MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Bahagia Rumah Tangga Bila Saling Hormati Minat Masing-masing

November 28, 2024

Lepas 3 kali terkilan, akhirnya dia dapat main salji di Korea! Alhamdulillah...

3 kali trip sebelum ni, dia balik dengan rasa terkilan. Dia pergi sebelum salji turun atau lepas habis musim salji...

Hasrat tak kesampaian...

Nampak sedikit rasa terkilan setiap kali dia balik...

More...

Rezeki trip kali ke-4

Trip kali ni pun dia tak expect dapat peluang main salji yang tengah turun lebat. Tapi rezeki dia kali ni, punyalah excited saya tengok dia...

Saya pun turut happy tengok dia happy...

Dia happy di Korea dengan salji. Saya pun happy di Malaysia tiada salji!...

Sebab saya tak suka salji... Tak tahan sejuk...😅

Sejuk 10 degree celsius masih okay. Tapi kalau sampai 0 degree tu, saya dah tak tahan...  

Kalau saya pergi Korea dengan dia, saya rasa saya akan banyak berkurung dalam bilik hotel sahaja.

Berbungkus dalam selimut sambil buat kerja saya la jawabnya...

Pulang dengan semangat baru

Dah 4 kali dia pergi Korea, sekalipun saya tak pernah ikut.

Selain sejuk, berjalan di Korea kena banyak panjat tangga katanya... Lagilah saya kurang berminat nak ikut...

Mudah-mudahan kali ni dia balik Malaysia dengan semangat baru lepas 9 hari dia recharge bersama 3 teman ladies untuk trip kali ni. InsyaAllah.

Happy wife happy life...

#TipSuamiIsteri

Zulkifli
Cyberjaya
28 November 2024
24 Jamadil Awwal 1446H

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
>