Lepas habis appointment bisnes di rumah sahabat pukul 10.40 malam tadi, saya terus ke Pasir Tumboh (Kota Bharu, Kelantan). Nak rebut peluang minum-minum dengan Pokli, dan beberapa Master Dealer Public Gold.
Bukan senang nak jumpa tokey-tokey emas berjaya ni.
Banyak benda yang saya belajar semalam, alhamdulillah.
Alang-alang jumpa, macam-macam ilmu saya berguru malam tadi. Kami bersembang sampai pukul 12.30 malam! Walaupun baru pertama kali kenal dan jumpa face-to-face!...
Belajar sahaja tak cukup, kena berkawan
Association (pergaulan) tu salah satu faktor penting kalau nak berjaya dalam apa juga bidang sekali pun. Itulah yang guru bisnes saya dan mentor 'jutawan' lain ajar.
Masa kursus dulu, Chef Li pun pesan perkara yang sama.
Katanya, "kalau datang kursus macam ni, jangan hanya berkursus jer, tapi berkenalan dan bertukar-tukar la no telefon dengan peserta lain", supaya peserta dalam saling bernetwork antara satu sama lain.
Dan memang itulah yang saya buat. Saya suka berkawan dengan orang bisnes. Saya nampak, memang berbeza cara orang bisnes berfikir.
Orang bisnes lebih suka fleksibiliti, kebebasan, kuasa menentukan pendapatan sendiri, simpanan, bebas hutang dan sebagainya.
Tapi orang biasa, lebih suka 'benefit', income yang kononnya 'terjamin', pencen, ansuran dan sebagainya.
Memang sangat berbeza cara dua golongan ni berfikir.
Kisah burung pelican hampir kepupusan
Kalau buat bisnes, tapi rasa susah nak berjaya, mungkin kena nilai balik sejauh mana tahap pergaulan kita dengan orang sesama bisnes dengan kita.
Sebab pergaulan tu akan mempengaruhi bisnes kita sendiri sebagaimana satu kes yang saya terbaca dan boleh kita ambil iktibar iaitu pasal burung pelican di Teluk Monterey, California (Amerika).
Satu masa dulu, Teluk Monterey sangat aktif dengan aktiviti perikanan. Dan burung-burung di situ makan ikan yang dibuang oleh nelayan-nelayan.
Tapi sampai satu masa aktiviti perikanan bermasalah dan nelayan-nelayan tak lagi turun ke laut. Kesannya, burung-burung Pelican di situ hampir pupus sebab tak tahu tangkap ikan!
Macam-macam cara ahli sains dan alam sekitar fikir jalan penyelesaiannya.
Tapi akhir sekali, mereka dapat idea untuk 'import' beribu-ribu burung Pelican yang tahu memburu dari tempat yang jaraknya 2000 batu di utara dengan harapan burung tu nanti akan mengawan dengan burung Pelican di teluk itu.
Beribu-ribu burung Pelican diimport supaya bergaul dengan spesis yang sama di Teluk Monterey.
Keajaiban berlaku hasil pergaulan
Satu keajaiban belaku.
Hasil dari 'pergaulan' dengan beribu-ribu burung Pelican pemburu, dan 'belajar' cara menangkap ikan sendiri, burung Pelican di Teluk Monterey mula pandai menangkap ikan sendiri!
Burung-burung pelican di Teluk Monterey selamat dari kepupusan bukan sebab mengawan, tapi hanya sebab kuasa pergaulan!
Daripada fenomena alam ini kita dapat belajar sesuatu.
Kalau nak berjaya dalam bisnes, kita pun kena berkawan dan masuk dalam kelompok 'burung Pelican pemburu'. Tengok dan belajar macam mana mereka 'memburu'.
Pasti satu hari nanti kita pun turut sama pandai memburu. InsyaAllah...
Kesan berkawan dengan orang berjaya
Kalau buat bisnes emas, berkawan dan bergaullah dengan tokey-tokey emas.
Kalau buat direct selling (beretika), berkawanlah dengan orang direct selling.
Kalau buat takaful, carilah ejen takaful berjaya.
Kalau nak jadi orang beriman, berkawanlah dengan orang masjid dan surau!
Dan dalam apa juga bidang, itulah prinsipnya. Berkawan dengan orang berjaya supaya kita pun turut sama berjaya, insyaAllah.
Burung perlu bergaul untuk berjaya, manusia pun sama.
Kita adalah produk persekitaran kita. Persekitaran kita akan mencorakkan kehidupan kita.
Orang tua-tua cakap, kalau nak kenal anak-anak kita, cuba kenal siapa kawan-kawan dia.
Jadi kalau nak kenal siapa kita, tengoklah dengan siapa kita selalu berkawan. Kawan adalah cerminan siapa diri kita yang sebenar.
Mencari lubuk orang berjaya
Macam mana nak berkawan dengan orang berjaya?
Ah, mudah sahaja. Hadirlah ke mana-mana seminar atau perjumpaan yang dibuat. Di situlah tempat berkumpulnya orang berjaya dalam bidang kita.
Dan kalau nak lagi best, ambil peluang duduk minum-minum lepas meeting. Itu sessi "meeting after meeting" kata mentor saya.
Sebab dalam "meeting after meeting" itulah biasanya saya berjaya korek 'secret weapon'! Alhamdulillah...
Itulah dia, kuasa sebuah pergaulan. The power of association!
Hasil dari 'pergaulan' dengan burung Pelican pemburu yang diimport dari tempat yang 2000 batu jaraknya di utara, spesis burung Pelican di Teluk Monterey selamat daripada kepusan.
Kalau nak selamat diri kita dari kepupusan, carilah kelompok “burung Pelican pemburu” itu... 😎
Wallahu a'lam.
Zulkifli
Pasir Mas
2 Februari 2011
28 Safar 1432
NOTA : Sekejap lagi kami nak bertolak ke Kuala Terengganu. Kami tengah melatih 'burung pelican' di sana untuk 'memburu'!
[…] (Saya pernah ulas pasal topik ni dalam artikel “Bergaul, Cara Mudah Celik Bisnes”. Dan saya pernah ulas macam mana burung Pelican yang hampir pupus sebab tak tahu memburu dapat diselamatkan hanya dengan kuasa pergaulan. Ikuti artikel “The Power of Association”) […]
[…] dengan associate (bergaul) dengan kelompok yang berjaya sebab kat sana kita boleh manfaatkan “The Power of Association”. Sikit sebanyak mesti kita dapat tempias “wangian” daripada […]
Salam, terima kasih di atas ilmu yang tuan kongsi…
semoga tuan berjaya & saya dapat belajar daripada tuan..
Wslm Tuan Sedi,
It’s ok. Alhamdulillah. InsyaAllah.
[…] Apa yang saya belajar dari kisah ini ialah, dengan siapa kita bergaul mencorak perilaku kita pada masa sekarang dan juga memberi kesan kepada kita pada masa akan datang. Boleh baca ulasan lebih detail dari artikel mentor saya tentang The Power Of Association. […]