Pelabur Emas Untung 20%, Dealer Untung 40%!

by on December 6, 2011

Post image for Pelabur Emas Untung 20%, Dealer Untung 40%!

Just nak share 1 tip penting dengan sahabat, iaitu daripada simpan duit kertas, lebih baik simpan emas.

Nasihat saya, kalau ada duit RM20,000, jadilah dealer Public Gold. Saya untung banyak juga dengan Public Gold ni walaupun sambil-sambil. Semalam saya dapat satu urusniaga yang untungnya RM950! Alhamdulillah… syukur pada Allah yang menghantar customer pada saya. Entah macam mana, tetiba ada seorang yang saya tak kenal call nak beli emas lepas baca 5 Minit Review Tentang Emas dari blog ni.

Cara Dealer Emas Gandakan Keuntungan

Untung kenaikan nilai emas sahaja setakat ni, lebih kurang 13% dalam masa 9 bulan! Di bawah ni, saya senaraikan 4 keuntungan jadi Dealer Public Gold:

  1. Untung kenaikan harga emas. Paling teruk pun 15% setahun.
  2. Untung komisyen jual beli emas 1% – 2%. Nak untung lebih 5% atas setiap jual beli? Lepas jadi dealer nanti baru saya cerita. Ni rahsia dealer emas.
  3. Untung bila orang jual balik emas pada kita 5% – 6.5%!
  4. Untung ‘manipulate’ turun naik harga emas? Setakat ni saya berjaya buat sehingga 9.5%! Ingat, skill ‘manipulate’ ni hanya halal dibuat oleh dealer emas yang sah sahaja. Kalau dibuat oleh orang awam, ia boleh jadi haram sebab mempermainkan ‘duit’ menjadi komoditi, sebagaimana main FOREX. Bagi orang awam, ianya halal dari sudut transaksi, tapi boleh jatuh haram dari sudut maqasid syariah.

Modal Dealer Emas Tak Beku

Saya bermula dengan modal RM20,400 jer dulu. Berapa nilai dana gold investment saya sekarang ni? Setakat 9 bulan ni, saya untung lebih kurang 25%! Untung sandarkan duit kepada emas dan tolong fahamkan kawan-kawan kebaikan menyimpan emas. Bukan senang nak cari investment yang boleh bagi untung sampai 25% setahun, betul tak?

Lagi menarik, duit RM20,400 saya tu TAK BEKU macam simpan duit di Tabung Haji atau pelaburan lain. Duit tu saya boleh pakai buat rolling bisnes tanpa perlu menjual emas-emas saya. Caranya ialah pajak emas bila nak pakai duit. Lepas dapat untung, tebus balik. Itulah cara makcik-makcik di Pasar Siti Khadijah rolling bisnes dia. Gelang yang penuh sampai lengan tu bukan untuk perhiasan semata-mata, tapi ia juga dana bisnes mereka!

Tip Membeli Barang Kemas Bernilai Tinggi

Berita terbaru, Public Gold telah keluarkan Barang Kemas 916 yang bernilai tinggi. Maksudnya, bila nak pakai duit, kita boleh jual balik atau pajak barang kemas tu dengan nilai yang tinggi. Ingat, tak semua barang kemas yang bernilai tinggi. Ada barang kemas yang kalau sahabat beli hari ni, esok terus susut nilai hingga 25% – 40%!

Boleh rujuk artikel saya bertajuk “8 Tips Membeli Barang Kemas Bernilai Tinggi” untuk fahami cara membeli barang kemas bernilai tinggi. Sambil jadikan perhiasan untuk isteri, ia juga adalah pelaburan. 2 dalam 1, insyaAllah.

Setakat ni dulu, wallahu a’lam.

Zulkifli
Damansara Damai
20 Julai 2011
19 Sya’ban 1432

Catatan:

  • Saya boleh dapat return on investment dengan emas sekitar 25% dalam masa 9 bulan. Memang tak peliklah dealer emas yang otai-otai boleh dapat hingga 40% setahun. Ilmu mereka lagi tinggi, pengalaman lagi banyak, memang senang la ‘bermain’ dengan emas ni.
  • Untuk fahami pelaburan hanya dalam masa 5 minit, klik di LINK ni untuk dapatkan eBook percuma 5 Minit Review Tentang Emas. Foward eBook ini kepada kawan-kawan untuk selamatkan simpanan mereka dari inflasi dan menggandakannya dengan emas, insyaAllah.

