Harga rumah makin murah kalau dibayar dengan emas?
Gaji fresh grad hari ni cecah RM16,000 sebulan kalau dibayar dengan emas?
Ilmu mahal saya belajar dari sharing dari En Syukor Hashim, Mahaguru Emas Malaysia masa 916 Gold Cultural Day, di Menara Public Gold hari tu.
Harga rumah makin murah?
Secara umumnya, harga rumah dan barang makin murah bila diukur dengan emas.
🔑 Contoh mudah:
- Sekitar tahun 2005, harga sebuah rumah kecil bernilai RM100,000.
- Masa tu harga emas sekitar RM80/g. Jadi 1kg emas (1,000g) = RM80,000.
- Maknanya, nilai rumah kecil tu lebih kurang 1kg emas.
Hari ni, rumah sama mungkin berharga RM300,000.
- Harga emas 2025 sekitar RM550/g. Jadi 1kg emas = RM550,000.
- Maknanya dengan lebih kurang ½ kg emas (±545g) pun dah boleh beli rumah sama!
👉 Secara emas, harga rumah tu sebenarnya diskaun hampir 50% berbanding 20 tahun lepas.
Gaji fresh grad RM16,000 sebulan?
Kalau gaji dibayar dengan emas, kita tak perlu pun kenaikan gaji – kita tetap makin kaya.
Bayangkan:
- Tahun 2005, gaji fresh grad sekitar RM2,100.
- Masa tu harga 1 dinar (4.25g) ± RM300. Jadi gaji RM2,100 bersamaan 7 dinar emas.
Hari ni (2025), harga 1 dinar dah cecah lebih kurang RM2,350 (RM550 × 4.25g).
- 7 dinar hari ni bersamaan ± RM16,450.
👉 Bukan bermaksud fresh grad sekarang bergaji RM16,000, tapi nilai dalam emas meningkat sebanyak tu!
Kenapa jadi begini?
Harga emas naik hampir 600% dalam tempoh 20 tahun.
- Tahun 2005: ± RM80/g
- Tahun 2025: ± RM550/g
Inilah faktor kenapa:
- Harga rumah dan barang nampak makin murah kalau diukur dengan emas.
- Gaji fresh grad dalam nilai emas nampak makin tinggi.
Sebaliknya, kalau kita simpan duit dalam bentuk ringgit, walaupun gaji naik purata 4–6% setahun, ia tetap tak boleh catch-up dengan kenaikan emas dan kos sara hidup.
👉 Hakikatnya, walaupun gaji naik, ramai orang semakin miskin.
Apa yang kita belajar?
- Simpanan jangka panjang → emas.
Kalau nak simpan lebih 2 tahun, emas jauh lebih berbaloi berbanding simpanan biasa. - ASB/Tabung Haji → simpanan jangka pendek.
Sesuai untuk dana kecemasan (3 bulan gaji) atau duit yang nak guna dalam masa dekat (< 1 tahun). Tapi untuk jangka panjang, pulangan 5% setahun tak mampu lawan inflasi dan kenaikan emas. - Jangan harap kenaikan gaji semata-mata.
Kalau serius nak ubah hidup, kena cari extra income atau naikkan skill untuk tingkatkan pendapatan. Kenaikan gaji tahunan semata-mata memang tak cukup.
Kalau tak ambil perhatian pada 3 perkara ni, kehidupan akan semakin terhimpit.
Jana income sambil menabung emas
Beruntung siapa yang kenal emas dan Public Gold.
#PublicGold bukan sekadar bagi peluang menabung emas dengan cara mudah, murah, dan menguntungkan – tapi juga peluang berbisnes emas sambil menabung emas.
Tanpa perlu buka kedai emas, tanpa perlu simpan stok emas.
Cukup dengan share ilmu, insyaAllah boleh jana income pasif sambil menabung emas.


