Saya dah tak gemar manis!
Setiap kali anak nak suapkan aiskrim, saya rasa sikit saja. Itupun lidah saya rasa tak sedap sebab rasa manis tu melekat.
Sekarang, saya memang dah makin tak suka rasa manis.
Kalau manis sikit-sikit, masih boleh layan lagi. Tapi kalau dah terlebih manis macam aiskrim ni, memang dah tak boleh.
Sekadar ambil rasa sesuap, lepas tu dah tak masuk dah.
Berbeza dengan dulu...
More...
Prinsip perubahan hidup
Dulu... makan dan minum manis memang biasa. Kalau minum kopi, tak sah kalau tak letak gula.
Tapi sekarang, bila ada gula dalam kopi, saya rasa tak sedap pulak. Saya lebih suka kopi dengan susu full-cream. Bukan kopi manis.
Dulu rasa sedap bila ada gula. Tapi sekarang, rasa lebih sedap tanpa gula. Dah terbalik...
Daripada pengalaman ni, itulah prinsip perubahan hidup yang saya pegang. Kalau nak ubah hidup, kita kena ubah diri kita dulu.
Kalau nak perubahan tu kekal, kita kena bina KESERONOKAN BARU (yang baik) dan tinggalkan keseronokan lama (yang tak baik). Bukan paksa diri buat perkara yang kita tak suka.
Sebab kalau buat perkara yang kita tak suka, kita tak akan bertahan lama. Selagi kita tak konsisten buat perkara yang betul, selagi itulah kejayaan susah nak dicapai.
Dulu saya memang suka minuman manis. Kopi mesti banyak gula.
Ubah perlahan-lahan
Bila saya decide nak kurangkan gula, saya tak terus buang. Saya cuma kurangkan sedikit demi sedikit.
Mula-mula tinggal 50%.
Lepas tu tinggal 25%.
Lepas tu terus minum tanpa gula.
Lama-lama... Kalau orang terlupa dan letak gula dalam kopi saya, saya terus rasa tak sedap!
Dulu sedap bila ada gula. Sekarang lebih sedap bila tak ada gula.
Dulu sedap. Tapi sekarang pun sedap juga. Cuma keseronokan itu dah berubah.
Dulu seronok dengan minuman yang kurang menyihatkan. Sekarang seronok dengan minuman yang lebih menyihatkan.
Bila kita seronok buat perkara yang betul, barulah kita mampu konsisten. Bila dah konsisten, kejayaan jadi lebih mudah dicapai.
Kurus 3 bulan, tapi kembali gemuk?
Yang menariknya... Bukan saja kita seronok dengan hasil akhirnya. Proses menuju kejayaan itu sendiri pun dah jadi seronok. Kita betul-betul enjoy the process.
Itulah yang saya percaya.
Saya lebih suka bina kejayaan dengan cara yang betul walaupun ambil masa. Saya tak percaya dengan jalan short-cut.
Contohnya nak kurus.
Ramai orang boleh turun berat badan dalam masa tiga bulan. Tapi setahun kemudian... Majoriti kembali gemuk. Kenapa?
Sebab yang berubah cuma angka pada penimbang. Diri dia belum berubah.
Dia masih seronok dengan tabiat lama. Masih seronok dengan makanan manis. Masih seronok dengan minuman bergula. Masih seronok dengan gaya hidup yang sama.
Sebab tu, bila stop diet, dia kembali kepada diri yang asal - gemuk!
Bila seronok, kejayaan kekal seumur hidup
Tapi kalau kita berjaya ubah diri... Kita bina tabiat makan yang lebih sihat. Kita bina gaya hidup baru yang lebih menyeronokkan.
Saya percaya perubahan itu akan kekal.
Walaupun mungkin ambil masa 1 - 2 tahun untuk capai berat badan ideal... InsyaAllah, perubahan tu akan kekal seumur hidup.
Daripada pengalaman ni, saya dapat belajar sesuatu...
Kalau nak berjaya, jangan sekadar paksa diri. Tapi yang lebih penting ialah bina KESERONOKAN BARU.
Mungkin prosesnya lebih perlahan. Tapi hasilnya jauh lebih besar dan lebih kekal... Dan tentunya ia lebih menyeronokan! InsyaAllah...
Zulkifli
Cyberjaya
25 Jun 2026
9 Muharram 1448H
Artikel berkaitan:
- Rahsia Kejayaan Ada Pada Rutin Harian Kita - Tinggalkan TV, Baca Buku!
- Kekayaan Bukan Tentang Membina Poket, Tapi Membina Diri
- Manfaatkan Kekuatan, Jangan Pedulikan 'Masalah'
- Nak Berjaya, Jangan Takut Buat Silap
- Hidup Kita Terpenjara Dalam Circle Lama Kita. Sila Hati-hati!
- Ubah Diri, Tuhan Akan Ubah Nasib Kita

