Kalau Belajar, Mesti Dapat 3 Pointer…

by on June 6, 2011

Post image for Kalau Belajar, Mesti Dapat 3 Pointer…

“Kalau pergi universiti dan belajar, mesti dapat 3 pointer mak cik. Kalau rajin sikit lagi, mesti pointer dia 3.50 ke atas! Yang tak lulus tu sebenarnya dia bermain di universiti. Bukan pergi belajar…” kata saya pada makcik yang anaknya akan ke universiti.

Makcik tu tunjukkan surat tawaran anak dia pada saya. Mungkin dia tahu saya pernah jadi best student di universiti. Jadi, dia mintak la pandangan sikit.

Tak Pandai ‘Mengaji’, Atau Tak Menjadi?

Ikut pada pemerhatian saya, kalau pergi universiti dan belajar betul-betul, mesti dapat 3 pointer. Kalau rajin sikit lagi, 3.50 ke atas. Yang tak lulus tu bukan sebab tak pandai mengaji (belajar), tapi sebab tak ‘menjadi’. Masuk U sibuk dengan bermain. Jalan sana sini dengan motosikal yang dia baru beli dengan loan PTPTN. Dapat loan, beli handphone mahal-mahal. Beli laptop, layan game siang malam sampai tak tidur malam. Lepas tu membuta sampai tak pergi kuliah.

Ada pulak yang jenis sibuk berkepit dengan gelifriend dan buayafriend. Tiap-tiap hari dok berkepit dengan gelifriend / buayafriend kononnya study group. Mana nak pandai kalau macam tu.

Dan satu lagi jenis ponteng kelas.

Cara Jimat 80% Masa Belajar

Siapa yang ponteng kuliah, dia missed a lot! Dia akan ketinggalan. 2 jam lecturer mengajar, tak sama dengan 6 jam study sendiri! Memang tak akan sama. Siapa yang betul-betul prepare sebelum masuk kuliah, dan betul-betul ambik perhatian masa kuliah, dia jimat a lot of time! Memang jimat.  Itulah antara yang saya buat dulu.

Masa di kampus, saya memang sibuk. Pertamanya, saya suka tarik paper untuk buat fast track. Nak grad cepat. Orang biasa ambik 5 subjek, tapi saya amik 7 – 8 subjek satu semester. Keduanya, sibuk dengan aktiviti Persatuan Mahasiswa Islam (PMI)! Hingga pernah saya diberi amanah untuk jadi ‘mastermind’ untuk dakwah kampus.

Universiti Dunia dan Akhirat

Orang lain bila habis kelas, boleh main PC game, lepak-lepak. Tapi saya, habis kelas, kena siapkan kertas kerja, mesyuarat, program, halaqah, usrah, bagi tazkirah di surau dan masjid universiti. Ada masa kena ikuti usrah, ada masa kena handle usrah, dan ada masa kena handle naqib-naqib usrah! Itulah kehidupan saya di kampus.

Kalau orang lain habis belajar universiti bawa balik buku-buku teks belajar, tapi saya penuh dengan buku fikrah, dakwah, kitab-kitab selain buku-buku accounting dan finance! Berkotak-kotak kitab-kitab yang saya beli dan baca masa universiti. Dan yang penting juga, saya antara pelajar terbaik di kampus! Kita kejar akhirat, dunia Tuhan pakejkan sekali!

Apa rahsia untuk catch-up dalam belajar walaupun sibuk?

Rahsia #1 – Absorb Sebanyak Mungkin Waktu Kuliah

Antara rahsianya ialah saya betul-betul prepare sebelum masuk kelas, dan betul-betul bagi perhatian masa dalam kelas. Dan saya tak pernah ponteng kelas! Saya akan ambik peluang untuk faham apa yang lecturer ajar masa dalam kelas lagi. Lepas kelas, cuma untuk buat revision jer.

Dan jangan lupa, orang yang lebih sibuk, dia lebih menghargai masa. Kita semua lebih produktif ketika sibuk berbanding waktu lapang. Orang sibuk boleh siapkan 2, 3 kerja dalam satu masa, tapi orang banyak masa lapang, satu habuk pun tak siap!

Rahsia #2 – Cari Senior Yang Best Student!

