MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

KHH : Pelaburan Hartanah Secara Berkumpulan

January 8, 2014

Hari Ahad (5 Januari 2014) lepas saya di jemput sebagai tetamu khas ke Majlis Makan Malam Kelab Hartawan Hartanah (KHH). Bila Tuan Bri jemput, memang saya akan join sebab itu peluang untuk saya associate dengan otai-otai hartanah. Dan saya memang sentiasa cari peluang-peluang sebegitu. Salah satu cara paling cepat untuk belajar dan berjaya ialah associate (bergaul) dengan kelompok yang berjaya sebab kat sana kita boleh manfaatkan “The Power of Association”. Sikit sebanyak mesti kita dapat tempias “wangian” daripada mereka.

Kalau nak dapat ilmu emas, kena associate dengan dealer-dealer emas. Kalau nak ilmu bisnes, kena associate dengan orang bisnes. Kalau nak ilmu hartanah, semestinya kena associate dengan otai-otai hartanah.

Emas dan hartanah bagi saya berkait rapat sebab kedua-dua pelaburan tu bersifat “tangible asset”. Ia harta sebenar yang memang wujud dan nampak depan mata. Dan saya memang suka letakkan duit pada “tangible asset” sebab ia paling selamat. Emas dan hartanah, kalau harga jatuh macam mana pun dia tetap wujud. Emas tak berkurang walaupun 1 gram. Hartanah tak berkurang walaupun sekaki persegi.

Aset Kertas Lebih Berisiko

Tapi kalau aset kertas macam saham, unit trust, simpanan tunai, kalau berlaku apa-apa pada ekonomi negara bahkan dunia, yang tinggal cuma nombor dan kertas. Kekayaan kita boleh hilang terus! Ia jauh lebih menakutkan sebenarnya berbanding kita takut harga jatuh lepas beli emas.

KHH 02Annual Gathering Kelab Hartawan Hartanah 2013

Saya bukan ahli kelab ni, tapi saya berminat untuk join lepas saya attend Seminar Asas Pelaburan Hartanah oleh Tuan Bri yang saya cerita dalam artikel “2 Kerugian Membeli Rumah Paling Mampu“. Cuma fokus saya lebih kepada emas dan bisnes buat masa sekarang. Kalau sahabat nak belajar tentang hartanah, Tuan Bri lah antara “ahlinya”.

dinner kelab hartawan hartanah 2013 - ajkAntara orang kuat KHH yang menjayakan majlis.

Saya memang respek pada misi Tuan Bri untuk kumpulkan 1,000 pelabur hartanah muslim di Malaysia supaya mereka boleh dapat sinergi sebagaimana rakan-rakan kita kuam Cina yang sentiasa bergerak secara berkumpulan. Bila ada projek-projek baru, mereka boleh beli secara berkumpulan dan dapat group discount. Bila ada ada peluang-peluang baru, mereka akan pass sesama sendiri sebagaimana dealer emas akan pass peluang-peluang “Buy Back” bila mereka sendiri tak dapat grab. Bila ada strategi baru, mereka akan kongsikan sesama mereka. Dan mereka akan sentiasa up-to-date tentang hartanah.

Kejayaan Lebih Dekat Bila Berkumpulan

Saya difahamkan, mereka adakan gathering berkala mengikut region masing-masing. Bila ada persoalan, mereka akan discuss sesama mereka. Dan bila macam ni cara mereka invest, pastinya lebih ramai yang berjaya sebagaimana saya pernah “geng” study group dengan Tuan Bri masa di universiti dulu. Majoriti mereka yang belajar secara study group lebih cemerlang berbanding mereka yang belajar secara nafsi-nafsi, sebab “bantuan Allah” datang bila kita berjemaah (berkumpulan). Waktu tu, Tuan Bri dan saya antara pelajar yang score masa kami di UiTM Machang dulu. Alhamdulillah… (“,)

dinner kelab hartawan hartanah 2013Saya diminta untuk membuat cabutan bertuah.

Akhir sekali, saya ucapkan terima kasih kepada Kelab Hartawan Hartanah especially kepada Tuan Bri selaku Penaung atas jemputan VIP ni. Saya doakan kejayaan buat sahabat-sabahat dalam KHH atas usaha memandaikan ummah tentang hartanah. Amin ya Allah.

Zulkifli
Damansara Damai
8 Januari 2014
6 Rabiul Awwal 1435

(Kredit foto : cignafinancial)

Foto sekitar majlis:KHH 03Saya difahamkan dalam KHH ada otai dalam pelbagai strategi hartanah, antaranya; hartanah lelong, sub-sale dan sub-let.

KHH 05Network juga adalah “modal” untuk kita kembangkan bisnes dan pelaburan.

KHH 06Makan-makan sambil bernetworking, dan berkongsi pengalaman.

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

  • Assalamualaikum,

    Seronok juga ye bila dah ramai-ramai. Bila ada peluang awal untuk buat belian rumah, selalunya group ni yang akan dapat dulu. Jadi kadang-kadang, orang yang nak beli untuk duduk (bukan melabur) selalu terlepas peluang dapat diskaun dan lot yang best.

    Saya fikir, nak duduk ke, nak melabur ke, elok juga masuk dalam kumpulan sebab kita dapat manfaat dari banyak sudut. Ilmu kewangan, ilmu urus hartanah, ilmu cukai, dan macam-macam lagi. 🙂

  • Betul. Ada masanya modal networking ni lg bnilai dari duit. Kalau minat sesuatu usaha masuk ke dalam group tersebut. Lg byk ilmu dan kesilapan yg kita dpt elakkan.

  • Assalam…,saya berminat nak join group yang bagus ini..sekarang kerja makan gaji shj.,cuma nak tanya,how to join this group and attend the gathering..minat juga nak tahu info info hartanah ni.tq.

  • ASSALAM,Saya amat berminat untuk join seminar hartanah dan dana emas untuk masa depan
    kami sekeluarga keluar dari kepompong makan gaji.Bagaimana caranya tuan boleh
    tunjukan?wasalam

  • Assalamualaikum abg zul. Saya merupakan pelajar tahun akhir ijazah kewangan. Saya berumur 23 tahun. Saya begitu tertarik dgn pelaburan dlm hartanah. Malah project paper saya nanti pun saya akan buat mengenai Harga Rumah di Malaysia pada masa sekarang. Saya juga tertarik apabila membaca kenalan abg Zul, Tuan Bri daripada UiTM Machang, Kelantan. Saya pun merupakan bekas pelajar dari sana juga. Saya harap saya abg zul dan tuan bri boleh mengajar dan membimbing saya mengenai pelaburan hartanah. Terima kasih. Assalamualaikum

  • Assalamualaikum En Zul.sy Pn Sal.nak minta pendapat En Zul.
    1)sy mempunyai sebidang tanah di dungun berdekatan uitm yg dah siap ditambak tanah sebelum membina rumah*sy bercadang membiat rumah sewa*
    2)pada masa yg sama, sy mendapat offer dari PPA1M utk membeli rumah kondo/apartment 1200sf berharga RM240k.
    namun gaji sy hanya lepas utk satu loan rumah shj setakat ini.sy dalam dilema nak memilih yg mana satu.harap en zul boleh bg pandangan.terima kasih.

  • {"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
    >