(Artikel ini disemak dan dikemaskini pada 18 Jun 2012)

Artikel berkaitan:

{ 39 comments… read them below or add one }

1 Anonymous December 12, 2011 at 6:17 am

Salam Zul, terima kasih atas perkongsian ilmu dan maklumat tersebut. Teruskan usaha baik anda!

Reply

2 Mohd Zulkifli Shafie December 13, 2011 at 11:34 pm

Wslm, alhamdulillah… puji-pujian bagi Allah.

Reply

3 Anonymous December 15, 2011 at 10:53 am

Salam En Zul.. saya mula kenal emas2 ni 2 minggu lepas melalui dan terus saya jadi dealer. Waktu tu 20g gold bar RM 3728..now jatuh merudum, saya panik.. tapi masih berhasrat utk tambah lagi..apa pandangan En.Zul kalau sy buat pinjaman bank utk beli lagi?

Reply

4 Mohd Zulkifli Shafie December 17, 2011 at 4:12 am

Wslm. Alhamdulillah… Harga emas jatuh tu biasa tuan. Tuan tak rugi satu sen pun sebab tuan pegang emas fizikal. Nanti sure dia naik balik. As long kita beli emas guna duit yang setahun tak pakai, insyaAllah untung tu dalam tangan.

Kita rasa takut harga emas jatuh sebab kita fikir emas macam saham. Bila saham jatuh, apa yang kita ada? Sebab kita tak ada apa2 tu lah kita dikira rugi.

Beli emas ni macam beli rumah… Kalau harga rumah jatuh, kita masih ada rumah… Tak berkurangan sikit pun rumah kita..Dan harganya akan tetap naik jangka panjang.

Wallahu a’lam.

Reply

5 Belajar Forex December 19, 2011 at 8:56 am

makasih untuk tipsnya, sangat bermanfaat

Reply

6 Mohd Zulkifli Shafie December 21, 2011 at 1:46 am

Alhamdulillah.. Puji-pujian bagi Allah.

Reply

7 Anonymous January 12, 2012 at 5:33 am

”Saya bermula dengan modal RM20,400 jer dulu. Berapa nilai dana gold investment saya sekarang ni? Setakat 9 bulan ni, saya untung lebih kurang 25%! Untung sandarkan duit kepada emas dan tolong fahamkan kawan-kawan kebaikan menyimpan emas. Bukan senang nak cari investment yang boleh bagi untung sampai 25% setahun, betul tak?”

en.zul, utk jd dealer sebanyak 20K @pon RM 20400 yg diperlukan..?

Reply

8 Mohd Zulkifli Shafie January 12, 2012 at 6:39 am

Modal utk jadi dealer RM20,000. Tapi belian sebenar biasanya RM20,XXX bergantung kepada apa item yang kita beli.

Reply

9 Hanif March 12, 2012 at 8:45 am

berminat menjadi agent emas dengan modal rm 1000.paling murah setakat ini… anda dibayar komisen yang tinggi iaitu rm 15/gram emas.. nak tahu apa kelebihannya lagi hubungi saya 0134594686 atau layari blog saya di click sini

Reply

10 Mohd Zulkifli Shafie March 18, 2012 at 10:42 am

Tq Hanif.. :-)

Reply

11 Anonymous April 3, 2012 at 7:07 am

salam en zul ,sy brminat utk mnjadi dealer..tp sy tk tahu cara utk mguruskan ..boleh bantu ?

Reply

12 Mohd Zulkifli Shafie April 3, 2012 at 7:11 am

Wslm tuan/puan,

Alhamdulillah.. tahniah.. apa maksud “cara utk menguruskan”? Adakah tuan/puan bermaksud cara nak register jadi dealer?