Dan rahsianya lagi, saya biasanya study subjek yang akan saya belajar sebelum buka semester baru lagi! Maksudnya, saya manfaatkan cuti hujung semester untuk semak subjek-subjek yang akan saya belajar pada semester akan datang. Bukan tunggu buka semester baru ambil tahu subjek apa akan saya belajar. Macam mana nak belajar subjek sebelum buka semester baru?

Cari senior yang best student la. Saya pinjam nota-nota senior, dan ada pernah sekali, saya pergi bermalam di rumah seorang senior di Kuala Krai masa cuti semester semata-mata untuk belajar subjek yang bakal saya ambik bila buka semester nanti! Itulah short-cut untuk berjaya. Nak berjaya, carilah orang berjaya. Mesti kita pun akan berjaya macam mereka!

Dan saya perhati, memang jauh bezanya antara senior best student dengan senior-senior biasa bila kita mintak pandangan! Apa bezanya? Nantilah saya kongsikan dia tulisan akan datang, insyaAllah.

Wallahu a’lam.

Zulkifli
Damansara Damai
28 Mei 2011
24 Jamadil Akhir 1432

{ 37 comments… read them below or add one }

1 encik kerani September 12, 2011 at 10:18 am

Masuk U sibuk dengan bermain. Beli PC, layan game siang malam sampai tak tidur malam. Lepas tu, ponteng kuliah.
———————————

Ok, itu saya. Sebab tu saya kene rejek dari U dulu dan jadi kerani sahaja sekarang ni. Tetapi sekarang saya sudah insaf dan ingin berjaya seperti kamu. 🙂

Reply

2 Mohd Zulkifli Shafie September 13, 2011 at 12:38 am

Tak pe encik kerani berjaya. Hidup bukan segala-galanya di U. Mulakan azam baru sekarang. Encik kerani mesti boleh berjaya! Kita ubah diri dari sekarang, nanti Tuhan akan ubah nasib kita, insyaAllah.

Mulakan dengan membaca buku2 orang berjaya, kemudian cari kenalan2 baru yang berjaya. Bergaul dengan mereka, nanti Encik Kerani pun boleh berjaya! Saya yakin.. 🙂

Reply

3 Anonymous December 27, 2011 at 12:16 am

terima kasih atas nasihat en,tiba2 sy rase kembali bersemangat utk belajar…sy adalah partime student yg hampir putus asa utk belajar disebabkan kesempitan masa bekerja,belajar dan untuk anak…kami suami isteri tekad sambung belajar utk mengubah masa depan…tp bila dah halfway,sy lemah…

Reply

4 Mohd Zulkifli Shafie December 27, 2011 at 4:00 am

Alhamdulillah.. Moga puan dan suami berjaya, insyaAllah. Fokus betul2 dalam kelas, dan make sure buat sikit preparation sebelum masuk kelas. Atleast, sebelum masuk kelas, kita dah ada general idea apa yang kita akan belajar. Manfaatkan waktu kelas semaksima mungkin.

Reply

5 naja January 10, 2012 at 2:42 am

Assalammualaikum

saya punyai suami yang masih part time belajar sambung degree..kadangkala saya sendiri naik stress fikir kerja rumah 1001 benda dan uruskan anak dan kadangkala keletihan apabila pulang dari kerja semua saya kena buat. Ada masa saya fikir kesian pada suami saya mungkin dia letih kerja dan penat belajar adakala saya mempersoalkan time management dia yang sepaptunya lebih bagus kerana dia susah punyai keluarga dan tanggungjawab kadang2 kami buntu dan asyik bertelegah.

boleh tak tuan bantu memberi idea kepada saya dan suami bagaimana mencorak masa demi menjadi ibu bapa cemerlang kepada anak, pekerja yang dedikasi serta pelajaran suami saya tip top

Naja

Reply

6 Mohd Zulkifli Shafie January 12, 2012 at 3:18 am

Wslm Pn. Naja,

Tahniah sebab suami puan sambung belajar. Sambung belajar tu antara the best investment. Dari sudut mengurus masa belajar, saya rasa mungkin suami puan boleh dapatkan pengalaman rakan sekelas beliau yg cemerlang. Itu lebih praktikal, insyaALlah.

Sibuk tu bagus puan. Orang sibuk dgn perkara faedah adalah orang yang berwawasan. Hidup sibuk dgn berkara faedah lebih baik dari banyak masa lapang. Orang sibuk boleh siap banyak perkara dalam satu masa.

