MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Slow Success Builds Character, Fast Success Builds Ego!

April 19, 2024

"You cepat naik, you cepat jatuh". Itulah ungkapan yang selalu Mr Harrison (salah seorang top management Public Gold) bila dia berucap kepada dealer-dealer. 

Beliau mengingatkan dealer, kejayaan sebenar perlukan masa. Kalau kejayaan tu datang terlalu cepat, kena hati-hati. Kelalaian kita boleh membuatkan kita jatuh cepat juga.

More...

Kerana sepanjang pengalaman beliau dengan Public Gold sejak tahun 2008 (lebih 16 tahun), itulah pattern yang beliau tengok.

Kejayaan cepat belum tentu bertahan lama

Yang pernah naik cepat, yang itulah tersungkur dengan cepat. Yang pernah capai kejayaan meletup-letup sebelum ni, satu per satu hilang dari bisnes.

Untuk matang dan punyai wisdom (kebijaksanaan), seseorang tu perlukan sekurang-kurangnya 3 - 5 tahun dalam bidang tersebut.

Tak kisah berapa cepat pun kita grow, 3 - 5 tahun tu proses setiap kita kena lalui - untuk mematangkan kita.

Buat bisnes hari ni jauh lebih cepat berbanding dulu. Tapi tak sama karektor mereka yang dulu, yang kena ambil masa bertahun-tahun untuk grow.

Walaupun mereka grow tak secepat achievers baru hari ni, tapi proses tersebut mematang mereka. Pengalaman tu membentuk peribadi yang lebih kuat, lebih baik, lebih bijak, lebih humble...

Kejayaan cepat ujian besar untuk kita

Itulah yang akan membuatkan mereka bertahan lebih lama dengan Public Gold, insyaAllah.

Kejayaan cepat boleh membuatkan kita mudah lupa diri.

Walaupun itu yang setiap kita harapkan, tapi kita kena hati-hati. Sentiasa merendah diri, banyak memerhati, dan banyaklah buka telinga untuk mendengar... 

Walaupun pun pencapaian kita hebat, dipuji dan dipuja orang orang lain, tapi kena sedar, kita belum cukup matang dan belum cukup wisdom dalam bisnes. 

Kejayaan kita hari ini boleh jadi ujian besar buat kita.

Kekadang Tuhan membiarkan kita dengan kejayaan demi kejayaan (dalam keadaan lupa diri) untuk Dia humban dari tempat yang lebih tinggi - istidraj! (Nauzubillahi min zaalik).

Kejayaan sepatutnya menginsaftkan kita

Hakikatnya, kehidupan kita tak akan sentiasa di atas. Akan tiba masanya kita akan kembali ke bawah. 

Apa yang kita ada hari ini akan hilang segala-galanya dari kita (kecuali kebaikan-kebaikan yang pernah kita buat dengan kejayaan tersebut).

Jadi kejayaan kita sepatutnya membuatkan kita takut dan sedar yang kita sedang diuji...

Nabi Sulaiman a.s orang paling kaya dan paling hebat bala tenteranya yang Tuhan ceritakan dalam Al-Quran.

Tapi betapa merendah diri-nya Nabi Sulaiman a.s., ketika baginda mendengar kata-kata semut tentang kehebatan bala tenteranya, terus beliau mengangkat tangan berdoa supaya Tuhan jadikan dia seorang yang bersyukur dan banyak berbuat kebaikan atas apa yang Tuhan kurniakan kepadanya... 

Sentiasa bersikap merendah diri

Di sebalik kejayaan besar, baginda sedar yang hakikatnya itu kurniaan Tuhan untuknya.

Kejayaan sepatutnya menginsafkan kita yang kita sebenarnya sedang diuji... Tuhan sedang menguji kita.

Ingatlah... Iblis dikeluarkan dari Syurga bukan kerana kurangnya amalan, tapi kerana egoannya yang merasa diri dia terpaling hebat berbanding Nabi Adam a.s. dan tak nak tunduk pada kebenaran.

Maka sentiasalah merendah diri... Banyakkan muhasabah dan perbaiki dir... Terus bantu orang lain dapat kejayaan yang sama apa yang kita dapat hari ni...

Supaya kejayaan kita itu jadi rahmat buat orang lain juga.

Mudah-mudahan kejayaan hari ini mendorong kita mencapai kemuncak kejayaan sebenar - Syurga...

Amiin ya rabbal 'aalamiin... 

Zulkifli
Cyberjaya
19 April 2024
10 Syawal 1445H

"Dan dihimpunkan bagi Nabi Sulaiman bala tenteranya, dari jin dan manusia serta burung; lalu mereka dijaga serta diatur keadaan dan perjalanan masing-masing.

(Maralah angkatan itu) hingga apabila mereka sampai ke "Waadin-Naml", berkatalah seekor semut: "Wahai sekalian semut, masuklah ke sarang kamu masing-masing, jangan Sulaiman dan tenteranya memijak serta membinasakan kamu, sedang mereka tidak menyedari".

Maka tersenyumlah Nabi Sulaiman mendengar kata-kata semut itu, dan berdoa dengan berkata:

"Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan masukkanlah daku - dengan limpah rahmatMu - dalam kumpulan hamba-hambaMu yang soleh"."

(Surah An-Naml 27 : Ayat 17 - 19)

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
>