MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Nikmati Bahagia Cara Kita, Jangan Sampai Medsos Menipu Kita

October 8, 2023

Media sosial (medsos), itu hanyalah dunia tipu-tipu...

Jangan mudah terpedaya dengan kebahagiaan yang ditonjolkan di medsos. Kerana orang yang benar-benar bahagia dan membahagiakan pasangannya, dia tak perlu war-warkan kepada dunia yang dia sedang bahagia.

Cukuplah dirinya dan pasangan dia yang tahu, yang mereka sudah cukup bahagia... Orang luar tak perlu tahu...

More...

Rumah tangga ada asam garamnya

Bukan salah tunjuk bahagia. Tapi kita yang melihatnya janganlah sampai rasa hidup kita tak sebahagia dia.

Jangan sampai kita tengok pasangan kita serba kekurangan, dek apa yang ditonjolkan oleh pasangan orang lain.

Di sebalik apa yang mereka tonjolkan, kita pun tak tahu struggle yang sedang mereka lalui dalam rumah tangga mereka.

Saya tak begitu kagum dengan apa yang tonjolkan di medsos. Walaupun ia tak salah, tapi kita tak boleh anggap itulah kehidupan ideal mereka.

Rumahtangga Nabi s.a.w. pun ada asam garamnya, inikan pula kita umatnya yang biasa-biasa.

Orang tak tonjolkan masalah mereka

Bukan sedikit pasangan yang saya kenal, mereka sedang bermasalah, tapi terpaksa struggle tunjuk di medsos bahawa mereka sedang bahagia.

Kalau kita sendiri pun tak akan tonjolkan masalah rumah tangga kita, begitu jugalah dengan orang lain.

Boleh jadi apa yang mereka tonjolkan, cuma itu sahajalah momen paling indah bagi mereka. Bahkan boleh jadi ia tak lebih dari sekadar konten dan lakonan semata...

Kerana pergolakkan di luar medsos, kita tak tahu...

Kalau tanya saya bila saat paling bahagia dalam hidup saya bersama isteri saya, jawab saya ketika 2 tahun saya terpenjara!

Momen paling indah kami

Walaupun kami terpisah, tapi 2 tahun itulah saat paling banyak saya tulis surat-surat cinta kepada isteri sampai tak cukup kertas dan pensil untuk saya menulisnya...

Perbualan ketika di sebalik cermin dan palang besi, itulah perbualan paling romantik dalam 20 tahun perkahwinan kami...

Walaupun jasad terpisah, tapi hati kami sangat dekat... Saat di mana kami paling menghargai antara kami, yang tak pernah sekalipun ditayangkan di medsos kami... (Alhamdulillah)

Jadi berbahagialah dengan cara kita. Hargailah pasangan masing-masing seadanya...

Berusahalah sebaik-baiknya untuk bahagiakan pasangan kita. Kerana hanya orang yang menyayangi akan disayangi...

"Nothing on social media shows the full story... Everyone has issues. Everyone has insecurities. Every human alive is fighting a battle they don't talk about. Don't let your mind create a fairy tale. No one escapes real life" - Anonymous

Zulkifli

Cyberjaya
8 Oktober 2023

23 Rabiul Awwal 1445H

Apa ditayangkan di medsos tak semestinya menggambarkan apa yang dia sedang alami. Mungkin dia tengah sorokkan penderitaan, atau boleh jadi sebuah harapan yang dia impikan.

Orang bahagia bukanlah yang memiliki segalanya. Tapi dia tahu hargai apa yang dia ada. Dan bersabar apa yang belum ada.” - FB Mohd Zulkifli Shafie, 13 April 2023

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
>