Dua perkara yang saya cepat letih dan kurang sabar. Pertama shopping. Kedua berlakon buat konten!
Nak kena posing atau retake berkali-kali, senyuman saya akan cepat suram...😅
Shopping lama-lama membuatkan saya cepat letih dan boleh menguap... Bosan...
Jadi kalau aktiviti melibatkan 2 perkara ni, saya lebih suka isteri saya keluar sendiri dengan geng yang sekufu dengan dia...
Isteri saya obses dengan Korea
Biar saya buat kerja saya dalam dunia saya sendiri. Dia buat hal dia...
Supaya dia happy, saya pun happy...
Saya happy duduk di rumah dan bergerak ke sana sini sampaikan ilmu dan menggerakkan bisnes saya.
Dan saya happy tengok isteri saya happy bersama 3 murid saya di Korea sekarang!...
Dalam 12 bulan ni, saya rasa dah 4 kali dia ke Korea. Walaupun sekarang dia masih di Korea, dia dah ada plan untuk next trip ke Korea juga!
Aduh... Dia memang obses dengan Korea... 😂
Tapi saya tak kisah... Itu minat dia dan dia deserve. Dia dah banyak berkorban untuk kami sekeluarga.
Dia nak tinggalkan Malaysia
Melahirkan dan membesarkan 8 orang anak selama 20 tahun bukan kerja mudah...
Bahkan dia sabar terkurung di rumah bersama anak-anak ketika saya terkurung dalam penjara dulu!
Bila saya bebas dari penjara (Oktober 2020), emosi dan mental dia dalam keadaan tak okay.
Masa tu dia bagitahu saya dia nak pindah ke Korea!
Trauma yang dia lalui ketika 2 tahun saya terpenjara, dia macam putus harapan untuk duduk di Malaysia.
Dia rasa tak selamat dan tak ada siapa lagi yang boleh dia percaya untuk bebaskan kezaliman terkena ke atas kami.
Dia nak tinggalkan Malaysia...
Saya pesan pada dia, bagi saya masa 3 tahun untuk saya bangunkan balik bisnes yang saya tinggalkan selama 2 tahun.
Antara misi saya dan minat dia
Team kami masih memerlukan saya untuk sama-sama grow.
Lepas tu, terserlah kepada dia nak pergi duduk Korea sekalipun.
Lepas 3 tahun nanti, dia nak pergi Korea tiap-tiap bulan pun saya tak kisah. Tapi saya tak nak ikut.
Pertama saya tak nak spoil mood dia pergi bercuti; nak pakai hanbook buat konten, nak berposing atau nak shopping.
Kedua, saya lebih happy duduk rumah dan bekerja untuk #MisiUbahHidup1000Keluarga.
Saya rasa saya tak boleh mati sebelum lihat 1000 keluarga hidupnya berubah. Itu misi besar saya sekarang...
Dari sini saya juga belajar, nak bahagia dalam rumahtangga, kita tak perlu ikat pasangan kita untuk sentiasa bersama kita.
Meraikan minat isteri
Pasangan kita mungkin tak sama minatnya dengan kita.
Biarlah dia happy dengan cara dia, kita pula happy dengan cara kita. Asalkan masih dalam batasan agama, berilah dia kebebasan...
Tanda kita sayang, kita bebaskan dia, bukan penjarakan dia supaya ikut cara kita!
Akhirnya nanti kami akan bertemu kembali sebagai pasangan yang saling merindui dengan semangat baru lepas masing-masing recharged dengan cara tersendiri.
InsyaAllah...
#TabahHadapiMusibah
#TipSuamiIsteri