MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Kenapa Saya Janji Pada Diri Sendiri, Saya Tak Buat Duit Dengan Training?

December 28, 2025

“Sampaikan ilmu... Last-last minta bayar yuran! 

Kalau dia tak dibayar, takkan dia nak bagi ilmu free!” 

Itulah tuduhan yang saya selalu kena. 

Tahun 2025 ni dah masuk tahun ke-17 saya sampaikan ilmu — tentang kewangan dan emas. 

Dan persoalannya... siapa pernah tengok saya jual apa-apa program training untuk kaut untung untuk diri saya? 

Jawapannya: Tak ada. 

Saya menulis di blog — percuma (sudah 17 tahun!)
Saya share di Facebook — percuma.
Saya buat seminar — percuma.
Saya conduct training dalam Public Gold dan G100 pun — percuma! 

Persoalannya, sejak bila saya dibayar? 

More...

Yuran berbayar untuk siapa?

Walaupun ada training Public Gold yang dikenakan yuran, tapi PG tak pernah bayar saya untuk sampaikan training.

Training dalam G100 pun ada yang berbayar — tapi G100 pun tak pernah bayar saya walaupun 10 sen untuk sampaikan training.

Sedangkan G100 tu, saya lah Foundernya!

Habis tu... program berbayar tu untuk apa?

Jawapan jujur:
👉 kos sewa dan setup dewan
👉 kos makan peserta dan bahan training
👉 kos teknikal, setup Zoom, admin
👉 kos operasi untuk pastikan training berjalan elok

Ada training yang kami dapat surplus - hasil dari yuran peserta. Dan ada training yang kami kena subsidi untuk pastikan ianya berjalan! 

Kalau ada lebihan pun, duit tu tak masuk poket saya.

Ia masuk kepada penganjur (PG dan G100) untuk tambah baik fasiliti, tambah kelas, tambah support... supaya lebih ramai boleh belajar dan grow! 

Tapi saya faham... 

Ada orang memang tak boleh brain:

“Mana boleh orang ajar free je? Confirm dia buat duit!”, katanya... 

Cara paling mudah bila tak mampu terima kebaikan orang: tuduh!

Tuduhan tu selalunya datang dari hati yang busuk — dengki, cemburu, sakit hati, atau tak puas hati. 

Realiti sebenar Founder G100

Dan mungkin ramai tak tahu... 

Walaupun saya Founder G100 — network terbesar dealer Public Gold di Malaysia — tapi realitinya:

👉🏻 Saya tak terima apa-apa bayaran dari G100.

👉🏻 Saya pun kena bayar setiap kali join training.

👉🏻 Ahli keluarga saya pun kena bayar kalau nak join training.

👉🏻 Saya pun kena bayar untuk dapat akses dan sampaikan training dalam program yang G100 anjurkan! 😅 

Nak gelak ke nak confuse? 😂

Dan satu lagi fakta pelik... 

👉🏻 Saya sendiri tak ada akses kepada duit G100.

Network yang saya sendiri bina — tapi saya pun tak boleh buka akaun tu! 😅 

Kenapa saya tak buat duit?

Jadi persoalannya...  kenapa saya buat macam ni?

1️⃣ Benci orang jual ilmu tak proven

Masa saya susah dulu, saya pun macam orang lain — tercari-cari ilmu nak ubah hidup.

Saya tak salahkan orang yang ambil upah mengajar. Agama kita pun benarkan.

Yang saya tak boleh terima ialah:

  • ❌ ajar ilmu sekerat, lepas tu kena upsell beli modul lebih mahal yang tak proven!
  • ❌ trainer kaya dengan jual ilmu kekayaan, sedangkan peserta tak kaya-kaya!

Lagi buruk, testimoni kejayaan pun dibayar dan bohong!

Kita habis duit...  tapi hidup kita tak berubah.

Masa tu saya terfikir:

“Tak ada ke orang yang jujur nak ajar ilmu betul-betul, nak bantu orang kaya - macam dia kaya?”

Saya fikir, kalau susah nak jumpa orang macam tu... biarlah saya cuba jadi orang yang jujur tu.

