MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Rutinkan Perkara Yang Betul: Kenapa Kurus Bulan Puasa, Tapi Gemuk Lepas Raya?

March 28, 2026

Turun 5 kilogram!

Macam biasa... Lepas bulan puasa, masing-masing turun berat badan.

Sebulan kita hadkan waktu makan.
Makan cuma 2 kali sehari. Waktu sahur dan berbuka. 

Bila makan, makan sikit... Makan sikit pun dah kenyang...
Bulan puasa, perut kita tak larat makan banyak... 

Rutin 30 hari tu menyebabkan berat badan kita masing-masing turun. Saya pun turun 5 kilogram. Alhamdulillah...

Tapi persoalan paling penting, bagaimana berat badan kita lepas habis musim raya nanti?

More...

Adakah maintain kurus?
Adakah kembali ke berat asal? 
Ataupun bertambah berat? 

Majoritinya bertambah berat!

Badan terkejut

Sebab bila sebulan kita kurang makan... kurang karbo... kurang gula... kurang kalori... 

Tiba-tiba musim raya, kita makan jumlah jauh lebih besar dari bulan-bulan biasa!...

Nak buat macam mana... Nak kena datang banyak open house kan?

Bulan lepas asyik berlapar... Tiba-tiba bulan ni kita makan hari-hari sampai sendat perut...

Mana la tak terkejut badan kita... 

Apa yang saya faham, bila kita ubah pemakanan mengejut macam tu, tubuh kita mula akan simpan lemak, simpan air lebih banyak daripada biasa...

Ia sebagai preparation in case kita kurang makan (berpuasa) lagi. Tuhan jadikan sistem tubuh kita tu untuk menyelamatkan kita...

Masa ada makanan... Simpan lemak banyak-banyak sebagai "reserve".

Bila tak ada makanan, bakar lemak (reserve) tu sikit-sikit... 

Ubah kurus sebagai short-cut

Tapi masalahnya... sepanjang tahun kita bukan tak cukup makan. Tapi terlebih makan.

Macam-macam penyakit yang kita kena bukan disebabkan tak cukup makan, tapi terlebih makan...

Kesannya... Ramai kembali gemuk lepas raya... Malah lebih gemuk berbanding sebelum puasa...

Puncanya apa?  

Saya fikir, puncanya kita buat sesuatu perkara secara extreme. 

Bulan puasa, kita kurang makan...  

Masuk raya, kita makan terlalu banyak! 

Bila gemuk... Kita sibuk cari ubat kurus...

Walhal makan ubat pun tak akan selesai masalah kegemukan... Yang kena selesaikan ialah UBAH TABIAT... UBAH KEBIASAAN... Ubah gaya hidup... 

Tabiat betul bulan puasa 

Kita dah dilatih sebulan Ramadhan makan sikit-sikit... Maka teruskanlah amalan makan sikit-sikit lepas habis Ramadhan...

Mulakan dengan amalan puasa 6 hari dalam bulan Syawal... Dan amalkan puasa Isnin Khamis...

Selain dapat pahala, dapat latih kita supaya berpada-pada ambil makanan.... 

Itulah apa yang saya fikir.

Saya percaya, nak berjaya dalam apa perkara pun, kena buat sesuatu perkara yang betul, tapi berterusan...

Buat sikit-sikit, tapi konsisten... 

Jadikan perkara betul tu sebagai habit dan rutin kita seumur hidup. 

Sama jugalah yang nak kaya dengan emas...

Tabiat kaya dengan emas

Saya belum jumpa mereka yang betul-betul kaya dengan emas hasil daripada sibuk baca graf dan analisis pasaran... Semata-mata nak bermain dengan "buy low sell high".

Mereka buat perkara ekstrim, sibuk cari timing terbaik, tapi sesekali saja.

Akhir emas tak bertambah, duit pun habis! 

Yang proven kaya ni, mereka yang konsisten menabung... Menabung sikit-sikit, tapi konsisten...

Tak kisah apa pun keadaan harga emas, jumlah tabungan dia sentiasa bertambah... 

Sedar-sedar bila nak bayar zakat, rupanya jumlah tabungan emas dia dah cukup #1keluarga1kiloemas!

Itulah apa yang saya sendiri alami. 

Jadi untuk kekal kurus, teruskan saja tabiat baik yang kita amalkan sepanjang Ramadhan...

Hadkan waktu makan.
Amalkan berpuasa sunat.
Makan sikit-sikit saja.

Kalau amalkan perkara ni, saya percaya kita tak perlu lagi ubat kurus untuk kekal kurus... InsyaAllah... 

#MembangunDiri
#HealthisWealth

Zulkifli
Cyberjaya
28 Mac 2026
9 Syawal 1447H

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 9,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 800,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}