Adakah sama orang yang "beri sedekah" dengan yang "minta sedekah"?
Tentunya tak sama...
Yang satu nak BERI manfaat... Yang lagi satu nak DAPAT sesuatu...
Yang nak BERI, dia tak kisah... Kalau orang sudi terima, silakan... Tapi kalau tak sudi, dia bagi je kepada orang lain.
Tapi yang MINTA sedekah, kalau orang bagi, dia happy... Kalau tak bagi, dia mudah kecewa...
Macam tu juga dalam bisnes.
Adakah kita dalam posisi "memberi", ataupun "meminta-minta" dari orang lain (customer)?
Nampak remeh, tapi mindset ni akan berikan kesan besar dalam bisnes.
More...
Niat "nak bantu" vs "nak rekrut"
Itulah sebab kenapa saya pesan kepada dealer-dealer PG (di bawah bimbingan saya) supaya sentiasa luruskan niat.
Niat "nak bantu" tak sama dengan niat "nak rekrut" customer. Walaupun kedua-dua pun tetap dapat customer, tapi hasilnya berbeza.
Yang "nak bantu" akan lebih mudah berjaya berbanding "nak rekrut".
Sebab niat yang baik mendorong kita buat perkara betul, dengan sabar...
Bila niat kita betul dan ikhlas, kita akan rasa seronok buat bisnes. Hidup rasa lebih bermakna... Walaupun hasilnya belum seberapa...
Dan bila kita seronok, kita akan buat dengan konsisten. Bila konsisten, cepat atau lambat, kita pasti akan berjaya. InsyaAllah... Ia cuma persoalan masa sahaja...
Ikhlas ni bukan sekadar soal pahala Akhirat. Dia beri kesan besar pada emosi, psikologi dan mindset kita, yang akhirnya beri impak besar pada bisnes kita.
Niat tentukan emosi
Niat “nak bantu orang” tak sama dengan niat “nak rekrut customer”.
Kalau niat nak bantu orang, fokus kita adalah nak BERI. Beri kefahaman... Beri kebaikan... Beri nilai dalam hidup orang lain.
Dan bila dapat beri, kita rasa seronok. Dapat beri pun dah seronok... walaupun tak dapat apa-apa...
Kalau orang tak sudi terima, kita tak kisah... Kita tak rugi apa-apa.
"NEXT" je. Kita beri pulak pada orang lain.
Tapi kalau niat cuma nak “rekrut customer”, fokus kita adalah nak DAPAT sesuatu daripada customer untuk diri sendiri.
Bila tak dapat, kita rasa usaha kita sia-sia... cepat bosan... dan mudah rasa nak give up.
Rasa bahagia bila “memberi”
Bila niat kita nak BERI kebaikan, kita jadi lebih sabar.
Sebab kita happy memberi, walaupun belum dapat apa-apa hasil.
Dapat "beri" tu sendiri dah rasa berjaya, walaupun hasil bisnes belum besar.
Live tak ramai? Tak apa...
Fokus kita pada beberapa orang yang betul-betul nak belajar.
Konten tak viral? Tak kisah...
Kita tetap happy sebab kita kongsi sesuatu yang bermanfaat.
Viral atau tak, itu bukan urusan kita.
Orang belum beli? Tak apa...
Kita nak dia faham dulu. Biar dia ambil masa...
Kita lebih tenang... Tak gelojoh untuk buat 'closing'.
Bisnes mendidik perlukan masa
Bisnes Public Gold bukan bisnes jual barang. Bukan jual sekali, lepas tu selesai.
Ini bisnes didik orang sampai faham. Hubungan kita dengan customer adalah jangka panjang.
Orang menabung emas sebab dia faham, bukan sebab FOMO atau ikut-ikut orang.
Dan kerja mendidik ni memang perlukan masa. Kena sabar...
Kalau orang beli emas tapi tak faham kenapa dia beli, dia akan beli sekali... lepas tu berhenti.
Lagi teruk, bila tak nampak hasil, dia salahkan dealer... salahkan Public Gold... bahkan salahkan emas tu sendiri!
Padahal puncanya satu — dia tak faham.
Dulu follower, sekarang kawan
Hubungan saya dengan customer bukan hubungan sementara.
Ramai customer saya dah lebih 10 tahun bersama saya. Sampai hari ini mereka masih menabung emas, dan hubungan kami kekal baik.
Dan saya yakin, majoriti yang follow saya secara konsisten, kewangan mereka jadi semakin baik.
Ada yang dah ada simpanan 12 bulan gaji...