Saya ajar apa yang saya buat... Apa yang proven... Apa yang saya sendiri lalui. Tak ada ilmu sekerat-sekerat. 

2️⃣ Nak jadikan platform ilmu yang jujur

Saya tak buat duit dengan training. Saya cuma buat duit dengan Public Gold.

Kerja saya satu je:

👉🏻 Bagi penyimpan emas ilmu yang paling betul, paling jujur, paling proven.

Lepas tu, terpulang mereka nak buat keputusan.

Kalau dengan ilmu tu mereka nampak emas dan platform PG adalah cara untuk mereka kaya dengan selamat, saya bantu.

Saya sendiri tak jual emas - walaupun saya ada stok emas yang saya dah kumpul 15 tahun!

Saya cuma ajar cara menyimpan emas dengan betul:

👉🏻 Bila ada soalan, mereka tanya saya
👉🏻 Bila ada isu transaksi, saya bantu
👉🏻 Saya sediakan komuniti kaya dengan emas
👉🏻 Saya sediakan support
👉🏻 Saya sediakan akses kepada ilmu setiap minggu

In return, saya cuma dibayar 1% – 2% komisyen atas pembelian emas mereka. 

Bantu customer 'win' dulu

Dan hubungan kami ialah hubungan win-win:

👉🏻 Kalau saya tak bagi mereka ilmu, mereka tak simpan emas.
👉🏻 Kalau tak simpan emas, mereka tak kaya.
👉🏻 Kalau mereka tak kaya... saya pun tak kaya. 

Jadi saya kena kayakan penyimpan emas saya dulu... baru saya boleh kaya.

Murid-murid saya pun sama — kalau mereka nak kaya dengan PG, mereka kena tiru saya.

Berikan ilmu dulu. Duit akan datang kemudian.

Mana nak cari salesman yang sanggup bagi ilmu secukupnya?

Sedangkan kebanyakan salesman boleh buat duit lebih banyak atas kejahilan customer mereka!

3️⃣ Nak tinggalkan legasi bertahan lama

Saya nak G100 hidup lebih lama daripada saya.

Hari ini G100 ada lebih 2,000 dealer aktif, ada lebih 900,000 penyimpan emas, dan ada hampir 200 committee bekerja hari-hari — semua tanpa dibayar.

G100 bukan “Zulkifli Enterprise”, tapi G100 adalah komuniti.

Kami wujudkan platform terbaik untuk:

👉🏻 penyimpan emas dapat ilmu 
👉🏻 dealer dapat bimbingan 
👉🏻 orang yang serius nak kaya dengan emas 
👉🏻 orang yang serius nak capai #FinancialFreedom 

Kami sekarang sedang bawa misi besar, iaitu #MisiUbahHidup1000Keluarga.

Ini bukan tentang saya. Tapi tentang kami semua.

Saya sedar, saya tak akan pimpin G100 selama-lamanya. 

Serahkan G100 kepada pemimpin muda 

Beberapa tahun dari sekarang, saya akan serahkan legasi ni kepada pemimpin-pemimpin muda yang lebih pantas, lebih cekap, lebih energetic.

Impian saya, G100 terbang lebih tinggi walaupun tanpa saya.

Sebab G100 bukan tentang pengasasnya. Ia tentang legasi untuk generasi akan datang.

Kalau struktur G100 diasaskan dengan “duit training”, “bayaran mentor”, “bayaran kelas”, “bayaran modul”... saya tahu ia tak akan kekal lama.

Tapi kalau dibina atas keikhlasan, ilmu, dan kejujuran, insyaAllah ia akan bertahan berpuluh tahun. 

Mudah-mudahan apa yang saya bangunkan ini bukan sahaja jadi rahmat buat masyarakat, tapi juga sebagai ladang pahala kami bersama. InsyaAllah...

“Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah, nescaya Allah akan jadikan baginya jalan keluar. Dan Dia akan memberinya rezeki dari jalan yang tidak disangka-sangka.”

– (Surah At-Talaq, 65 : 2 – 3)

#PGG100Network

Zulkifli

Cyberjaya 

14 November 2025 

23 Jamadil Awal 1447H

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 9,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 800,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}