[Indonesia] Ini Seminar Bisnis Emas kali ke-7 dan ke-8 saya bersama Public Gold Indonesia. Seminar kali ini memfokuskan bagaimana lebih sejahtera dengan menjadikan emas sebagai tabungan, dan menjalankan bisnis emas Public Gold tanpa modal awal sambil menabung emas. Untuk trip kali ini, seminar diadakan di Maxone Hotel @ Kramat, Jakarta (Indonesia) pada tanggal 26 Januari 2018, dan di Favehotel Kotabaru, Yogyakarta (Indonesia). Saya membuat ketetapan untuk mengadakan seminar di Indonesia setiap bulan bagi mengedukasi masyarakat Indonesia tentang tabungan emas yang benar sebagaimana di Malaysia. Bagaimana emas bisa menjadikan kita lebih kaya tanpa hanya menunggu “beli harga rendah, jual harga tinggi”.
CATATAN HARI PERTAMA (25 JANUARI 2018, KHAMIS)
1. Tidak seperti sebelumnya, trip kali ini, saya fly lebih awal iaitu pada tanggal 25 Januari 2018 (Khamis) menggunakan pesawat Air Asia. Saya datang awal sehari sebelum seminar untuk mencari buku di toko buku ternama di Indonesia, iaitu Gramedia. Kalau di Malaysia, ia seperti toko buku Popular, MPH dan Kinokuniya. Lagi satu, saya mau ke kantor (office) Public Gold Indonesia untuk berjumpa dengan karyawan (staff) untuk pahami perkembangan semasa Public Gold Indonesia.
2. Flight kali ini landing di Terminal 3, Soekarno-Hatta International Airport. Ini kali pertama saya melalui Terminal 3 yang merupakan terminal baru. Mempunyai fasilitas yang jauh lebih nyaman berbanding terminal 1 dan terminal 2. Ia seperti terminal KLIA kalau di Malaysia. Terminal 3 ini mulai beroperasi pada September 2017.
3. Setibanya di airport, saya terus dapatkan kemudahan Grab. Ongkos perjalanannya cuma Rp. 125,000 (bersamaan RM37.00) untuk jarak perjalanan 34 km. Kalau ambil taksi, ongkos perjalanannya sekitar Rp. 150,000 – Rp. 300,000. Kalau Rp. 300,000 bisa dapat mobil Mercedes.
4. Walaupun jarak dari bandara (airport) ke Maxone Hotel @ Kramat cuma 34 km, tetapi jangka masa perjalanannya hampir 2 jam disebabkan jalannya macet (jem) – orang pulang dari kerja. Ini cabaran biasa kalau datang ke Jakarta.
5. Setibanya di hotel, masuk waktu Maghrib. Saya terus solat jamak Maghrib sekali dengan Isya´, dan terus keluar cari Gramedia Book Store, yang jaraknya sekitar 1.8 kilometer dari hotel. Tidak berapa jauh, tapi rasanya terlalu jauh sebab terpaksa melewati (melalui) jalan yang macet (jem) dengan kenderaan, dan ramai orang berjualan di tepi jalan. Mau lintas jalan sungat bangat sebab jalan terlalu sibuk. Dalam perjalanan itu, saya teringat lagu nasyid bertajuk “Kota Batu Kaca” nyayian kumpulan Mirwana sewaktu zaman sekolah menengah dulu. Liriknya berbunyi, “jalan ini sibuk, siapa pun takkan berhenti. Mobil silih berganti, sekalipun kau melintasi. Ada asap hitam memedih”. 🙂
Kalau di Malaysia, Gramedia ini sama seperti book store Popular, MPH dan Kinokuniya. Tapi Gramedia ini sangat besar. Satu bangunan 4 tingkat semua dia yang punya.
6. Misi saya ke Gramedia:
(1) Buku conversation bahasa Indonesia – sebagai rujukan untuk menulis buku Wang Emas dan Zero Hutang versi Indonesia.