Reply

13 Anonymous June 18, 2012 at 9:01 am

cara untuk jual beli dengan customer

Reply

14 Mohd Zulkifli Shafie June 18, 2012 at 12:49 pm

Cara jual beli dengan customer senang jer. Kalau customer nak beli, lock harga emas ikut harga semasa dan hantar emas tu kepada customer (kalau customer dekat). Kalau jauh dan customer nak ambik emas tu sendiri, place order atas nama customer, nanti dia buat payment & collect terus emas dari cawangan Public Gold.

Reply

15 amin June 19, 2012 at 7:44 am

salam. tuan zul, saya nak tanya… saya ada simpan 5 keping dinar ( 1 dinar ). ada sorang kawan saya ni nak beli 1 dinar tu dari saya.. soalannya, boleh ke saya jual dinar tu kat kawan saya?? dan nanti kalau dia nak jual balik kepada public gold boleh tak?? apa document yg public nak bila kawan saya tu nak jual kat public gold? untuk pengetahuan tuan zul, saya bukan dealer… bru jer nak berjinak2 dengan emas nie..hehe..

Reply

16 Mohd Zulkifli Shafie June 19, 2012 at 7:51 am

Wslm Amin,

Boleh jual kepada kawan-kawan. Tak ada masalah, bahkan itu lebih baik sebab win-win. Amin dapat jual lebih tinggi dari harga PG Buy, dia dapat beli harga lebih rendah dari PG Sell. Sama-sama untung.

Tak ada resit pun tak apa. Kalau dia nak jual kepada Public Gold nanti, dia cuma kena bawa emas & sijil ketulenan jer. Yang lain tak perlu. Kalau sijil ketulenan hilang, Public Gold akan tolak RM10.

Wallahu a’lam.

Reply

17 Anonymous September 2, 2012 at 4:21 am

ohhh…..terima kasih atas penerangan ini… nak tanya soalan ni, tapi tak tahu nak buat ayat, tengok2 dah ada yang tanya..

-mas-

Reply

18 Mohd Zulkifli Shafie September 3, 2012 at 4:34 am

Alhamdulillah Pn. Mas.. :)

Reply

19 amin June 19, 2012 at 9:03 am

alhamdulillah..tq tuan zul.. dapatlah saya jual kat kawan saya tu.. saya sebenarnya keja kat melaka, tapi memang ada niat untuk jadi dealer bila duit dah cukup.. saya kalau boleh nak jadikan tuan zul sebagai introducer.. walapun sya kat melaka, tapi saya sanggup nak jmpa tuan zul kt kl. saya sebenarnya lebih selesa untuk berurusan dengan tuan zul berbanding dealer lain sebab tuan zul ni sorg yang rendah diri. So, bila saya jd dealer kelak, sya lebih mudah memndapat tunjuk ajar dari tuan zul…

Reply

20 Mohd Zulkifli Shafie June 19, 2012 at 9:09 am

Alhamdulillah.. InsyaAllah, saya akan bantu apa yang boleh. Moga Allah melapang rezeki En. Amin dan kita semua, insyaAllah..

Reply

21 ikram June 20, 2012 at 12:57 am

salam. akhi zul,adakah selepas jadi dealer kita kena target penjualan emas??? contohnya, kalau tak dpat jual emas sekian2, status dealer akan ditarik balik? dan katakan kita jadi dealer, customer nak order emas mcm 1 juta yang akhi kata tu, cmne nak buat?? kita kan tak ada stock emas sampai 1 juta

Reply

22 Mohd Zulkifli Shafie June 20, 2012 at 2:27 am

Wslm Akhi Ikram,

Untuk kekalkan status dealer, kena ada belian dlm masa 6 bulan tak kira berapa amaun sekali pun. Tak ada target utk jualan.

Kalau customer nak emas RM1 juta, kita place order, lepas tu dia buat payment terus ke akaun Public Gold dan collect emas tu direct dari Public Gold. Ada stock dlm RM20k pun dah boleh jalankan bisnes emas. Tapi kombinasi stok yang kita beli tu kena betul utk memudahkab urusan bisnes.

Wallahu a’lam.

