MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Risiko Dipenjarakan 8 Tahun Gara-gara Komen di Medsos!

September 8, 2023


Berderau darah saya bila terbaca komen pemilik FB Iman Mustaqim terhadap Sultan Selangor. Dalam hati saya terdetik, "dia ni confirm kena kutip dan masuk ke dalam ni"... Waktu tu saya tak perasan nama pemilik akaun tu.

Tapi semalam bila tersebar berita pengganggur di hukum penjara gara-gara komen di medsos, bila baca dan cek balik, memang betullah telahan saya.

Dia kena kutip dan dihumban ke penjara gara-gara komen celupar di medsos!

Masuk penjara gara-gara medsos

Sebenarnya saya tak suka tulis pasal isu-isu penjara ni. Tapi saya fikir ini tanggungjawab sosial saya untuk selamatkan ahli keluarga, kenalan dan follower saya, saya kena tulis.

Saya tulis berdasarkan pengalaman saya duduk dalam penjara selama 2 tahun sebagai peringatan buat semua.

Sebenarnya komen yang sama yang ditulis di FB Iman Mustaqim terhadap Sultan Selangor, kalau dia ditahan di bawah SOSMA, dia boleh didakwa di bawah Seksyen 130G Kanun Keseksaan, iaitu mempromosikan keganasan.

Berdasarkan kes-kes yang saya lihat sebelum ni, hukuman penjara 8 - 12 tahun tu memang dah dalam tangan!

Walau bagaimanapun dia beruntung sebab hukuman dia cuma 6 bulan penjara, dan RM10,000 denda.

Hukuman berat, tak berbaloi

Dalam kes SOSMA, kalau dapat hukuman bawah 2 tahun tu kira dah sujud syukur... Dah boleh buat kenduri kesyukuran...

Walaupun sekadar auto-download bendera kalimah tauhid yang digunakan oleh mana-mana kumpulan pengganas secara suka-suka pun, kurang-kurang merengkoklah 2 tahun dalam penjara!

Apa kesannya?

  1. Dibuang kerja
  2. Nama buruk, dan hidup dengan stigma buruk - bekas banduan
  3. Susah nak dapat kerja bila bebas
  4. Hilang duit pencen - bagi pesara!

Pendek kata, masa depan jadi gelap! Tak berbaloi!...

Alasan tak diterima

Jadi hati-hatilah...

Negara kita ada undang-undang. Walaupun kita tak berniat jahat atau sekadar komen main-main di medsos, alasan "tak tahu" akan ditolak mentah-mentah dalam mahkamah... 

Alasan-alasan meraih simpati sebab ahli keluarga tengah susah semua tu nanti pihak pendakwaan akan bagi tahu hakim, "sepatutnya dia kena fikir alasan tersebut sebelum buat kesalahan lagi"... Terus checkmate!

Menangis air mata darah sekalipun tak ada siapa peduli dalam penjara (neraka dunia) tu selagi bernyawa!

Maka berhati-hatilah bila letak apa-apa komen atau posting di medsos. Tak ada perkataan baik, diam itu lebih baik.

Ini juga saya pesan kepada anak-anak saya yang baru dapat handphone. 

Zulkifli
Cyberjaya
8 September 2023
22 Safar 1445H

#IslahDiri #TabahHadapiMusibah

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
>