(2) Novel Ayat-ayat Cinta versi asal Bahasa Indonesia. Kalau di Malaysia, tulisan itu sudah diterjemah ke bahasa Malaysia. Katanya, kalau mau pandai sesuatu bahasa dan menyelami kehidupan sesuatu masyarakat, harus baca novelnya. Seingat saya, satu-satunya Novel yang saya pernah habis baca ialah Ayat-ayat Cinta satu. Novel mendidik jiwa yang sangat bagus. Jadi ini sambungannya…
(3) Buku Emas versi Indonesia.
Harga 6 buah buku ini Rp. 385,00 (bersamaan RM112). Sudah lama saya cari buku emas yang ditulis oleh penulis Indonesia sendiri. Alhamdulillah, akhirnya jumpa juga buku pasal emas di Gramedia. Dah beberapa kali cari dengan Mr Kenneth Cheang Chee Wah sebelum ni, tapi tak jumpa. Buku emas yang saya jumpa ini pun macam stok lama. Nak clear stok.
Harga novel Ayat-ayat Cinta 2 hanya Rp. 95,000 (bersamaan RM28.00). Ini sebenarnya bukan novel cinta, tetapi novel pembangun jiwa. Antara perkara yang memotivasikan saya setelah baca Ayat-ayat Cinta 1 ialah jadi seorang suami yang lebih baik sempena dengan pesanan Nabi s.a.w yang mahfumnya, “sebaik-baik lelaki ialah yang paling baik terhadap isterinya”. Dan yang kedua, ia memotivasikan saya menjadi seorang jiran yang lebih baik.
7. Untuk pulang ke hotel, saya dah tak sanggup jalan kali. Penat dan berpeluh. Rasa jauh giler… Jadi saya pulang dengan menaiki motor roda tiga yang dipanggi “Bajai”. Selesa. Cuma driver semuanya pakcik-pakcik yang tak tahu tengok Maps dan Waze. Jenuh nak terangkan jalan untuk pulang ke hotel yang tak jauh pun sebenarnya kalau naik motor.
Tambang naik bajai ini mahal. Dari Gramedia ke hotel tambanya Rp. 30,000. Rasanya lagi murah naik Grab Car. Saya naik juga bajai ini dengan niat nak membantu untuk rezeki pakcik yang membawa bajai ini. Menurut Mbak Eka (karyawan Public Gold Indonesia), kalau naik bajai, harus ditawarkan harganya untuk dapat lebih murah.
Setelah selesai 3 misi utama, terus gerak pulang ke hotel. Masa nak balik rasa nak minum air sejuk sebab dah penat berjalan. Pergi beli di Alfa Mart (sepert 7-Eleven kalau di Malaysia). Teh Botol Sosro, air botol feveret kalau datang ke Jakarta.
Alhamdulillah. Selesai misi hari pertama.
CATATAN HARI KE-2 (26 JANUARI 2018, JUMAAT)
Suasana pagi di Jalan Kramat Raya, Jakarta Pusat pada 26 Januari 2018. Hujan renyai-renyai. Misi saya pagi ini, mau ke kantor (office) Public Gold Indonesia di Menara Palma, Kuningan. Jarak sekitar 6 kilometer daripada hotel.
Mula-mula saya order Grab Car. Tetapi jalannya macet bangat (jem teruk), masa menunggu sangat lamat. Jadi saya cuba dapatkan servis Go-Jek, iaitu servis sama seperti Grab, tetapi menggunakan motor. Harganya Rp. 15,000 (bersamaan RM4.37) separuh dari Grab Car untuk perjalanan 6 kilometer. Nak order, pakai apps GO-JEK.
Disebabkan ini 1st time saya naik Go Jek, dan saya adalah 1st customer pagi Jumaat ni, Pak Zarkasi bagi saya naik GRATIS (FREE)! Katanya itu memang amalan biasa dia setiap hari Jumaat. Saya tak tergamak naik secara gratis begitu, saya tetap hulurkan bayaran.