Reply

23 Anonymous June 29, 2012 at 1:37 pm

Assalam Akhi, apa yang dimaksudkan dengan kombinasi stok?

Reply

24 Mohd Zulkifli Shafie June 29, 2012 at 9:47 pm

Kalau untuk pelabur biasa yang nak convert saving kepada emas, beli semua syiling 1 Dinar. Kalau untuk berniaga emas, kena pelbagaikan stok. Mungkin 10k beli Dinar, gold bar 10g 2 keping, gold bar 20g sekeping, i-series 10g seutas, silver bar 100g 2 keping, dan 5 keping 10 Dirham.

Kombinasi stok ni penting untuk memudahkan urusan jual beli nanti. Bila ada orang nak beli, lock harga utk dia. Kemudian bagi stok ditangan tu kepada pembeli. Bila ada masa baru ambik stok di PG utk replace stok yang kita tolak pada customer tu.

Wallahu a’lam.

Reply

25 Anonymous July 6, 2012 at 3:42 am

email saya bro kawiezza@gmail.com tentang emas ehe

Reply

26 Mohd Zulkifli Shafie July 9, 2012 at 2:59 am

Tuan, saya syorkan tuan download jer eBook “5 Minit Review Tentang Emas”. Klik bahagian atas sebelah kanan blog ni. InsyaAllah, tuan akan cepat faham tentang pelaburan emas.

Wallahu a’lam.

Reply

27 Anonymous November 11, 2012 at 7:54 am

Assalamualaikum En Zul..
Sya ingin memajakkn barang kemas sya ke ArRahnu untuk djadikan modal, tetapi baru2 ini sya ada trbaca bahawa emas yg mmpunyai salutan putih tidak diterima untuk pajakkn. Apa pandangn En Zul?

-Pn Ana-

Reply

28 Mohd Zulkifli Shafie November 12, 2012 at 7:48 am

Wslm Pn. Ana,

Yang saya tahu, emas yang tiada campuran jer boleh dipajak. Barang kemas yang ada barang permata atau apa sahaja perhiasan tak diterima untuk pajakan sebab ia tak boleh diuji ketulenannya.

Wallahu a’lam.

Reply

29 Anas Haikal November 12, 2012 at 7:24 am

Assalam En. Zul,

Saya cadang nak keluarkan duit yang ada dalam ASB, lebih kurang 22k (anggaran sendiri selepas dpt dividen nanti)untuk beli emas. Saya belum ada cadangan nak bisnes emas, nak simpan saja dulu. Apa cara terbaik untuk saya menyimpan nilai 20k saya dan bagaimana kalau tiba-tiba tahun depan, saya perlukan sedikit duit untuk perkara yang tidak dijangka?

Reply

30 Mohd Zulkifli Shafie November 12, 2012 at 7:52 am

Wslm En. Anas,

Saya syorkan beli emas dengan duit yang tak digunakan dalam masa setahun. Duit untuk emergency, kena ketepikan sebab kalau emergency, kita tak perlu susah-susah jual emas.

Kalau duit emergency tu nak digunakan untuk beli emas juga, kena bersiap sedia tanggung sedikit kerugian in case harga emas belum lepas harga beli. Tapi kalau nak guna duit untuk sementara waktu, tak perlu jual. Boleh pajak jer emas tu sekadar yang perlu.

Wallahu a’lam.

Reply

31 Anas Haikal November 14, 2012 at 9:27 am

Kalau saya guna semua duit tu untuk beli barang kemas public gold okay tak? Ada masalah tak kalau saya nak pajak bila ada keperluan mendesak yang tidak dijangka?

Reply

32 Mohd Zulkifli Shafie November 16, 2012 at 8:16 am

En. Anas,

Kelebihan barang kemas i-series Public Gold ialah spread dia rendah i.e. 10% berbanding barang kemas lain i.e. 25%. Dan paling bagus, ia mudah dipajak sebab semua Ar-Rahnu terima barang kemas. Kekurangan dia ialah spread di tinggi berbanding Dinar dan Gold bar.

