝗲𝗻𝗱𝗮𝗽𝗮𝘁𝗮𝗻 bulanan ataupun tahunan macam dividen ASB/ Tabung Haji.

Yang ada cuma, "beli harga rendah dan jual harga tinggi" untuk dapat keuntungan. 

Kalau ada yang offer beli emas boleh dapat income bulan-bulan, itu petanda jelas ianya "skim cepat kaya bertopengkan emas".

#2 - Emas fizikal

𝗕𝗲𝗹𝗶 𝗲𝗺𝗮𝘀 𝗺𝗲𝘀𝘁𝗶 𝗱𝗮𝗽𝗮𝘁 𝗲𝗺𝗮𝘀 (𝗳𝗶𝘇𝗶𝗸𝗮𝗹), sama macam beli emas di kedai-kedai emas.

Emas tu kita boleh simpan sendiri.

Kalau penjual emas syaratkan kena tunggu "tempoh matang" untuk keluarkan emas, itu pun petanda jelas ianya "skim cepat kaya bertopengkan emas". 

#3 - Jangka masa 2 tahun ke atas

Emas sesuai untuk simpanan jangka panjang, sekurang-kurangnya 𝟮 𝘁𝗮𝗵𝘂𝗻 𝗸𝗲 𝗮𝘁𝗮𝘀.

Emas tak sesuai dibeli dengan duit yang nak digunakan pada waktu terdekat. 

Kalau nak pakai duit tu nak pakai dalam tempoh lagi setahun ataupun kurang, simpan duit dalam ASB atau Tabung Haji lebih baik. Jangan beli emas.

#4 - Harga emas naik 10% setahun

Harga emas confirm naik dalam jangka panjang disebabkan (a) inflasi dan (b) kejatuhan nilai ringgit dalam jangka panjang.

Kuasa beli duit kertas confirm akan merosot dari tahun ke tahun yang menyebabkan bukan sahaja harga emas makin mahal, bahkan segala barang keperluan pun makin mahal.

Kita terpaksa bayar duit lebih banyak untuk dapatkan barang yang sama.

Sejarah 20 tahun harga emas menunjukkan 𝗵𝗮𝗿𝗴𝗮 𝗲𝗺𝗮𝘀 𝗻𝗮𝗶𝗸 𝘀𝗲𝗰𝗮𝗿𝗮 𝗽𝘂𝗿𝗮𝘁𝗮 𝟭𝟬% 𝘀𝗲𝘁𝗮𝗵𝘂𝗻. 

#5 - Beli emas duit tak habis

Simpan emas bermaksud simpan duit - dalam bentuk yang lebih kukuh. Siapa ada emas, tentunya dia ada duit.

𝗕𝗲𝗹𝗶 𝗲𝗺𝗮𝘀 𝗱𝘂𝗶𝘁 𝘁𝗮𝗸 𝗵𝗮𝗯𝗶𝘀. Kalau tak beli emas, selalunya duit tu cepat habis (bocor dan boros).

Bila nak pakai duit, boleh jual atau pajak sahaja bila-bila masa. 

#6 - Waktu terbaik BELI emas

𝗪𝗮𝗸𝘁𝘂 𝘁𝗲𝗿𝗯𝗮𝗶𝗸 𝗕𝗘𝗟𝗜 𝗲𝗺𝗮𝘀 ialah bila ada duit untuk simpanan jangka panjang (sekurang-kurangnya 2 tahun ke atas). Bukan tunggu harga rendah.

Harga emas yang dianggap mahal hari ini akan dianggap murah beberapa tahun akan datang.

Kalau nak menabung emas, mulakan dulu dengan bajet kecil sebagai benchmark. Nanti barulah akan faham harga tinggi rendah - untuk sesuatu tempoh masa. 

#7 - Waktu terbaik JUAL emas

𝗪𝗮𝗸𝘁𝘂 𝘁𝗲𝗿𝗯𝗮𝗶𝗸 𝗝𝗨𝗔𝗟 𝗲𝗺𝗮𝘀 ialah bila;

(a) ada peluang untuk tukar kepada aset yang boleh menjana cashflow (pendapatan) e.g. beli rumah di bawah harga pasaran atau rolling bisnes,

(b) sudah capai target simpanan e.g. naik haji, pendidikan anak, dan

(c) ada hal kecemasan. 

Selain daripada tiga (3) alasan ni, tak perlu jual pun emas tu walaupun harga dah tinggi.

Macam mana emas boleh bantu kukuhkan kewangan setiap kita, baca penjelasan saya dalam artikel ini.

Mudah-mudahan bermanfaat. InsyaAllah.

Zulkifli
Cyberjaya
29 November 2024
27 Jamadil Awwal 1446H

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
>