Saya bagi Rp 20,000 walaupun tambang sebenar cuma Rp 15,000. Jarang saya tak bagi bayaran lebih bila ambil servis macam ni samada Grab atau UBER. Tentunya mereka bukan orang yang mapan (senang) seperti saya. Saya doakan Allah berkati usaha mereka – rider Go-Jek. Kalau tak ada orang yang sanggup kerja kuat seperti mereka, orang macam saya pun akan susah.
Kantor (office Public Gold Indonesia) di Menara Palma, Kuningan, Jakarta Pusat. Kantor terletak di lantai 17 (tingkat 17).
Ini alamat penuh Public Gold Indonesia. Menara Palma, 17th Floor, Suite 17-02B, Jl H.R Rasuna Said, Blok X2 Kav. 6, Kuningan, Jakarta 12950, Indonesia.
Buat masa sekarang, ada 3 karwayan (staff) Public Gold Indonesia, iaitu Mbak Eka, Mas Rully, dan Mbak Mala. Oh ya, istilah “Mbak” maksudnya “Miss”, “Mas” panggilan untuk lelaki yang belum berkahwin. Panggilan “Bapak” atau “Ibu” adalah panggilan formal. Kalau di Malaysia, itu panggilan “Encik” dan “Puan”.
Untuk masuk ke kantor Public Gold, harus daftar di reception, tinggalkan passport. Ini sebagai langkah keamanan (keselamatan). Di Jakarta, langkah keamanannya sangat ketat. Kalau masuk shopping mall dan hotel yang besar-besar, mereka akan scan takut bawa masuk bom sebagaimana berlaku di Hotel JW Marriot, Jakarta.
Ini kantor Public Gold Indonesia. Sesiapa pun boleh datang walk-in untuk membeli emas di sini.
Perjalanan balik pun sama, saya naik Go-Jek. Saya keluar sekitar jam 11.30 pagi dari kantor Public Gold Indonesia. Kalau di Malaysia, jam 12.30 tengahari. Waktu di Indonesia awal 1 jam berbanding Malaysia. Para karwayan mula keluar kantor untuk beli makan tengahari dan bersiap-siap untuk solat Jumaat jam 12.00 tenghari. Jadi untuk mengelakkan tersangkut dalam jalan yang macet (jem), saya ambil Go-Jek saja.
Naik Go-Jek, hati harus kental. Siapa yang berbadan besar, kurang sesuai. Bagi yang berbadan kecil atau sederhana seperti saya, tak ada masalah naik Go-Jek. Tambang balik hotel hanyalah Rp. 15,000 (bersamaan RM4.37)
Jam 4.00 sore (petang), Dr. Michael Mandang datang berjumpa saya. Beliau adalah seorang pilot, dan baru 2 bulan dealer Public Gold Indonesia di bawah bimbingan saya. 1 jam 30 minit beliau ambil peluang belajar bagaimana mau jadi dealer Public Gold yang sukses di Indonesia. Senang saja, beliau hanya perlu copy 100% apa yang telahpun saya buat di Malaysia, insyaAllah beliau akan mempunyai kerajaan (empayar) bisnis yang besar di Indonesia satu hari nanti. Hanya perlu fokus, konsisten dan bersabar saja. InsyaAllah.
6 peserta yang hadir di seminar Jakarta. Seorang dah pulang awal sebab ada urusan. Kesemua mereka dalam foto ini adalah dealer Public Gold. Jadi sempena seminar kali ini, mereka ambil peluang belajar emas sekaligus menjadi dealer Public Gold Indonesia yang sukses. Dr Michael Mandang volunteer menjadi emcee seminar ini.
