Berlumba-lumba berbuat kebaikan!... MasyaAllah...
Banyak leader sakit kepala nak cari team yang boleh sama-sama buat kerja.
Nak kena bayar...
Nak kena upah...
Nak kena mengemis...
Nak kena suruh...
Nak kena ketuk baru nak gerak...
Tapi berbeza dalam #PGG100Network.
More...
Menyumbang, bukan sekadar menumpang
Bekerja dan menyumbang dah jadi budaya... Masing-masing berlumba bekerja tanpa dibayar!...
Tak perlu disuruh-suruh, tak perlu dipaksa-paksa...
Sampai masing-masing malu kalau sekadar menumpang, tanpa menyumbang kepada kemajuan team G100.
Mereka bukan orang biasa-biasa. Masing-masing berpelajaran tinggi, berjawatan tinggi, dan berpengalaman dengan kepakaran bidang masing-masing...
Jadi mereka gunakan kepakaran mereka untuk sama-sama menjayakan #MisiUbahHidup1000Keluarga bersama kami.
Obses bekerja tanpa dibayar, sampai kami kena limitkan jawatan - seorang hanya satu jawatan sahaja.
Staff profesional tanpa gaji?
Jawatan tu maksudnya kena galas tanggungjawab, kena buat kerja - tanpa gaji, tanpa apa-apa bayaran!
Sekarang ni G100 digerakkan oleh lebih kurang 200 staff (committee) professional tanpa dibayar gaji.
Walaupun tak bergaji, tapi ada yang sanggup galas sampai 6 jawatan, bahkan ada yang lebih!
Bila disuruh lepas semua jawatan lain (kecuali satu), mereka berbelah bagi... Kalau boleh nak terus pegang beberapa jawatan - supaya dapat terus menyumbang kebaikan!...
Saya rasa sungguh bersyukur dan terharu...
Setelah Tuhan pisahkan orang yang tak baik ketika saya ditimpa musibah 2 tahun terpenjara, Tuhan kurniakan orang yang baik-baik bersama saya.
Kalau lihat kejayaan-kejayaan besar yang kami capai hari ni, ketahuilah itu sebenarnya bukan kerja saya. Tapi kerja team yang berlumba-lumba berikan kebaikan...
Terpaksa limitkan jawatan
Sampai kami bimbang bebanan tanggungjawab banyak yang mereka pikul sekaligus...
Jadi kami terpaksa limitkan, setiap orang cuma pegang satu tugas sahaja dalam G100.
Supaya mereka ada lebih banyak masa untuk diri mereka sendiri dan berikan peluang kepada lebih ramai orang yang sama-sama nak menyumbang dalam mencapai misi besar kami;
"Misi Ubah Hidup 1000 Keluarga"
InsyaAllah...
"If you want to walk fast, walk alone.
If you want to walk far, walk togather.
If you want to walk fast and far in business, walk with G100!"
Zulkifli
Cyberjaya
4 September 2025
11 Rabiul Awwal 1447
Coretan FB berkaitan:
Artikel berkaitan:
- Berjiwa Besar : Karektor Team Adalah Bayangan Karektor Leader!
- Misi Ubah Hidup 1000 Keluarga, Ia Mustahil Tanpa Jiwa Yang Besar
- "Work Hard, Play Hard" Dalam Misi Ubah Hidup 1,000 Keluarga
- Lepas Pencen Nak Buat Apa? Kerja Kerana Minat, Bukan Sebab Terpaksa
- Hadir 1 Jam Training, Jimat 1000 Jam Mengembangkan Bisnes!
- Circle Kita Bayangan Diri Kita. Kita Pula Bayangan Circle Kita!