Ada yang dah bebas hutang...
Ada yang dah ada rumah sewa, tanah dan bisnes... Hasil daripada menabung emas.
Dan yang paling penting — tak ada seorang pun yang kewangannya rosak sebab ikut saya. Tak ada. Alhamdulillah...
Dengan bisnes, saya bukan sekadar nak buat duit. Tapi saya bina kehidupan yang bermakna untuk masa depan.
Dulu sekadar follower, sekarang jadi kenalan...
Dulu sekadar kenalan, sekarang jadi kawan...
Semua bermula dengan niat yang betul - nak beri kebaikan.
Ikhlas akhirnya bawa kejayaan besar
Bila kita ikhlas, orang boleh rasa...
Bila ikhlas, orang mudah percaya...
Mereka rasa dibantu... rasa difahami... tak rasa ditekan.
Pengalaman baik tu kesannya lebih kuat daripada iklan.
Tak payah minta pun, mereka (follower dan customer) tolong promote bisnes dari mulut ke mulut ("word-of-mouth").
Itulah marketing paling power di dunia, tanpa perlu kita bayar (percuma)!
Syukur Alhamdulillah... Walaupun saya tak pernah tekan iklan berbayar (untuk dapatkan customer), hari ini penyimpan emas di bawah bimbingan saya dah hampir 1 juta orang!
Bermula seorang diri lebih 15 tahun lalu, saya yakin keikhlasan sharing “mulut ke mulut” itulah yang membuatkan berkembang besar... Manfaat tu mudah berjangkit dari orang ke orang macam Covid-19! Alhamdulillah...
Bukan sekadar kaya, tapi bahagia
Peniaga yang betul-betul ikhlas ni sangat rare.
Di Akhirat nanti, mereka akan di tempatkan bersama golongan rare kata Nabi s.a.w... Iaitu bersama Nabi, siddiqin dan syuhada' di Syurga.
Realitinya, ramai berniaga cuma fikir untuk diri sendiri, bukan sangat nak beri kebaikan kepada orang lain.
Walaupun kejayaan dengan "ikhlas" ambil masa, tapi kesannya lebih kekal dan lebih bermakna.
Kita bukan sekadar dapat duit, tapi hidup jadi lebih tenang... lebih bahagia... InsyaAllah...
Masa belum kaya pun dah rasa happy... Bila dah berjaya, apatah lagi! Alhamdulillah...
“Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan berbuat kebaikan, Allah Yang Maha Pengasih akan menjadikan bagi mereka perasaan kasih sayang (dalam hati manusia).”
- (Surah Maryam 19 : 96)
Zulkifli
Cyberjaya
22 Disember 2025
3 Rejab 1447H
Artikel berkaitan:
- Tak Akan Bosan, Bila Sayangi Customer Macam Sayangi Diri Sendiri
- Ikhlas Orang Berduit Tak Sama Ikhlas Orang Tak Berduit
- Ikhlas Tak Bermakna Kena Percuma. Buat Duit Pun Boleh?
- Keikhlasan Teruji Bila Kewangan Tertekan, Amalkan 3 Prinsip Ini
- Nak Seronok Bekerja, Jangan Letakkan Kewangan Dalam Stress
- Kita Cuma Dapat Bantu Orang Yang Nak Dibantu Sahaja


Assalamulaiakum tuan,
saya dah lama jadi "silent follower' tuan. Suka baca artikel2 yang tuan tulis.
"Dan saya yakin, majoriti yang follow saya secara konsisten, kewangan mereka jadi semakin baik.
Ada yang dah ada simpanan 12 bulan gaji…
Ada yang dah bebas hutang…
Ada yang dah ada rumah sewa, tanah dan bisnes… Hasil daripada menabung emas. "
Kata2 tuan nie ada betulnya. saya telah berjaya menyelesaikan hutang saya dan kewangan saya bertambah baik dari semasa ke semasa. Cabaran saya sebagai ibu tunggal dengan membesarkan 4 orang anak, kewangan yang tidak menentu makin baik bila membaca tulisan tuan dan kata2 nasihat yang tuan berikan
tuan banyak membantu saya menjadikan simpanan kewangan saya semakin baik dan bertambah.
Alhamdulillah.
Saya turut happy dengan perkembangan positif kewangan Pn Mareyana.
Terima kasih atas feedback positif sebagai dorongan untuk saya terus menulis panduan dan tip kewangan untuk masyarat.
udah-mudahan bermanfaat. InsyaAllah.