CATATAN HARI KE-3 (27 JANUARI 2018, SABTU)
Lepas mendapat inspirasi dalam seminar kedua yang beliau ikuti bersama saya, beliau lebih bersemangat. Jam 1.00 pagi (waktu Malaysia), saya terima phone call dari Dr Michael, katanya dia mau ikut saya ke seminar di Jogja. Mahu tambah “jam terbang” katanya. Sebagai seorang pilot, lebih banyak jumlah “jam terbang”, lebih banyak pengalamannya dan lebih tinggi pangkatnya. Begitulah juga dengan Public Gold. Lebih banyak pengalaman bersama seminar Public Gold, lebih banyak “jam terbang”, dan lebih sukses dalam bisnis, insyaAllah. Kami berangkat dari Soekarno-Hatta International Airport jam 12.45 tengahari.
Saya, Dr Michael dan Mbak Eka (karyawan Public Gold Indonesia) menaiki pesawat yang sama, iaitu Sriwijaya Air. Oh ya, ayah kepada Dr Michael adalah salah seorang pilot Sriwijaya Air. Pesawatnya agak selesa. Kelasnya lebih baik berbanding AirAsia. Perjalanan dari Jakarta ke Jogja memakan masa 1 jam. Tambang flight kali ini Rp. 428,000.00 (bersamaan RM129.55)
Pesawat berlepas tepat pada masanya dan kami sampai pun tepat mengikut jadwal. Turun dari pesawat, harus berjalan kaki untuk ke Balai Kedatangan (Ketibaan). Ini baru siap. Last trip saya datang November 2017, laluan ini belum siap. Kena berjalan tengah panas untuk masuk ke Balai Kedatangan.
Kalau di Malaysia, Citilink hanya untuk hantar barang seperti Poslaju. Tetapi di Indonesia, boleh hantar orangnya sekali sebab ini adalah syarikat penerbangan Citylink.
Balai Kedatangan airport Jogja. Airport ini namanya Bandar Udara Internasional Adisutjipto. Kalau ambil flight, jangan cari destinasi “Jogja”. Memang tak akan jumpa. Nama resmi Jojga ialah “Yogyakarta”. Tetapi orang Indonesia panggil dengan nama “Jogja” saja. Masa pertama kali saya sampaikan seminar di Jogja bulan Oktober 2017, jenuh cari nama “Jogja” tak jumpa masa nak booking flight. Saya jadi bingung, apakah “Yogyakarta” dan “Jogja” tempat yang sama? 🙂
Tempat menunggu bagasi di Balai Kedatangan. Di Jogja ini, untuk keluar dari Balai Kedatangan, ada security check. Mereka akan pastikan beg yang kita ambil dan tarik keluar dari Balai Kedatangan ini sama dengan tag yang diletakkan pada tiket. Ini untuk pastikan kita ambil beg kita sendiri, bukan beg orang lain dan juga mengelakkan berlaku kecurian.
Keluar saja dari Balai Kedatangan, banyak perusahaan taksi yang menunggu dan offer servis mereka.
Kami dijemput oleh saudara kepada Mbak Eka yang menunggu kami di airport. Jadi kali ini tak perlu ambil taksi atau Grab. Arwah ibu kepada Mbak Eka berasal di Jogja. Kiranya, Mbak Eka datang mengelola seminar sambil pulang ke kampung halamannya.
Saya suka datang ke Jogja berbanding Jakarta. Jalannya lapang, tidak sebagaimana Jakarta yang selalu macet. Jogja sebenarnya bandar student. Banyak universiti terkenal di Indonesia berada di Jogja, antaranya Universitas Gadjah Mada.
Rutin kalau sampai ke Jogja, Mbak Eka mesti belanja makan Nasi Gudeg, iaitu makanan tradisi orang Jogja. Kalau di Malaysia, mungkin Nasi Kerabu bagi orang di Kelantan. Katanya, warong Yu Djum antara yang popular di Jogja. Ini salah satu cabangnyan (cawangannya).
