MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Nak Dihormati, Panggillah Orang Lain Dengan Panggilan Hormat

January 6, 2024

Nak dihormati dan nak orang terhormat hadir dalam hidup kita, lazimkanlah berbahasa tinggi. Bahasa yang penuh hormat kepada orang lain.

Saya sering nasihatkan kepada murid-murid saya dalam bisnes supaya biasakan panggil orang lain dengan panggilan hormat; "Tuan, Puan, Encik, Cik, Cik Puan". Bukan "bro, sis, korang"...

Bahkan dalam banyak keadaan, panggillan "akak, abang, achik, uncle" pun tak sesuai. 

More...

Nak tarik orang berduit, dan terhormat

Kami berbisnes emas. Bukan berniaga sayur di pasar. 

Customer kami dari pelbagai golongan. Daripada golongan mahasiswa, suri rumah, kelas rendah (B40), sampailah jutawan (T1). Macam-macam ada...

Jadi macam mana nak dapat customer dari semua golongan masyarakat, khususnya yang berduit untuk beli emas?

Tak ada cara lain. Kami kena buatkan semua golongan selesa datang dekat. Kena guna panggilan hormat yang selayaknya untuk semua golongan.

Sekurang-kurangnya panggil "Tuan, Puan, Encik, Cik, Cik Puan". Ia boleh diterima oleh semua golongan masyarakat, walaupun sebahagian mereka adalah "Dato, Datin, Dato' Seri, Datin Seri" dan sebagainya.

Kalau panggil dengan panggilan "bro, sis, korang", orang berduit dan terhormat tak selesa datang dekat. 

Panggilan menyakitkan telinga

Saya nak share tulisan seorang rakan saya, situasi sebenar yang membuatkan dia dan banyak orang rasa sakit telinga dengan panggilan "korang" oleh peniaga. 

Bahasa melambangkan taraf kehormatan

Macam mana cara kita berbahasa, itu menggambarkan siapa diri kita (dari sudut taraf kehormatan) dalam masyarakat. 

Kitalah yang meletakkan taraf kehormatan kita sendiri... Samada kelas rendah, kelas menengah ataupun kelas tinggi... Kitalah yang meletakkannya, bukan orang lain... 

Nak jadi golongan kelas atasan dan terhormat dalam masyarakat, mulakan dengan perbetulkan cara kita berbahasa... 

Panggil orang lain dengan panggilan terhormat (yang selayaknya untuk seseorang) sebenarnya sudah Allah ajarkan kepada kita sebagaimana peringatan dalam Surah An-Nur, ayat ke-63.

“Janganlah kamu jadikan seruan atau panggilan Rasulullah di antara kamu seperti seruan atau panggilan sesama kamu” (Surah An-Nur 24 : 63)

Panggilan selayaknya untuk orang terhormat

Allah suruh kita panggil Nabi s.a.w. sebagai "Rasulullah", bukan dengan panggilan "Muhammad", atau "Abul Qasim" sebagaimana kelaziman orang Arab ketika itu - memanggil dengan nama anak.

Penjelasan dari website JAKIM tentang ayat ni mengatakan, Imam al-Qurtubi menerangkan bahawa kita (umat Islam) ditegah panggil baginda Nabi dengan sekadar panggilan "Muhammad" atau "Ahmad" sahaja. Mestilah menyebut "Rasulullah" ataupun "Nabi Allah" sebagai tanda hormat selayaknya kepada baginda s.a.w. 

Coretan ini sebagai pelajaran untuk saya juga. Supaya kita belajar beradab...

Mudah-mudahan Allah hadirkan orang-orang beradab juga dalam hidup kita. InsyaAllah...

Zulkifli
Cyberjaya
6 Januari 2024
24 Jamadil Akhir 1445H

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
>