MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Cara Selesaikan Konflik Bajet Suami Isteri

December 22, 2017

Buat bajet, barulah suami tak terkejut masa bayar di kaunter.

Suatu ketika dulu, kalau nak shopping, isteri saya ambil apa barang keperluan yang dia rasa perlu dibeli, lepas tu saya bayarkan.

Kalau banyak sampai terlebih bajet, saya akan “soal siasat” mana barang yang bukan benar-benar perlu.

Lama-lama saya rasa kaedah macam tu bermasalah sebab isteri tak tahu limit berbelanja, sedangkan duit kita (suami) terhad. Dia cuma tahu keperluan perbelanjaan yang sememangnya subjektif.

Bila setiap kali shopping terpaksa kena “soal siasat”, kita jadi stress, dan isteri pun mungkin rasa kita “berkira” nak beli barang keperluan rumah.

Selesaikan Konflik Dengan Bajet

Jadi untuk selesaikan konflik macam ni, saya nampak cara lebih berkesan ialah buat bajet bulanan dan tahunan.

Bajet tu sama-sama dipersetujui lepas ambil kira duit dan pendapatan yang kita ada.

Saya dengan isteri memang tak ada rahsia dari sudut kewangan. Isteri tahu berapa pendapatan saya, ke mana duit saya dibelanjakan, dan apa matlamat kewangan kami sekeluarga.

Tak ada rahsia dari sudut kewangan.

Sejak mula-mula kahwin lagi, kalau senang, kami sama-sama senang. Kalau susah, kami sama-sama susah.

Duit saya adalah duit keluarga (dan duit isteri). Duit isteri adalah duit isteri walaupun isteri saya sebenarnya pun tak pernah berkira.

Bila kami sama-sama buat bajet keluarga, setiap kali dapat gaji, duit tu terus saya pecahkan masuk sampul mengikut bajet. Ada bajet yang saya serahkan kepada isteri uruskan, dan ada bajet yang saya uruskan sendiri.

Cukup tak cukup, kami mesti uruskan ikut apa yang ada je.

Berbelanja ikut bajet, dan ikut had yang dah kami sama-sama tetapkan je.

Masing-masing Jaga Bajet Sendiri

Dengan kaedah begini, suami tak perlu stress lagi soal belanja “shopping” bulanan sebab isteri pun dah tahu bajet dia berbelanja untuk keperluan keluarga. Dan suami tak perlu lagi “soal siasat” apa yang isteri belanjakan.

Saya dan isteri sebenarnya memang dah jadi habit. Kalau nak berbelanja, soalan yang akan kami tanya ialah “ini pakai bajet mana?”.

Kalau nak beli pakaian anak-anak, isteri saya dah tahu; tarik je duit dari SAMPUL “Pakaian Anak-Anak”.

Bajet tu sememangnya saya potong masuk dalam sampul setiap bulan.

Bajet bulanan saya masukkan dalam sampul raya macam ni je. “Dana” apa yang patut buka, ikut bajet masing-masing sebagaimana Borang Analisa Kewangan Peribadi masing-masing.

Jadi kalau pergi “shopping” bulanan untuk keperluan rumah, memang semua isteri saya yang bayar sebab dia yang pegang bajet tu.

Kalau repair kereta, atau servis motorsikal, itu memang saya bayar sebab bajet tu saya yang pegang.

Kalau keluar makan di luar pun sama, isteri yang bayarkan sebab bajet makan bulanan dia yang pegang dan control.

Masing-masing dah faham tanggungjawab masing-masing. Alhamdulillah.

Zulkifli
Cyberjaya
22 Disember 2017
4 Rabiul Akhir 1439H

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

  • Mudah cara begini dan saya akan praktikkan utk tahun 2018.
    cara ini akan meningkatkan lagi kecekapan urustadbir kewangan keluarga.

  • Saya setuju duit suami adalah duit keluarga manakala duit isteri adalah hak isteri mutlak. Keluarga sekarang duit suami isteri campur aduk jadi lah komitmen tinggi dan jadi weekend husband atau weekend housewife disebabkan beban hutang.

  • {"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
    >