"Saya tak paksa ejen join training setiap minggu. Tapi saya dah boleh agak jangka hayat ejen yang culas join training. Mungkin mereka expect training hadir dalam mimpi kot 🤭. "
Kata-kata seorang leader takaful ni trigger saya.
Saya yakin niatnya baik. Tapi penyampaiannya berbentuk sindirian.
Ayat nasihat yang berkesan
Berdasarkan ilmu dan pengalaman saya, nasihat berbentuk sindiran ni tak berkesan. Ia tak mendorong orang lain untuk buat perkara yang betul.
Selain tak berkesan, ia juga menunjukkan posture leader tersebut; bukan berada dalam fasa growing position. Mungkin dia tengah struggle kembangkan team, atau team dia makin mengecil.
Antara posting yang lebih baik yang boleh mendorong team dia untuk join training, antaranya:
"Tak ada paksaan untuk join training. Tapi pengalaman menunjukkan, tak ada seorang pun top achievers yang kaya raya sebagai ejen takaful, kecuali mereka yang komited join training."
Nak sampaikan mesej berkesan, kita kena fokus terangkan apa yang kita NAK. Bukan apa yang kita TAK NAK.
Mesej berbentuk sindiran menjelaskan apa yang kita TAK NAK, bukan apa yang kita NAK. Ia payah masuk ke otak penerima.
Fokus apa yang kita NAK
"Saya tak nak gemuk" - TAK NAK
"Saya nak slim/ kurus" - NAK
Bila nak sampaikan mesej, kena fokus apa yang kita NAK supaya mudah melekat dalam otak penerima.
Contohnya, banyak ibubapa suka cakap kepada anak-anak, "jangan berlari! Nanti jatuh...". Yang masuk ke otak anak-anak ialah "LARI" dan "JATUH".
Sebaliknya kalau cakap "jalan perlahan-lahan", mesej yang masuk ke otak mereka ialah "JALAN PERLAHAN".
Nak sampaikan mesej berkesan, kita kena benamkan dalam fikiran mereka apa yang kita nak. Ulang berkali-kali sampai masuk dalam sub-conscious mind (minda separa sedar) mereka.
Sebenarnya, apa yang kita tulisan dan apa perkataan yang keluar dari mulut kita mencerminkan peribadi dan keadaan diri kita.
Perkataan kita cerminan mindset kita
Dengan pengalaman saya, daripada percakapan dan posting seseorang tu, saya boleh agak "level of success" mereka. Sebab saya pun pernah lalui fasa yang dia pernah lalui - fasa struggle untuk grow.
Apa sahaja perkataan yang keluar dari mulut kita, sebenarnya apa yang ada dalam fikiran kita.
Itulah sebabnya, perkara pertama nak berjaya, kena betulkan mindset kita dulu. Mindset tu nanti akan mencorakkan kehidupan kita. InsyaAllah.
Betulkan mindset dengan membaca buku-buku self-help, join circle yang betul, dan paling baik, dapatkan mentor yang sanggup membimbing kita.
Kalau betul-betul nak ubah hidup, buat yang itu dulu.
Siapa yang tak kerja keras improve mindset dia, dia akan sentiasa struggle dengan kehidupan dia.
Akan tarik mereka ber-mindset sama
Hidup dia bukan sahaja tak berubah, bahkan lebih buruk, dia akan dikelilingi mereka yang mindset sama macam dia.
Sebalinya orang yang mindset berbeza (yang lebih berjaya) akan menjauhkan diri dari dia - sebab vibes tak sama.
Maka hidup dia susah berubah. Dia akan sentiasa struggle dengan kehidupan dia... Susah nak berjaya...
Saya selalu pesan kepada murid-murid saya, bila bercakap pasal bisnes sendiri, jangan sesekali cakap "bisnes saya tengah sendu". Jangan...
Once kita cakap bisnes "sendu", otak kita terus full-stop untuk grow!
Sebaliknya cakaplah apa yang kita nak. Cakap yang baik-baik yang beri dorongan kepada kita untuk maju.
Perkataan kita mencorakkan kehidupan kita
Cakap sahajalah "bisnes saya tengah growing"; sebab cuma dapat 2 customer baru pada bulan tersebut - sedangkan orang lain boleh dapat 30 customer sebulan.
Nanti yang masuk ke otak kita ialah GROWING - sedang berkembang.
Atau, "bisnes saya bulan ni agak mencabar". Yang masuk ke otak kita ialah MENCABAR - sedang berusaha.
Atau "bisnes bulan ni kurang bagus berbanding sebelum ni". Yang masuk ke otak kita ialah BAGUS!
Benamkan dalam otak tu perkara yang baik-baik. Nanti otak kita akan bekerja dapatkan perkara yang baik-baik tersebut, insyaAllah.
Zulkifli
Cyberjaya
18 April 2024
10 Syawal 1445H
“Ikuti konten yang baik-baik dan abaikan yang tak baik. Input yang baik mendorong kita fikir yang baik-baik, bercakap yang baik-baik, dan pilih tindakan yang baik-baik. Nanti banyak perkara yang baik-baik hadir dalam hidup kita. InsyaAllah.” - FB Mohd Zulkifli Shafie, 9 Jun 2024
“5 - 10 tahun akan datang, kita masih diri kita yang sama dengan tahap kehidupan yang sama, kecuali apa buku yang kita baca, dengan siapa kita berkawan rapat, dan apa impian hidup kita hari ni. Nak ubah masa depan, ubahlah 3 perkara tersebut hari ini.” - FB Mohd Zulkifli Shafie, 9 Jun 2024