Gudeg Mbarek Bu. Hj. Amad ini sebelah dalam 50 meter saja dari Gudeg Yu Djum. Kedainya lebih besar. Masa kami sampai, ada dua buah bas singgah di kedai itu. Mungkin kedai ini lebih popular untuk pelancong, ataupun pemilik kedai bayar komisyen untuk ejen pelancongan yang bawa tetamu mereka ke kedainya.
Saya tak pasti yang mana lebih sedap. Tapi kalau orang Jogja bawa ke sini, saya fikir kedai inilah yang lebih sedap agaknya. 🙂
Inilah rupanya Nasi Gudeg. Saya ambil lauk ayam bahagian peha atas dan telur. Rasanya agak manis, tapi saya boleh makan, alhamdulillah.
Lepas makan Nasi Gudeg, terus kami ke Favehotel (tempat seminar) untuk persiapan. Ini kali pertama seminar di hotel ini. Sebelum ini, sudah 2 kali buat di Novotel Hotel. Tak jauh dari Favehotel ini.
Disebabkan Favehotel penuh, saya menginap di Novotel, kira-kira 1 kilometer dari tempat ini. Sampai hotel, saya ambil peluang tidur dulu 1 jam. Memang rutin saya, kalau ada seminar, saya mesti tidur at least 1 jam supaya dapat full-recharge sebelum seminar. Energy mesti dikumpul supaya saya dapat sampaikan full-energy dalam seminar. InsyaAllah.
Alhamdulillah. Kehadiran 28 peserta. Full-house! Jogja memang luar biasa semangatnya. 30 minit sebelum bermula, sudah ada yang datang berdaftar. Disebabkan semangat ini, Public Gold Indonesia komited adakan sekurang-kurangnya sekali seminar setiap bulan. Dan akan datang, akan diadakan 2 seminar setiap bulan di Jogja untuk kekalkan momentum teman2 di Jogja.
Habis seminar, terus cari makan malam. Jam hampir 11.00 malam. Kalau di Malaysia, sudah 12.00 malam. Saya tak prefer makan lewat malam sebab tak bagus untuk kesihatan. Tapi meraikan teman2 yang lain, saya layan juga. Sesekali. 🙂
Warong ini nampak special. Mungkin ini warong yang agak famous. Saudara Mbak Eka yang merupakan seorang tourist guide cadangkan tempat ini.
Saya order nasi lauk Bebek Goreng. Disediakan ala-ala Nasi Ayam Penyet. Bebek tu maksudnya “itik”. Sekali cuba, owh, memang sedap. Texture bebek yang dimasak agak lembut. Sambalnya juga sedap. Alhamdulillah.
CATATAN HARI KE-4 (28 JANUARI 2018, AHAD)
Selesai solat subuh, saya sambung tidur lagi sejam. Subuh di sini lebih awal. Kalau di Malaysia, sama dengan waktu Kuching, Sarawak. Jadi supaya perjalanan saya pulang ke Malaysia tak begitu letih, saya sambung tidur sekejap. Bangun tidur, terus saya berkemas-kemas. Jam 7.00 pagi saya janji sarapan pagi dengan Pak Agus Setiawan, iaitu seorang customer Public Gold Indonesia yang serius mahu membina bisnes yang besar di Jogja. Beliau datang bersama adiknya Herri yang menang lucky draw emas 0.5 gram sempena seminar malam tadi. Kami bersarapan sambil bincang strategi mengedukasi masyarakat Jogja tentang ilmu emas yang benar (betul).
Flight saya jam 11.45 pagi, waktu Jogja. Saya keluar dari hotel seawal 9.15 pagi lagi supaya dapat drop beg tanpa perlu bersesak-sesak. Trip November lepas, saya keluar lewat. Saya sampai airport jam 10.30 pagi. Orang beratur untuk drop bag di kaunter Air Asia punyalah ramai. Saya terpaksa beratur hampir sejam! Nasib baik sempat drop bag. Risau takut tertinggal flight.
