Awas! Taktik Terbaru Penipuan Kad Kredit

by on October 20, 2011

Post image for Awas! Taktik Terbaru Penipuan Kad Kredit

Baru tak sampai sebulan dapat kad kredit (kad kredit pertama dalam hidup saya), dah rasa tak senang bila ada usaha untuk menipu dengan kad kredit tu. Saya apply kad kredit dua bulan lepas untuk register akaun paypal (untuk internet transaction) dan dalam masa yang sama meminimumkan duit tunai untuk modal pusingan bisnes saya. Maksudnya, kalau saya dapat order yang besar, saya tak perlu keluarkan cash beli barang untuk hantar pada customer. Tapi, saya just slash kad kredit dengan supplier, dan bila customer buat payment, saya terus settlekan kad kredit tu. So, tak payah pakai cash sebab kalau cash banyak sangat, ia dah jadi tak efisien. Daripada duit terbiar macam tu, lebih baik beli emas ataupun silver.

Awas, Call Center Palsu!

Ceritanya macam ni. Last week saya dapat call daripada individu yang kononnya “Call Center” kad kredit. Dia offer macam-macam tawaran yang kononnya akan menjimatkan saya. Untuk terima tawaran tu, dia perlu SAHKAN kad kredit saya. Masa dia call tu saya ada terfikir juga, kalau dia benar-benar “Call Center”, sepatutnya dia dah ada semua maklumat saya. So, kenapa perlu lagi nak sahkan maklumat? Just hantar jer lah good offer tu, kalau ada.

Masa dia nak buat pengesahan tu, saya dah rasa tak sedap hati. Saya layan juga dia sebab saya fikir ini memang betul-betul Call Center sebab dia tahu maklumat saya; nama penuh, nombor telefon, nombor 16 angka kad kredit saya, dan tarikh luput kad kredit tu. Keraguan saya terus memuncak bila dia nak SAHKAN 7 nombor rahsia bahagian belakang kad kredit tu! Apa yang saya ingat, pengawai bank yang serahkan kad tu dulu pesan 3 nombor terakhir tak boleh dedahkan pada sesiapa sekalipun!

Nombor Handphone, Sah Penipu!

Saya terus tanya. “Eh, bukan ker nombor ni tak boleh dedahkan pada sesiapa kan?”… Dia jawab, “Oh, ok… kalau encik rasa tak boleh dedahkan, nanti kami hantar surat pada encik dan kami akan call lagi encik nanti”… Habis…

Hati saya tak sedap, saya terus contact Call Centre Maybank yang tertera belakang kad kredit tu. Pegawai tu tanya saya samada pemanggil tu guna nombor handphone atau fixed line? Hah… confirm penipuan sebab caller tu guna nombor handphone. Call Centre hanya akan call kita guna nombor fixed line. Keduanya, dia tanya saya apa maklumat yang saya dedahkan? Saya dah dedahkan semuanya kecuali 3 nombor terakhir belakang kad kredit tu. Untuk selamat, dia cadangkan saya cancel kad tu, dan Maybank akan keluarkan kad baru. So, saya terus cancel. Huh… lega rasanya… Tapi masih rasa tak senang hati sebab in future, benda ni boleh lagi berlaku selagi saya guna kad kredit!

Jauhi Kad Kredit a.k.a Kad Hutang!

So, saya syorkan sahabat semua, kalau tak ada keperluan untuk pakai kad kredit, lebih baik tak payah pakai sebab kad kredit ni lagi susah dari jaga cash. Terlepas kad tu pada orang, lebih bahaya dari terlepas cash pada penyamun!

Bila saya google di internet, rupa-rupanya benda ni memang dah lama berlaku, cuma mangsanya jer yang berbeza. Siapa yang naif tentang kad kredit, dan excited dengan tawaran  hebat yang bakal mereka ‘hadiahkan’, memang mudah terkena. Kita sangka ianya rezeki, tapi ia boleh jadi mimpi negeri!

Antara kes yang pernah berlaku boleh baca artikel di KonsumerKini iaitu “Bank Dedahkan Maklumat Kad Kredit Pelanggan Kepada Pihak Ketiga“.

Wallahu a’lam.

Zulkifli
Damansara Heights
17 Oktober 2011
19 Dzulkaedah 1432

p.s. saya decide tulis artikel ni sebab baru jer terima panggilan kedua dari penipu berlainan yang gunakan modus operandi yang sama. Saya masih ‘wonder’, adakah benar pihak bank yang dedahkan maklumat kad kredit saya, ataupun ada ‘hantu’ dalam bank tu yang kerjanya jual info sulit pemegang kad kredit tu kepada ‘penyamun’ di luar?

