MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Naik Business Class: Bukan Sekadar Mewah, Tapi Upgrade Circle

September 28, 2025

Ada orang kata, naik Business Class ni sekadar nak tidur lebih selesa dalam kabin pesawat.

Saya cuma senyum. Sebab pada saya, itu mungkin pengalaman orang yang sesekali naik Business Class — itupun dapat free upgrade, ataupun privilege keluarga staff airline. 

Tapi bila kita sendiri yang bayar (atau layak atas kapasiti usaha sendiri), pengalaman tu sangat berbeza. Ia jauh lebih daripada sekadar tidur. 

More...

Antara beza ketara yang saya rasa: 

👉🏻 Perjalanan lama tak terasa lama.
👉🏻 Badan kurang penat bila sampai destinasi.
👉🏻 Paling best, peluang networking dengan circle yang “next level”. 

Syukur alhamdulillah, setakat hari ini saya diberi peluang oleh Public Gold untuk fly Business Class sebanyak 10 kali dan First Class 4 kali. Total baru 14 kali pengalaman — tapi cukup untuk saya belajar sesuatu yang mahal. 

Syarat Nak Naik Business & First Class

Reward ni bukan diberi percuma. Ada syarat. 

🔑 Untuk naik Business Class:

  • Seorang dealer mesti bantu sekurang-kurangnya 12 orang dealer bawah dia berjaya buat passive income RM5k – RM10k setiap bulan.

🔑 Untuk naik First Class:

  • Mesti bantu sekurang-kurangnya 30 orang dealer bawah dia capai income yang sama.

Maksudnya, ia bukan sekadar kita boleh buat duit. Tapi kita kena bantu orang lain pun boleh buat duit dan kaya bersama.

Logiknya mudah, kalau seseorang boleh bantu 10 orang buat RM5k sebulan, mustahil income dia sendiri cuma RM5k. Biasanya income dia akan jauh lebih besar — sekurang-kurangnya RM50k sebulan.

Sebab tu bila duduk dalam Business Class, circle kita memang setara dengan income penumpang lain. Networking pun tak kekok. 

Bezanya Economy vs Business vs First Class

Pengalaman saya sendiri: 

✈️ Naik Economy Class — bila perjalanan lebih 7 jam, memang terasa lama. Tidur, bangun, tidur balik... dalam hati asyik terdetik, “Bila nak sampai ni?” 

✈️ Naik Business Class — 7 jam terasa macam 2 jam. Selesa, relaks, dan masa cepat berlalu.

✈️ Naik First Class — lagi lah tak terasa. Baru tengah syok, tiba-tiba pilot umumkan nak landing. 

Masa saya pergi haji naik Economy Class, flight 8 jam tu terasa sangat panjang. Tapi bila naik Business Class dan First Class, pengalaman dia memang jauh beza. 

Lebih Daripada Sekadar Kabin

Business Class (dan First Class) bukan sekadar ruang dalam kabin. Ia bermula seawal check-in lagi:

✔️ Tak perlu beratur panjang.
✔️ Menunggu dalam lounge eksklusif yang selesa.
✔️ Boarding pun priority, tak payah berdiri lama.
✔️ Kalau flight A380, boleh lepak mengopi di lounge khas atas awan. 

Kalau First Class, siap boleh mandi dalam flight! Saya sendiri dah 3 kali mandi pada ketinggian 30,000 kaki di udara.

Bila landing pun, penumpang Business & First Class keluar dulu. Kalau tukar terminal, siap ada bus khas yang selesa. 

Masa Transit Jadi “Bonus”

Satu lagi saya suka: masa transit.

Kalau naik Economy, transit panjang tu azab. Lagi lama transit, lagi penat.

Tapi kalau naik Business Class, transit 4 – 6 jam pun tak terasa. Duduk dalam Business Lounge, sambil rehat, makan, minum, kadang-kadang sempat berkenalan dengan orang baru.

Pernah sekali, saya jumpa Founders Crown Ambassador Amway - orang paling kaya dalam Amway Malaysia. Masa tu kami sama-sama nak fly ke Dubai (transit untuk ke Eropah). 

Dalam flight tu pula, keliling saya semua “Diamond” Amway. Sampai makcik sebelah saya (pun Diamond Amway) ingat saya ni new Diamond Amway! 😅 

Networking Yang “Next Level”

Dalam lounge, suasana tenang dan orang tak ramai. Di situlah peluang networking dengan circle orang kaya dan berjaya.

Bagi saya yang introvert, biasanya saya tak mulakan perbualan. Tapi bila orang tegur dulu, barulah saya balas. Dari situ terbina hubungan baru dengan orang hebat dari serata dunia.

Sebab itu, bagi mereka yang income besar dan harga tiket Business Class tu tak mahal bagi mereka, pilihan untuk fly Business Class memang lebih berbaloi. 

Reward Yang Bukan Tentang Duit

Saya fly Business & First Class bukan saya yang bayar. Semua ni reward Public Gold.

Reward ini bukan untuk dealer biasa-biasa, tapi untuk dealer yang duit dah bukan motivasi utama.

Betul, ada dealer sanggup kerja keras hanya untuk dapat reward ini. Sebab kalau bagi duit, duit mereka memang dah banyak.

Founder Public Gold faham — ada dealer yang bukan lagi kejar duit. Yang mereka kejar ialah kepuasan bantu orang lain berjaya.

Itulah juga motivasi saya. 

Dari B40 Ke Awan Biru

Saya teringat 15 tahun lepas, saya hanyalah seorang B40. Hidup sederhana, tapi ada keinginan kuat nak ubah hidup.

Hari ini, bila Public Gold reward saya dengan penerbangan Business Class dan First Class, saya sedar — semua ni bukan sekadar pengalaman mewah. Tapi simbol perjalanan hidup.

Dari bawah... ke atas awan biru.

Alhamdulillah... 

Zulkifli
Cyberjaya
7 September 2025
14 Rabiul Awwal 1447H 

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 9,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 800,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
>