Antara tips yang saya pakai;

(1) Buangkan semua aktiviti yang tak memberi manfaat untuk masa depan. Tengok TV, baca akhbar, baca majalah, baca blog tak berfaedah, mengadap facebook tanpa tujuan khusus dsb.

(2) Fokus 100%. Masa kerja, fokuskan kerja. Masa family, fokus pada family. Masa ibadah, fokus ibadah. Masa belajar, fokus belajar 100%. Dari sudut belajar, jgn sesekali tinggal kelas. Absorb semaksimum mungkin apa yang lecturer ajar. Sebelum masuk kelas, make sure kita tahu apa topik yg bakal lecture ajar dan ada sedikit rough idea.

(3) Gunakan Diari Planner. Rancang betul2 aktiviti guna planner. Kalau ada program, aktiviti, slot in dlm planner tu. Dgn cara tu kita tahu cara memanfaatkan ruang masa yg ada secara maksimum.

(4) Manfaatkan setiap minit waktu yg ada. Dari sudut kerja rumah, saya biasanya curi masa sebelum tidur dan celah2 waktu sebelum pergi kerja. Kalau makan & masak tu, pinggan terus basuh, bukan longok2 dulu.

(5) Solat hajat, solat tahajjud dan solat dhuha. InsyaAllah walaupun kita sibuk, Allah permudahkan urusan kita, dan semuanya dapat settle down.

(6) Persefahaman suami isteri. Always discuss & communicate each other secara terbuka. Kalau ada selisih faham, make sure settle down sebelum tidur, sebelum pergi kerja. Seboleh2nya, jangan berpisah suami isteri dlm perselisihan.

(7) Fahamkan anak2 cita-cita kita. Kalau dgn anak2, kami selalu communicate ‘cita-cita’ kami utk mereka. “Papa & mama keluar buat bisnes ni untuk Aisyah & adik-adik. Bila berjaya, papa nak hantar sendiri Aisyah pergi sekolah, dan sambut sendiri Aisyah balik sekolah… Aisyah duduk rumah jaga adik2 yer”.

(8) Didikan anak2, kami make sure solat berjemaah kalau di rumah. Bila nak solat, ajak anak2. Bila ada kesempatan waktu lepas magrib, kami akan ajar anak2 mengaji. Kalau saya ada mesyuarat lepas magrib, saya akan bawa sekali yang sulong ikut saya utk ajar dia mengaji sementara menunggu mesyuarat.

Wallahu a’lam.

Itu jerlah dulu tips yang saya boleh kongsikan. Moga Allah permudahkan urusan puan Naja & suami, Amiin ya Allah.

Reply

7 Anonymous April 10, 2012 at 7:27 am

ermm..

Reply

8 Cik Mimey January 3, 2013 at 6:12 am

sem 3 saya kecewa sangat..pointer jatuh mendadak akibat tak reti bahagi masa. sem 4 saya tekad nak dapatkan 3.9,kerana nak cover balik pngk..hmm sedih pedih.

Reply

9 Mohd Zulkifli Shafie January 3, 2013 at 6:23 am

Jangan sedih Cik Mimey. Nanti lepas habis belajar nanti, pointer tu hanya tinggal kenangan jer. Belajar seadanya, yang paling penting ialah “who you become” lepas lalui proses belajar. Ilmu yang kita absob & amalkan, tabiat baik yang disemai di universiti, akhlak yang baik, pandangan hidup yang tepat, itulah yang berguna sepanjang hayat…

Reply

10 Bateri AAA January 23, 2013 at 1:56 pm

Setuju sangat pendapat tuan mengenai kehadiran kelas. Majoriti rakan2 yang kerap ponteng kuliah akan dapat keputusan yang biasa2 @ rendah. Hadir ke kuliah memerlukan disiplin yang tinggi.. Lebih2 lagi kalau kita dah cop sesetengah pensyarah 2 membosankan dan sebagainya. Waktu belajar di U paling banyak dugaan dan paling banyak memberi pengalaman.. 🙂

Reply

11 Mohd Zulkifli Shafie January 23, 2013 at 11:44 pm

Wslm tuan,

Betul tu. Hadir ke kuliah tu paling penting. Sebenarnya waktu belajar u tu dugaannya sangat kecil berbanding dugaan di luar. Tapi pengalaman hidup tu sebenarnya kita boleh latih sejak di universiti lagi.

