MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Kita Cuma Dapat Bantu Orang Yang Nak Dibantu Sahaja

November 27, 2024

Kita tak dapat bantu orang susah. Kita cuma dapat bantu orang yang nak dibantu sahaja...

Itulah kesimpulan yang saya dapat dari pengalaman #MisiUbahHidup1000Keluarga.

"Misi ubah hidup" tu asalnya saya nak bantu orang susah.

Nak bantu orang susah keluar dari kesusahan dan capai #FinancialFreedom; tak kerja pun ada duit. 

More...

Misi asal nak bantu orang susah

Sebab saya sendiri pernah rasa hidup susah; gaji kecil, anak ramai, tanggungan besar, isteri suri rumah yang tiada pendapatan, hutang banyak.

Nak menabung memang duit sentiasa tak cukup.

Nak beli pakaian anak berkira-kira. Bila adik beradik bagi pakaian lama anak-anak mereka, happynya dapat pakaikan anak-anak kami dengan baju lama anak-anak sedara...

Bak kata pepatah, kecil tapak tangan nyiru kami tadahkan...

Jadi saya faham erti susah tu bagaimana...  

Lepas senang, kami ditimpa musibah. Saya dihumban ke penjara selama 2 tahun walaupun saya tak buat kejahatan ataupun jenayah!...

Pengalaman susah sambung menyambung tu membuatkan saya lebih empati pada kesusahan orang lain... 

Tak mampu bantu yang tak nak dibantu

Maka "misi ubah hidup" yang asalnya nak bantu orang susah...

Tapi rupa-rupanya saya terpaksa terima hakikat, saya tak mampu bantu orang susah... Saya cuma dapat bantu mereka yang nak dibantu sahaja.

Tak kisahlah dia miskin atau kaya, dia nak dibantu dan ada keinginan kuat untuk jadikan hidup mereka lebih baik.

Banyak orang susah hidupnya susah sebab dia tak nak dibantu. Dia tak nak berubah...  

Kerajaan sediakan macam-macam bantuan pun, dia tak ambil peluang untuk ubah hidup... Bahkan dia sia-siakan peluang yang ada...

Bila diajarkan ilmu untuk jadi kaya, yang dapat cuma kecaman, cemuhan dan tuduhan (fitnah)... Bukan nak belajar pun... 

Dibalas dengan tuduhan dan cemuhan

"Cakap pakai air liur mudah lah..."

"Ini mesti nak ajak join MLM..."

"Nasib setiap orang tak sama..."

"Simpan duit banyak pun kalau Tuhan takdirkan, boleh habis semua duit simpanan tu..."

"Menabung duit banyak-banyak nanti mati tak sempat merasa... Orang lain yang merasa..."  

Pendek kata, bagilah ilmu seikhlas mana sekalipun, ia tak lebih dari mencurahkan air ke daun keladi!...  

Ilmu tu tak bermanfaat bagi siapa yang tak ada keinginan kuat untuk belajar dan tak nak berubah.

Dari situ saya simpulkan, kita tak mampu bantu semua orang, hatta ahli keluarga yang kita sayang sekalipun.

Kita cuma dapat bantu mereka yang nak dibantu sahaja. 

Bukan yang susah, tapi yang nak ubah hidup

Walaupun satu ketika dulu saya fikir, majoriti yang saya dapat bantu ubah kehidupan ialah orang yang pernah rasa hidup susah macam saya.

Tapi realitinya, ramai yang berlumba-lumba nak ubah hidup bukanlah orang yang betul-betul susah.

Tapi mereka yang nak berubah. Yang ada keinginan kuat untuk belajar dan sentiasa nak jadikan hidup lebih baik (walaupun dia dah kaya raya)...

Memang benarlah kata bijak pandai;

“If you are not willing to learn, no one can help you. If you are determined to learn, no one can stop you.” - Zig Ziglar 

#MembangunDiri #TabahHadapiMusibah

Zulkifli
Cyberjaya
26 November 2024
22 Jamadil Awwal 1446H

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
>