Cara terbaik balas dendam ialah dengan cipta kejayaan yang besar! Itulah prinsip yang saya pegang dalam hidup.
Lagi ditekan, lagi saya lawan!
"Pelajar ni tak akan berjaya pada masa depan!", sambil meluahkan amarah dia terhadap isteri saya dalam ucapan umumnya dihadapan hadirin ketika majlis konvokesyen hari tu.
Kira-kira 20 tahun yang lalu...
More...
Dimalukan di majlis konvokesyen
Sebaik sahaja ucapan itu, datang pegawai dia ugut nak tahan diploma isteri saya gara-gara tak bersalam (dengan Naib Cancelor yang bukan mahram) ketika ambil skrol di atas pentas.
Isteri saya yang sedang pregnant anak sulong pada masa tu menangis-nangis diugut dan dimalukan dikhalayak ramai... Sambil dia ditemani saya dan ibunya...
Saya yang tengah sengkek pada ketika tu terus berkejar pergi beli sejambak bunga untuk dihadiah kepada isteri supaya dia tenang...
Mudah-mudahan sejuk sikit hati dia...
Saya anak muda umur 23 tahun pada masa tu... Yang sedang miskin bandar baru memulakan hidup...
Datang convo pun pinjam kereta kawan sebab nak bawa ibu mertua...
Tiba-tiba kami dimalukan dihadapan para hadirin pada hari yang sepatutnya hari gembira buat isteri...
Saya dan isteri sungguh malu dan amat berdukacita...
Hari tu saya balik dengan penuh rasa dendam!
Dendam seorang anak muda...
Tukar dendam kepada keazaman
Tak apa, satu hari nanti saya akan buktikan, isteri saya bukanlah sebagaimana yang diperkatakan oleh Naib Cancelor itu...
Dia akan jadi orang paling berjaya dan paling bahagia dari kalangan seluruh hadirin dalam dewan konvokesyen hari tu... InsyaAllah...
Itu janji saya pada diri sendiri hari itu...
Cara terbaik balas dendam ialah dengan mencipta kejayaan besar dalam hidup kita! Bukan buat perkara yang merosakkan diri sendiri...
Ketika saya ditahan di bawah SOSMA dan dituduh dengan tuduhan jenayah yang saya tak buat, saya janji pada diri saya untuk cipta kejayaan lebih besar.
Saya bukanlah penjenayah sebagaimana dituduh.
Tapi saya akan bukti saya adalah rahmat buat masyarakat, tanpa kira apa sahaja latar belakang.
Saya akan bekerja lebih kuat untuk berikan lebih banyak kebaikan buat masyarakat... InsyaAllah...
Dituduh jenayah, akaun ditutup
Ketika akaun bank saya dibekukan dan ditutup, dan banyak urusan bank saya semakin susah, saya janji pada diri saya untuk bina kekayaan lebih besar sampai saya boleh beli kereta dan rumah baru semuanya secara tunai (kalau saya mahu)!...
Alhamdulillah... Alhamdulillah... Alhamdulillah...
Dengan limpah rahmat Tuhan yang Maha Kaya dan Maha Pemurah, satu per satu dendam dan amarah saya atas apa yang diperlakukan kepada kami berjaya tukarkan dengan cipta kejayaan lebih besar buat kami!
Alhamdulillah... Segala pujian bagi Allah...
Tadi ada orang bank call isteri saya dengan nada yang kurang menyenangkan berkenaan dokumen permohonan loan beli kereta baru.
Nada dia seolah-olah kami nak mengemis loan dari bank.
Padahal kami buat loan tu sekadar nak cipta credit history (untuk company kami) dan nak test market kami di mata bank.
Azam beli rumah secara cash!
Disebabkan cara layanan pegawai bank tu kepada kami sebagai customer tu kurang menyenangkan, saya beritahu isteri,
"Tak payahlah buat loan Yang. Bagitahu kepada pegawai bank tu yang kita tak jadi buat loan. Kita nak beli cash sahaja!"
Puas hati...
Tak perlu serabut dengan hal dokumentasi. Tak payah bayar interest... Tak payah dah bayar bulan-bulan...
Lepas-lepas ni nak beli rumah pun kita beli cash sahaja... Cari duit banyak-banyak. Kita beli cash... InsyaAllah...
The best revenge is massive success!
#MembangunDiri
#TabahHadapiMusibah
Zulkifli
Cyberjaya
11 Mac 2025
11 Ramadhan 1446H
Artikel berkaitan:
- Kesusahan Bukan Melemahkan, Tapi Menjadikan Kita Lebih Kuat
- Asbab Dihalau Makcik Cafe, Tertubuhnya G100 Academy!
- Dalam Derita Ada Bahagia. Ajaibnya Orang Mukmin...
- Manfaatkan Kekuatan, Jangan Pedulikan 'Masalah'
- Bersabarlah, Tuhan Pasti Gantikan Apa Yang Lebih Baik
- Takutilah Doa Orang Kena Fitnah, Tekan Pause Sebelum Share!