Artikel berkaitan:

{ 34 comments… read them below or add one }

1 Hazman October 21, 2011 at 6:37 am

Pengalaman saudara2 terdekat;
1- Cash in hand RM13k dirompak sekitar luar bank.
2- Kereta baru habis bayar loan, kena curi (di Shah Alam)

“too good to be true”

Reply

2 Anonymous October 23, 2011 at 3:47 pm

Pengalaman sama, cuma bezanya…dia mintak nombor debit card…tu pun selepas register akaun baru… maybe ada “hantu” di bank zaman sekarang…

Reply

3 faizul October 24, 2011 at 1:47 am

biasa tu zul, ni kes biasa sgt sapa yg punyai kad kredit,
1) buat xtahu je kalau ada call mcm tu, sy dah byk sgt dapat call mcm tu

Reply

4 Mohd Zulkifli Shafie October 24, 2011 at 4:39 am

Tq Hazman, Anonymous, dan Faizul. Kes2 mcm kena sebarkan pada seramai mungkin. Kalau orang yang tak tahu, mesti terkena. Especially org yg first time pakai kad kredit/ kad debit.

Reply

5 ms.comey October 24, 2011 at 8:18 am

aah,penah jadi kat sy jugak..sebab ingatkan mmg dr call center..2 kali sy tertipu.1st time rm600,2nd time rm300..tp seb bek dua2 transaction x dilakukan,walopun sy dh terbagi 3 digit kat blakang tu.huhu.sy pi cek ngan maybank.dia kata maybank x kan buat panggilan,dia akan hubunhi customer melalui surat sahaja

Reply

6 Mohd Zulkifli Shafie October 26, 2011 at 12:18 pm

Tq ms.comey atas perkongsian. Maksudnya, dah ramai orang kena dengan cara penipuan kredit kad ni. So kena bayar la RM600 dan RM300 tu?

Reply

7 ms.comey December 14, 2011 at 2:41 pm

tak bayar..nasib baik tak kene cas,mungkin sbb esok tu saya terus pegi report kat maybank kot..syukur duit saya masih ‘selamat’…

Reply

8 Mohd Zulkifli Shafie December 17, 2011 at 4:04 am

Alhamdulillah…

Reply

9 Anonymous December 23, 2011 at 4:30 am

terima kasih atas info yg sgt2 berguna…saya pun hampir2 menjadi mangsa penipuan…cara yang sama.tpi yang lebih menghairankan pemanggil tu tahu semua maklumat…menakutkan…

Reply

10 Mohd Zulkifli Shafie December 25, 2011 at 12:22 am

Alhamdulillah… Syukur… Memang pemanggil tu dia ada banyak info kita… Kalau kita tak bagi info kat dia, dia siap ugut nak caj ke akaun kita. Jangan layan kata pegawai bank.

Reply

11 Anonymous January 8, 2012 at 2:45 pm

bro..blog lu mmg best..byk info share..semoga allah membalas jasa lu..ok utk kad kredit ni..elakkan berurusan dgn maybank..pengalaman aku pakai kad kredit cimb ok xde org kacau..buat PL public bank pon xde org call..buat loan kereta dgn maybank terus dpt call mcm2 sama kes lu..nsb baik aku dh tau scam2 ni.dh ramai terkena tp malu nak repot..

salam emas dr dealer PG 012186 from utara..fb apa bro?

Reply

12 Mohd Zulkifli Shafie January 10, 2012 at 12:44 pm

T.kasih bro krn berziarah ke blog yang tak seberapa ni. Tq for sharing pasal pengalaman dgn bank. Mungkin hantu pencuri maklumat banyak di maybank coz bank lain tak ada masalah pun.

Fb saya Mohd Zulkifli Shafie. Jumpa di fb bro. :-)

Reply

13 Anonymous February 3, 2012 at 3:18 am

kalau ada panggilan macam tu, cakap tak minat je.. tak nak..
jika ditanya apa yang tak nak? cakap semua tak nak.. apa2 pun tak nak. terus tutup tepon. mula2 rasa macam tak elok, tapi mereka buat kita macam tu lagi tak elok.

pasal cc, boleh ada jika pandai uruskan kewangan.
macam saya, guna cc untuk beli barang perniagaan,bila dapat balik modal tu terus bayar. saya tak pernah kena caj lewat sbb memang sentiasa clear. kelebihan guna cc, boleh redeem barang/voucher sbb setiap bulan saya guna 20-30+k
tapi, kena budget betul2 supaya tidak overspend.