Saya perhati, kalau orang tu latih solat di surau masjid tiap-tiap hari masa di universiti, bila habis belajar dia pun tetap akan ke surau. Kalau di univesiti dah liat nak ke surau, habis universiti lagi lah susah. Universiti tu medan latihan untuk kehidupan realiti yang lebih mencabar.

Wallahu a’lam.

Reply

12 mira February 13, 2014 at 9:13 pm

As salam….tuan..sy ira…
Nk tnya..apakah adab semasa belajar sebagai suami?(suami sy pjj deg…tiap bulan 1 dia akan tinggalkan sy dan anak selama sebulan)

1.apakah adab seorang suami sbgai pelajar
2.adakah salah sy mengambil thu tentang suami sepanjang sbulan..akhirnya sy sedih sendiri sbb byk benda dia tidak jujur
3.salahkah isteri melawat suami ?(rupanya sy seolah2 seludup sahaja..sbb dia xnak org tahu tentang isterinya)
4.sy xkisah dia belajar ngan perempuan…tp dia xjujur sehingga dari tempat belajar utk blik ke kampungnye…dia menumpang kereta bersama perempuan…bagaimana saya nk menegur

Saya redha dia sambung belajar…tp selama sbulan dia xambil tahu tentang anak dan saya…mya…saya xkisah sy bantu dia dari segala kewangan..tp..bila dia tidak jujur..saya takut saya yg lemah

Mohon tuan tolong bantu saya utk memahami apa yg sebenarnya patut saya lakukan…

Reply

13 Mohd Zulkifli Shafie February 14, 2014 at 5:48 am

Wslm Pn. Mira,

Salah satu yang dimaksudkan nafkah batin ialah suami kena jaga perasaan isteri dengan bagi tahu ke mana dia pergi, bagi tahu perkembangan semasa kalau tinggal lama-lama. Itu yang diingatkan oleh Tok Guru Nik Abdul Aziz dalam khutbah nikah. Puan boleh ikuti khutbah tu dalam video http://www.youtube.com/watch?v=Z4XhS3R1JA0 .

Suami ingat akan isteri atau anak-anak, pokoknya bermula dia ingat akan Allah. Kalau dia ingat Allah, dia pergi mana-mana seluruh dunia sekalipun, dia akan ingat isteri dan anak-anak. Kalau dia lupa Allah, dia akan lupa tentang keluarga. Saya syor puan doa yang terbaik untuk isteri. Kalau dia dah ada perempuan lain dan nak kahwin, benar jer dia kawin. Pesan dia ingat pada Allah banyak2 dan jaga solat. Saya pernah bagi tazkirah tentang isu ni dalam artikel saya http://www.mohdzulkifli.com/2009/10/azabnya-cinta-tanpa-percaya.html .

Puan kena ingat, setiap apa kejadian yang berlaku, ada perkara baru yang Allah nak kita belajar dan jadi lebih baik. Susah senang dalam hidup tu cara Tuhan mendidik kita.

Saya doakan Allah merahmati puan sekeluarga. Amiin ya Allah.

Reply

14 bakal mahasiswi May 30, 2014 at 4:29 pm

Assalammualaikum..16.6 ni insyaallah saya akan masuk ke politeknik. Bila saya baca post saudara,saya terus rasa semangat nak score di poli nanti. Semangat saya membara bila baca post saudara. Terima kasih di atas kata-kata saudara ye!

Reply

15 Mohd Zulkifli Shafie May 30, 2014 at 6:27 pm

Wslm.

Alhamdulillah.

Reply

16 suraya June 5, 2014 at 8:01 pm

Salam…sya student ipta . Saya mndapat pointer 2.02 pada semester 1 . Tuan , saya tidak pandai menguruskan masa belajar saya , saya juga cepat lupa apa yg lecturer ajar selepas kelas. Saya juga tidak pandai utk memberi tumpuan dlm kelas. Saya harap and saya teringin sgt nk dapat first class masa degree ni. Saya begitu cemburu melihat kwn2 sekelas sya yg banyak main ttapi pointer 3.00 keatas. Saya juga suka minum nescafe dan teh setiap hari ,adakah minuman sperti ini memberi kesan kepada minda? Harap tuan dpt memberikan nasihat..trima kasih.