Hari minggu airport Jogja penuh dengan tourist yang nak keluar dari Jogja. Balai Keberangkatan (Balai Berlepas) penuh sampai susah nak dapat seat kosong untuk duduk. Inilah realiti travel dengan flight. Walaupun waktu perjalanan dalam flight tak begitu lama, tetapi waktu menunggu dan proses nak masuk flight itu agak memakan masa, bahkan mungkin memenatkan. Kalau jadwal perjalanan saya agak ketat, saya akan bayar untuk dapatkan hot seat. Duduk seat paling depan, tanpa perlu beratur panjang dan menunggu lama. Sebagai pembicara (speaker) dalam seminar, saya harus jaga rehat dan energy level saya.
Flight dari Jogja, saya tak beli hot seat, tetapi saya pilih duduk seat paling belakang. Seat 28 – 30. Kenapa? Sebab seat paling belakang pun masuk awal sebaik sahaja penumpang hot seat masuk. Dan yang penting, ada 2 tangga. Seat paling belakang terus naik tangga belakang. Dan seatnya dekat dengan tangga, sama macam hot seat juga. 🙂
Alhamdulillah, flight berlepas on-time. Sebaik sahaja berlepas, terus nampak puncak Gunung Merapi. Itu gunung berapi paling aktif di Indonesia, dengan ketinggian 2930 meter. Kali terakhir meletus pada akhir 2010. Ia selalunya meletus setiap 5 tahun. Tetapi kali ini agak lewat. Menurut apa yang saya berbual dengan Grab driver, katanya lagi lewat ia meletus, lagi bahaya sebab letusanya akan lebih kuat dari sebelumnya.
Tiba di KLIA, saya terus balik rumah naik KLIA Transit dan Grab. Sesampai di rumah, terus bawa anak-anak ke Floria Putrajaya main basikal. Lepas 3 hari bersama anak murid, ini masa untuk bersama dengan anak-anak sendiri pula. Badan memang masih penat, tapi “good tired”. Alhamdulillah.
Tuan berbakat menulis travelog juga. Seronok baca
Alhamdulillah. Terima kasih berziarah ke blog ini. Mudah-mudahan bermanfaat, insyaAllah.
Wahh. Pengalaman yang menarik. Rasa dah macam duduk Indonesia waktu baca. (“,).
Alhamdulillah.
Buku “Siapa Bilang Investasi Emas Butuh Modal Gede?” tu nampak menarik. 🙂
Modal “gede” tu apa? Saya cek di Google Translate tak keluar. Saya belum baca lagi buku tu.
“gede” tu maksudnya besar. “Siapa cakap beli emas perlukan modal yang besar(i.e. banyai).
Sebutan “ge” tu macam “e” dalam perkataan “emak”.
“De” pulak macam huruf “e” dalam perkataan “ekor”
😀
ooo… ok. Terima kasih En. Rahman.
semoga saya berpeluang berjumpa dgn en.zul.. saya mula menabung emas pon lepas baca blog tuan.. tapi tak jdkan tuan sebagai sy pnya introducer..siapa sgka sejak menyimpan emas GAP, dah lebih dari 12 g dalam tempoh setahun lebih..mmg ketagih simpan emas ni..semoga terus sukses dan share info berguna dgn pembaca ye
Assalamualaikum Encik Zulkifli ,
Saya membaca sampai selesai.
terasa membaca catatan seorang warga Malaysia yang mahir di sana persis ASyraf Sinclair yang menikahi Citra Bunga Lestari ( hihihi!)
hebat sekali Encik Zul mahir menulis dalam loghat Indonesia.
Tahniah! Bisnes emas Encik Zul makin kembang maju.
Encik Zul luar biasa!
Tahniah !
Wslm Pn Rohaizah,
Haha..
Alhamdulillah. InsyaAllah…