Reply

14 Mohd Zulkifli Shafie February 3, 2012 at 8:08 am

Terima kasih atas tips, nasihat dan cadangan yang sangat baik. Alhamdulillah.

Reply

15 Anonymous February 26, 2012 at 8:38 am

Salam.. terbaek zul…

ni di namakan Facility (kemudahan credit)
bila ada opportunity (peluang untuk buat jualan secara besar)
timetu plak capacity kita tak cukup (modal tak cukup) so facility mcm ni la amat di perlukan…
kita create good liability (hutang yg mendatangkan manfaat = keuntungan hasil berniaga)
tapi jgn sampai jadi bad liability (penyakit bahaya credit card)…. caj kewangan yg tinggi…

Reply

16 Mohd Zulkifli Shafie February 29, 2012 at 3:52 pm

T.kasih tuan. Memang betul, saya pun guna cc utk rolling bisnes. Tapi memang kena hati2 coz takut tersalah guna. :-)

Reply

17 azea August 24, 2014 at 8:17 pm

betul..cakap semua tak nak je..ataupun bila ada call dr no. Yg x dikenali…say hello dengan suara yg garang..heh..biasanya call centre ni akan kenalkan diri n so on..so just reply kita bz or tengah meeting..lepas tu block the no..hehe

Reply

18 Anonymous June 17, 2012 at 11:11 pm

Alhamdulillah, sy mmg takde credit card..biarlah org nk kata kolot ke..ape ke.. Yg penting hati sy senang, duit sy selamat.. Hehe

Reply

19 Mohd Zulkifli Shafie June 18, 2012 at 12:23 am

Alhamdulillah, bagus tu tuan/ puan. Yang penting hati senang.. :)

Reply

20 mdrushdan December 3, 2012 at 8:35 am

thanks bro for your information

Reply

21 Mohd Zulkifli Shafie December 3, 2012 at 9:05 am

You are welcome En. Rushdan.

Reply

22 Anonymous February 3, 2013 at 9:50 am

assalamualaikum
disini saya ingin bezakan call center palsu atau yg benar:-
yg benar – butiran maklumat lengkap,tiada pengesahan sekali lagi…dan ada soalan2 tambahan sbg bukti kita sebagai pemegang kad…
yg palsu – mereka akan dedahkan sendiri maklumat asas kononnya,takkan tanya kita pemakai kad visa,master dll atau tarikh luput

sy turut terkena tipu pd awal2 penggunaan kad,dan sy menukar kad baru atas sebab
1-call centre menyamar sbg pegawai bank
2-ada pihak penjual waktu swap menyalin no pin saya

kes pertama sy:-
ini taktik terbaru call centre..menyamar gabungan2 bank di malaysia melaksanakan program menghapus pihak2 luar yg selalu mengganggu pemegang kad. cthnya mereka tahu sy adalah membership **** mendakwa syrkt tersebut telah melakukan transaksi tanpa pengetahuan sy..mereka mewakili pihak bank akan menyekat apa2 transaksi dr syrkt tersebut. maka bermulalah sgla isi huraian program2 mereka yg bagus hasil kerjasama dgn bank tapi dgn bayaran rm599..mereka juga memburuk2 syrkt2 yg terlibat dgn aktiviti ni..akibat terpengaruh,sy dedahkan sedikit maklumat walau was2..selepas itu,tanpa berlengah sy call no diblkg kad bertanyakan samada ada berlaku transaksi dr syrkt membership dan jwpnnya tidak berlaku..sy terus batalkan kad tersebut…tidak lama kemudian call center menelefon sy lagi tapi sy x jawab sebab saya tahu mereka gagal utk membuat transaki rm599 itu.

2-berurusan pembelian produk dgn sebuah syrkt
pembayaran deposit melalui kad kreadit..satu kesalahan bila pihak tersebut menyalin no kad termasuk 3 pin..pembatalan produk telah dibuat sbb sy dpt hidu penipuan syrkt tersebut. sy harap saudari/saudari berhati2 utk sebarang urusan.

kemungkinan sy akan tidak menggunakan lagi kad kreadit sbb bnyk gangguan dr pihak luar yg hanya mengambil kesempatan mengaut untung..

Reply

23 Mohd Zulkifli Shafie February 4, 2013 at 10:56 pm

Wslm tuan,

Alhamdulillah, perkongsian pengalaman & tips yang sangat menarik. Dan saya setuju pendapat tuan, tak perlu pakai kad kredit kalau tak ada keperluan khas.

Reply

24 eka March 12, 2014 at 1:04 pm

Assalamualikum,
Bukan nak memburukkan mana2 bank tapi memang Maybank ni banyak kes compannya kami alami sendiri kehilangan 20 k dlm sehari. pihak maybank refund back only rm 973 sebagai ganti rugi yg langsung x berbaloi….kehilangan wang dlm atm pun ada jadi..sahabat seoofice sendiri jdi mangsa n dah buat report polis…Saya pribadi dah tarik semua wang yg ada dlm simpanan Maybank pindah masuk ke Cimb n Ambank..Alhamdulillah x pernah ada mslh dgn Cimb n Am bank nie….

Reply

25 Mohd Zulkifli Shafie March 13, 2014 at 7:48 am

Wslm Puan Eka,

Terima kasih atas perkongsian pengalaman.

Reply

26 mahmod albasar June 4, 2014 at 5:28 pm

setakat ni aku dah pakai hampir 6 thn dah kad krdit..so far ok..menyenangkan dari pakai cash..janji bayar bulan2 la jgn buat hutang xbayar pulak..GST rm50 tu boleh waive dengan point yg ada..bg aku tak xder susah sgt la pakai kad kredit..penting ada knowledge la

Reply

27 Mohd Zulkifli Shafie June 5, 2014 at 7:37 am

Betul En. Mahmod, memang memudahkan urusan. Saya pun pakai 1 kad kredit. Cuma bagi sesiapa yang tak boleh disiplinkan diri, dia mudah terjebak dengan masalah hutang.

Reply

28 Hayati June 26, 2015 at 7:16 am

Sy baru terima masej mengatakan sy ade beli online hp dlm seribu lebih…menggunakan kad kredit…selepas sahkan dengan bank…memang ade transaksi tersebut..walhal saya xbuat sebarang pembelian online tersebut. Selain memaklumkan kepada bank…ape lg yg perlu saya lakukan?…mohon pandangan..tq

Reply

29 Mohd Zulkifli Shafie June 26, 2015 at 11:22 pm

Puan kena contact Call Center kad kredit puan untuk buat laporan. Laporkan segera dan tanya mereka apa perlu puan buat.

Reply

30 Farisha Lynda December 18, 2015 at 6:30 am

Sy mnerima 1 pnggilan smlm,tnyata ianya blaku kpd sy jg.Sy ditawarkn dgn pelbagai kemudahan dr staff AIG MALAYSIA katanya.Sy x tau knpa sy sprti dipukau n tpedaya dgn kata2 mnis,lalu sy hnya mnuruti pmintaannya dgn mberi 16 digit angka kad debit sy.Staff itu bkta akn mnolak amount setelah sy mnerima polisi,tp..bila sy cek acc,dia tlh mbuat auto transaction dr acc sy…sy call service centre,tp x blh nk smbgkn kpd staff tu,sy pelik,lalu btnyakn rakan2..rakan2 mnyuruh sy mbatalkan kad dan trus tukar kpd kad baru.Betul2 tkena pd sy,dan mngkin blh beri pngajaran bg sesiapa lps ni…zaman smkin canggih,mnusia snggup melakukan apa shja.Pengajaran buat dr sy.

Reply

31 Aisah November 16, 2016 at 10:48 am

Sekarang kalau nak bekerja online kan byk ja kalau nak cari dari net, seperti kerja data entry, typewriter, designer. From USA, UK.
Saya try register, isi maklumat semua dia nti minta no kredit card, 3 digit, expiry date. . saya main letak ja no. Lepas pulak. Esoknya ada matsalleh call from USA. Kata mengenali making money thru online. Dalam bersembang tu dia minta kredit card no. Sorry. I’m not interested anymore, saya cakap.
Xtau betul ka scam ya mcmni. Yang kerja online seperti ni.

Reply

32 Mohd Zulkifli Shafie November 19, 2016 at 6:57 am

Wasllahu a’lam. Saya pun tak pasti.

Reply

33 MOHD FAHMI BIN BURHANUDIN January 10, 2017 at 9:56 am

Kalau dah kena tipu macam mana langkah2 nya?
5k tunggak awal bln dis 2016 bln sampai hjung bulan dis jadi 9k…
Boleh saman balik tak?

Reply

34 Mohd Zulkifli Shafie January 10, 2017 at 4:01 pm

Contact dan berbincang dengan pihak bank segera. Minta pendapat pihak bank.

Reply

Leave a Comment

{ 2 trackbacks }

Previous post:

Next post: