Datang jauh-jauh penat travel hanya semata-mata untuk meeting dan program bisnes. Habis program terus balik...
Itulah kami dulu...
Kekadang kami sampai di sesuatu tempat tu cuma datang ke hotel. Tak keluar hotel langsung. Lepas tu balik (ke airport).
Sampai kadang-kadang apa mall yang ada sebelah hotel pun kami tak tahu!
Kerja, kerja, kerja...
More...
Enjoy dalam mengejar cita-cita
Sampai Founder Public Gold pesan supaya kena ada aktiviti bersifat meraikan... Buat celebration kata beliau...
Kita manusia bukan sekadar kerja, perlu juga hiburan dan aktiviti bersifat santai...
Dato Wira Louis Ng bimbang kami bekerja macam tentera... Terlalu serius...
Jadi pesanan Dato tu kami take note...
Mungkin cara kami beraktiviti sebelum ni dipengaruhi oleh cara saya yang suka bekerja...
Kalau ada 10 perkara yang saya akan buat, 9 perkara yang bersifat kerja, cuma 1 perkara bersifat 'healing'...
Enjoy bekerja jauh lebih besar berbanding enjoy saya untuk 'healing'...
Tapi setiap kita tak sama...
Meraikan minat yang pelbagai
Sebagai leader yang memimpin organisasi yang mewakili lebih 600,000 penyimpan emas seluruh Asia Tenggara, kami kena raikan 'rakyat' yang pelbagai...
600,000 penyimpan emas maksudnya 600,000 keluarga. Ini dah macam memimpin rakyat sebuah negeri dah kata Dato...
Jadi kami kendurkan aktiviti kami untuk trip #G100x5GLeadersForum dan #G100x5GRegionalTour.
Lepas habis aktiviti, kami buka peluang masing-masing buat aktiviti healing yang mereka suka.
Lepas habis aktiviti di Kota Kinabalu kelmarin, ada yang pergi diving, ada yang pergi nikmati panorama di kaki Gunung Kinabalu, ada yang pergi shopping, ada yang pergi terapi, ada yang pergi main bowling dan tentunya ada geng yang enjoy terus bekerja!...
Good tired...
Bila berakhirnya trip 3, 4 hari kami di Kota Kinabalu, semuanya balik dengan penuh semangat.
Masing-masing dapat recharged! Alhamdulillah...
Kami betul-betul work hard dan play hard untuk capai #MisiUbahHidup1000Keluarga.
Good tired... Alhamdulillah...