Kalau nak pajak sebab keperluan mendesak, pastikan En Anas ada plan yang betul untuk tebus balik emas tu. Kalau guna duit tu untuk perbelanjaan hangus, jangan pajak. Terus jual jer emas tu.

Wallahu a’lam.

Reply

33 mie September 6, 2013 at 9:43 am

Salam..sejak ada ilmu ckit psl emas ni,
sy dh mula simpan emas..sy beli masa harga emas jatuh
pd bln 6 lps..sy kira2 purata harga emas yg sy ada dgn harga
emas skrg dh dpt untung RM8++. Terdetik jgk nk jd dealer sbb
sy tau jd dealer byk kelebihan..byk untung..tp ada beberapa
masalah..
1) xpandai berblog – xde promosi
2) xberapa cerdik – mne ada org yg nk percye kt kita kn?

Klu sy jd dealer tanpa ada jual beli dr client..adakah kelebihan
1-2% akan terhapus?..

* rasanya sy akn terus kumpul emas utk diri sendiri je..

Reply

34 Mohd Zulkifli Shafie September 6, 2013 at 5:32 pm

Wslm En Mie,

Alhamdulillah.

Bagus jadi dealer. Jadi dealer ni tak semestinya kena berniaga. Paling penting dapat rebat 1.0% setiap kali beli, dan 0.5% setiap kali jual. Ia dapat rendahkan spread.

Dulu saya jadi dealer utk simpan sendiri jer. Tapi dalam tak sedar, ia jado bisnes.

1. Tak pandai, boleh belajar. Buat bisnes Public Gold paling mudah & cepat – pakai facebook. Blog agak ambil masa. Tapi facebook cepat dapat hasil. Saya boleh ajar kalau En Mie jadi dealer nanti.

2. Kita adalah apa yang kita fikir. Fikirkan apa yang baik, insyaAllah ia akan jadi kenyataan. Allah itu pada sangkaan kita padaNya. Dia bagi setiap orang ada kelebihan masing-masing. Tak ada orang yamg perfect. Orang berjaya ialah orang yang memanfaatkan kelebihan yang Tuhan bagi padanya.

Wallahu a’lam.

Reply

35 Rospawan February 28, 2014 at 4:24 pm

Salam en.Zul,
Maaf nak mencelah,merujuk jwp.tn.pasal Facebook. Saya rasa ramai yg tidak selesa atau tidak suka apabila kita guna FB utk promote brg. Byk kali saya baca keluhan di FB ttg ni..apa komen tuan..tk.wassalam.

Reply

36 Mohd Zulkifli Shafie February 28, 2014 at 8:36 pm

Wslm Pn. Rospawan,

Betul, saya setuju. Saya pun tak suka kalau orang dok promote barang dekat facebook, tapi saya suka kalau dia bagi tips2 berguna untuk kawan-kawan. Kalau dia ejen takaful, pastinya dia lebih pakar tentang takaful dan boleh bagi tips2 tentang takaful. Kalau dia ejen produk kesihatan, mungkin dia boleh bagi tips kesihatan yang betul.

Dalam dunia bisnes, jangan jadi salesman. Tapi jadilah sahabat yang inginkan kebaikan kepada sahabat yang lain. Kalau niat kita macam tu, insyaAllah orang akan selesa dengan kita. Kalau kita jadi salesman, memang orang akan lari. Tapi kalau kita jadi seorang sahabat yang baik, insyaAllah orang akan cari.

Wallahu a’lam.

Reply

37 Rospawan February 28, 2014 at 10:43 pm

Terima kasih atas respon..insyaAllah.. satu pencerahan yg mantap.

Reply

38 Safwan April 26, 2017 at 2:00 pm

Assalamualaikum, saya nak tanya macam mana nak jadi dealer emas ni? Saya berminat

Reply

39 Mohd Zulkifli Shafie May 1, 2017 at 6:13 pm

Wslm En. Safwan,

Beli emas Public Gold RM30k, automatik jadi dealer Public Gold.

En. Safwan boleh wassap saya 019-336 8009 untuk panduan.

Reply

Leave a Comment

Previous post:

Next post: