MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Tip Simpan Emas di Rumah Dengan Selamat

September 10, 2023

Banyak yang fikir, risiko paling besar simpan emas di rumah ialah kena curi ataupun rompak. Tapi pengalaman saya sejak 2010 dalam emas, saya boleh katakan punca paling utama emas tu hilang bukan sebab kena curi atau rompak, tapi lupa simpan di mana!

Kita simpan di tempat yang orang tak terfikir, sampai akhir sekali kita pun tak terfikir!... Dulu pun pernah viral kes seorang wanita cari balik emas yang diterbuang dalam tempat pelupusan sampah!

More...

Ini laporan berita yang pernah viral tahun 2021 dulu.

Pengalaman saya hilang 8 dinar

Berdasarkan pengalaman saya, sebenarnya kes terlupa simpan dekat mana ni terjadi kepada banyak orang. Guru emas saya En Syukor pun pernah hilang. Dan saya saya sendiri pun pernah hilang 8 dinar...

Jenuh saya cari tak jumpa. Lepas dah rasa give-up cari, saya terpaksa cari duit lain untuk ganti balik 8 dinar saya yang hilang tu.

Sampailah satu ketika, masa saya tengah kemas rumah dan nak buang satu kotak, nasib baik saya cek dulu kotak tu sebelum buang. Rupanya 8 dinar yang saya cari selama ni memang tersimpan dalam kotak tu! 

Alhamdulillah. Selamat...

Tip elak lupa simpan emas

Nasihat saya kalau nak simpan di rumah, sila pastikan : 

  1. Simpan di satu dua tempat sahaja yang orang tak terfikir. 
  2. Jangan bertukar-tukar tempat. Itu akan membuatkan kita lupa. 
  3. Jangan simpan dalam almari baju. Itu sasaran pertama bila rumah kena pecah atau dirompak. 
  4. Beritahu kepada pasangan atau waris yang boleh dipercayai tentang di mana kita simpan emas itu. Kalau berlaku kematian, ahli waris tahu mana nak ambil emas itu. 

Jangan sampai emas tu terbuang macam akak ni...

Nak banyak lagi tip simpan emas dengan selamat, boleh baca artikel saya saya pernah tulis sebelum ni.

Mudah-mudahan bermanfaat, insyaAllah...

Zulkifli
Cyberjaya
10 September 2023
24 Safar 1445H


Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
>