MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Zaman Orang Makin Lembik, Peluang Berjaya Sangat Mudah!

January 10, 2024

“Owh... Zaman sekarang sangat mudah nak berjaya. Sebab semua orang pun ‘weak’!”, kata saya.

Pagi tu saya kelam kabut hantar anak ke sekolah, sekali dengan anak sulong saya yang nak ke kampus MMU (Multimedia University). Pukul 7.15 dah keluar rumah. Sekali jalan...

“Kelas start pukul berapa Aisyah?”, saya tanya sebab rasa macam terlalu awal dia keluar hari tu.

“Kelas start pukul 8.00 pagi. Tapi selalunya pukul 9.00 baru start. Sebab lecturer tengok banyak student susah bangun pagi”, katanya.

“Owh... Zaman sekarang sangat mudah nak berjaya. Sebab semua orang pun ‘weak’!”, balas saya. Haha... Aisyah dan adik dia tergelak. 😂

More...

Peluang besar di zaman serba mudah 

Saya teringat kata-kata Tuan Azri Walter (dalam satu video beliau). Katanya zaman sekarang sangat mudah untuk berjaya. Sebab kebanyakan orang lemah dan lembik!... 

Tak nak yang susah-susah. Semuanya nak mudah...

Dan masing-masing ambil mudah dengan teknologi dan fasiliti yang serba canggih dan serba mudah. Bukannya ambil peluang untuk jadikan diri lebih baik...

Di zaman TikTok ni, orang makin malas membaca. Zaman di mana orang cuma suka layan video-video pendek. Video panjang tak nak tengok. Kalau tengok pun tak habis.

Tulisan panjang, orang tak berminat baca. Suka baca tajuk jer. Lepas tu buat kesimpulan dan andaian sendiri.

Bahana hilang fokus dan minat membaca 

Artikel pun tak baca sampai habis. Tapi mulut dan tangan tu cepat sangat nak bagi komen, nak keluarkan pendapat, bahkan cepat menghamburkan kecaman dan tuduhan sana sini! 

Orang tak minat belajar sesuatu ilmu secara mendalam. Baru tengok beberapa video pendek, tapi sudah sibuk nak bagi pendapat macam dialah yang terpaling pakar!

Masyarakat jahil... Kerana tak minat dengan ilmu dan hilang fokus. Idea-idea bijak dan mahal tak laku... Yang laku cuma hiburan, sentimen dan emosi... Akal letak ke tepi...

Bagi yang nak berjaya, inilah peluang besar!...

Mulakan aktiviti di awal pagi

Ketika orang liat bangun pagi, jadilah morning person. Bangunlah seawal jam 5.00 pagi. Kita akan jauh lebih produktif berbanding mereka yang bangun lambat, dan sambung tidur waktu pagi...

Kerana “rezeki tu di awal pagi”... Masa orang lain belum bangun tidur, kita dah kaut ‘rezeki’ kita!... Tinggallah untuk mereka yang saki baki...

Masa orang lain tak minat membaca (cuma minat layan video pendek), jadilah mereka yang obses membaca, dan mencari ilmu. Sejarah menunjukkan, generasi yang membaca dan berilmu akan jadi lebih kaya dan lebih berkuasa!

Saya masih ingat kata-kata Tuan Azizi Ali (Pakar Kewangan) yang maksudnya lebih kurang begini;  

“Kalau kita baca 10 buah buku dalam sesuatu topik, kita akan dianggap orang paling pakar di kalangan orang sekeliling kita.”

Obses membaca dan mencari ilmu

Semudah baca 10 buah buku, sudah pun dianggap pakar - di kalangan friend dan followers kita (di medsos )! Sebab kita hidup di kalangan mereka yang tak suka membaca!

Kita benar-benar sudah masuk ke zaman orang makin hilang fokus, makin malas membaca.  

Laporan-laporan menunjukkan, jualan buku-buku fizikal jatuh merudum.

Buku yang tebal-tebal tak lagi menarik minat. Kalau membaca pun, sekadar novel dan buku-buku healing yang ilmunya tidaklah seberapa... Baca pun sekadar untuk healing-healing sahaja, bukan serius nak cari ilmu.

Sudahlah tak berilmu, bahkan semakin hari semakin besarnya generasi yang malas bekerja.

Kerja susah sikit orang tak minat... Kerja tertekan sikit terus berhenti kerja... Nak kerja yang mudah-mudah, tapi nak hidup senang...

Generasi tak sanggup kerja kuat

Nak jadi rider atau runner (semata-mata tanpa komitmen)... Atau content creator yang entah apa-apa, tapi nak senang dan kaya raya!

Walaupun kerja-kerja tu tak salah, tapi nak berjaya dalam bidang apa sekalipun, mesti ada ilmu, dan mesti sanggup kerja kuat - lebih kuat dari orang lain. 

Siapa yang sanggup kerja kuat, kerja lebih sikit dari orang lain, lebih sabar dan lebih konsisten sikit dari orang lain, dia akan berjaya dengan mudah! InsyaAllah...

Bangun lebih awal dari orang lain. Semaikan minat dan tabiat membaca dan mencari ilmu mulai hari ini. Dan kerja kuatlah dari orang lain...

Kita pasti akan menang... Kejayaan hanyalah persoalan masa... InsyaAllah...

Zulkifli
Cyberjaya
10 Januari 2024
28 Jamadil Akhir 1445H

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
>