Reply

17 Mohd Zulkifli Shafie June 5, 2014 at 11:14 pm

Wslm Cik Suraya.

Saya tak pasti nescafe & teh beri kesan kpd minda. Saya memang kurangkan minuman mcm tu. Bagi saya, kalau nak cemerlang, mesti aktif dengan kokurikulum juga mcm sukan dsb. Bila badan sihat, otak insyaAllah akan cergas.

Satu lagi, jangan fokus untuk score dalam exam. Tapi fokus untuk pandai / faham apa yang belajar tu supaya boleh praktik satu hari nanti. Bila kita minat apa yang kita belajar, insyaAllah result exam akan cemerlang automatik, insyaAllah.

Reply

18 azizah March 20, 2015 at 12:10 pm

assalammualaikum , saya nak minta pendapat , kadang saya stress . saya ada mengikuti persatuan dakwah di ipta dan memegang jawatan sebagai seketeriat . masalahnya program byk sangat kena datang . . kadang byk clash dengan discussion assigmnt . .saya bukan pandai spm saya terok, saya dapat u sebab saya punya result stpm okey . tapi bila masuk down gile2x .dan ada masalah dengan bahasa inggeris ,lepas tu sem lalu pointer terok , ssb saya baru tahun 1 . saya tension kadang rasa nak berhenti belajar . saya tahu belajar no 1 tapi dakwah bukan no 2 . tolong bgi ayat motivasi ..
terima kasih

Reply

19 Mohd Zulkifli Shafie March 21, 2015 at 4:58 am

Wslm Cik Azizah,

Kalau jawatan terlalu banyak, kurangkan jawatan tapi jangan sampai tinggalkan semua. Sebab dalam kesibukan tu ada keberkatan. Orang sibuk lebih menghargai masa dan lebih cepat catch up bila belajar berbanding orang yang banyak masa lapang.

Reply

20 Fatin Farhana August 24, 2015 at 7:09 pm

Assalamualaikun tuan..

Terima kasih untuk tips yang sangat berguna. InsyaAllah boleh saya aplikasikan untuk sem3 akan datang.

Tuan, saya pelajar ijazah perakaunan. saya dapati Financial Accounting sangat susah. Kadang-kadang rasa nak give up pun ada tapi bila fikir cita-cita saya dan harapan ibubapa, saya kembali bersemangat. InsyaAllah.. bila baca tips ni lagi bersemangat. Saya harap cita-cita saya untuk menjadi Chartered Accountant seperti tuan tercapai.. InsyaAllah.. Amin.. doakan kejayaan saya tuan. Terima kasih.

Assalamaulaikum 🙂

Reply

21 Mohd Zulkifli Shafie August 25, 2015 at 11:47 am

Wslm Cik Fatin.

Alhamdulillah.

Pada saya bukan subjek tu susah, tapi mungkin sebab kurang minat. Kalau minat, insyaAllah semuanya jadi mudah. Susah belajar tu perkara biasa, sebab itulah kita belajar.

Waktu belajar, fokus untuk dapatkan ILMU, bukan untuk dapat markah tinggi. Bila fokus kita kepada ILMU, kita akan sedaya upaya belajar untuk pandai. Bila pandai, cemerlang dalam exam tu insyaAllah dalam tangan.

Reply

22 Siti September 18, 2015 at 4:10 pm

assalammualaikum encik ,,, sy pelajar sem 3 di ipta.. sy nk tnya pendapat .. sy xlama lg dlm 2 mnggu lagi akan mnduduki exam akhir untk sem ni .. tp bila sy tgk carrymark sy untuk 2 subjek tu sgt truk ,, dan saya hampir putus asa untuk move on sem dpn … dan ramai yg suruh sy push untk final .. ape pendapat encik yg bole sy praktik kan di peringkt akhir2 cmni ye? terima kasih

Reply

23 Mohd Zulkifli Shafie February 24, 2017 at 7:55 am

Wslm Cik Siti,

Belajar fokus kepada ilmu. Apa pun keputusan yang dapat, akhirnya ilmu tu akan bermanfaat untuk masa depan cik siti nanti, insyaAllah.

Reply

24 orange February 16, 2016 at 5:33 pm

sy pelajar tahun 2, jurusan psikologi. Sy kmbli bsmgat stelah sy nampak komen dan reply drp encik. Hari ne result exam sem 3 kami keluar. Sy rasa rgt down bila pointer sy menurun. Sdangkan sy by byk buat revision. Malangnya masa d dewan exam sy lupa semua yg sy belajar. . Mohon encik beri motivai pada sy.

Reply

25 Mohd Zulkifli Shafie February 17, 2016 at 5:39 am

Salam,

Pengalaman saya, kalau nak pastikan ingat apa yang kita belajar, kita kena mengajar. Bila buat revision, tak memadai kalau sekadar nak ingat sorang-sorang. Kena letak dalam kepada, kita nak belajar sebab nak faham dan nak mengajar orang lain turut sama faham.

Jadi antara cara berkesan waktu saya belajar dulu ialah buat study group. Ambil peluang dalam study group tu untuk mengajar kawan-kawan. InsyaAllah ilmu yang ada tu akan melekat.

Reply

26 Sii Nurul February 19, 2016 at 1:07 pm

terima kasih atas nasihatnya ,, sy ambik sedikit petikan dr article nie ya, utk dijadikan sebagai motivasi 🙂

Reply

27 Mohd Zulkifli Shafie February 19, 2016 at 10:03 pm

Sama-sama. Silaka Cik Nurul.

Reply

28 iman July 22, 2016 at 9:31 pm

assalamualaikum encik,,saya dapat course yang saya tak minat..macam mana nak tanam minat belajar course ini..

Reply

29 Mohd Zulkifli Shafie July 27, 2016 at 11:29 pm

Wslm.

Tukar course lain secepat mungkin. Belajar apa yang minat. Jangan dipaksa-paksa. Takut bila kerja nanti terpaksa kerja bidang yang tak minat. Kerjaya pun akan terbantut.

Reply

30 MUHD HELMI August 25, 2016 at 9:17 pm

Assalamualaikum encik,bolehkah lepasan degree ‘bukan accounting’ contohnya pentadbiran perniagaan mengambil lesen chartered accountant…sbb saya nak sangat sambung Acca dan tambah pengetahuan.

Reply

31 Mohd Zulkifli Shafie August 26, 2016 at 1:05 pm

Wslm En. Helmi,

Boleh ambil ACCA.

Reply

32 muhd helmi August 26, 2016 at 12:46 pm

Assalamualaikum encik,bolehkah lepasan ‘bukan accounting’ seperti pentadbiran perniagaan ambil lesen ACCA dan sebagainya…sbb saya minat sangat sambung acca untuk tinggikan pengetahuan saya dalam accounting.

Reply

33 Mohd Zulkifli Shafie August 26, 2016 at 1:04 pm

Wslm En Helmi. Boleh ambil ACCA, tak ada masalah. Cuma pengecualian paper tu mungkin tak banyak.

Reply

34 Fara December 20, 2016 at 8:33 pm

Assalamualaikum,saya pelajar stpm.saya hampir give up study & kwn2 Ade berhenti sbb x than dan dpt tawaran.
1)saya mempunyai masalah berkomunikasi dlm bahasa inggeris dan selalu tersalah sebut an.kebanyakkan kwn 2 pandai berbahasa inggeris .saya berasa rendah diri.
2)Persaingan sangat sengit dikalangan kwn2.saya jenis lambat pick up pelajaran kadang2 rasa x da motivasi.
3)Kebanyakan orang kata stpm susah x menjamin.apa pandangan encik.

Reply

35 Mohd Zulkifli Shafie December 24, 2016 at 6:55 am

Wslm Cik Fara,

Niat belajar untuk dapatkan ilmu dan kemahiran. Biarlah apa yang orang fikir atau pandang rendah sekalipun. Cari ilmu itu kerja mulia. Susah tu memang la sebab tu kita pergi belajar, kalau dah pandai tak perlu lagi belajar.

Reply

36 Nooraishah Abdullah July 28, 2017 at 11:24 am

Assalamualaikum…
Alhamdulillah…
I am impressed to read this article…
TQ so much…

Reply

37 Mohd Zulkifli Shafie July 31, 2017 at 10:28 pm

Alhamdulillah. Mudah-mudahan bermanfaat, insyaAllah.

Reply

Leave a Comment

Previous post:

Next post: