[Kemaskini 7 Ogos 2024]
Harga emas jatuh agak banyak dalam masa seminggu ni.
Bulan November, harga tertinggi 1 Dinar Public Gold (PG) ialah RM820 (RM192 segram). Tapi pagi tadi, harga terendah RM715 (RM168 segram)! Penurunan sebanyak 13%! MasyaAllah, banyak tu...
Bagi penyimpan emas baru, pastinya rasa panik. Takut harga dah tak naik-naik dah.
Tapi bagi penyimpan emas berilmu, peluang gandakan keuntungan datang lagi! Mereka ‘bersorak’ dan memborong ramai-ramai.
Kejatuhan Bersifat Sementara
Kenapa mereka seronok bila harga jatuh?
Bagi penyimpan emas berilmu, mereka kejatuhan begini biasanya sekejap sahaja. Mungkin 3 - 6 bulan.
Maksudnya, kalau beli pada harga sekarang, mereka boleh buat keuntungan lebih cepat sebagaimana teknik yang saya kongsikan sebelum ini.
- Sila baca : Harga Emas Jatuh, Apa Nak Buat?
Sebagaimana yang saya pernah tulis sebelum ni, pada asasnya, harga emas tak sepatutnya jatuh pada masa sekarang. Mana-mana pakar analisis harga emas pun mesti setuju dengan statement ni.
Belum ada faktor yang menyokong harga emas untuk jatuh secara kekal. Yang paling banyak ialah faktor yang menyokong harga emas naik jauh lebih tinggi daripada sekarang iaitu krisis hutang negara-negara Eropah, krisis hutang US, penyusutan nilai dolar yang teruk dimana kuasa beli US Dollar telah susut 90% sejak 1971.
Saya ulang sekali lagi, US Dollar telah susut sebanyak 90%!
Harga Emas Tak Sepatutnya Turun
Berdasarkan sejarah matawang, penyusutan teruk matawang Dollar Amerika dan krisis hutang negara-negara besar ialah petanda besar sistem wang fiat (kertas) akan runtuh. Bahkan menurut Sheikh Imran Nazar Hosein, ia pasti runtuh!
Bila duit kertas runtuh, yang hanya akan bernilai cuma emas, perak, tanah pertanian dan barang makanan. Semua aset kertas yang lain termasuk saham, unit amanah, bond bahkan simpanan tunai seperti Tabung Haji dan ASB akan jatuh tergolek.
Persoalannya, apa kaitan matawang Dollar Amerika dengan kita?
Dollar Amerika adalah matawang yang digunakan untuk dagangan antarabangsa. Boleh dikatakan semua duit kertas yang digunakan oleh negara-negara dunia adalah duit terbitan Dollar Amerikasebab duit mereka hanya laku diperingkat antarabangsa bila ditukar kepada Dollar Amerika.
Jadi, bila Dollar Amerika runtuh, dunia akan hilang keyakinan kepada sistem duit kertas dan seluruh sistem matawang pun turut sama runtuh!
Bonus Untuk Pelabur Emas
Apa faktor harga emas jatuh mendadak minggu ni?
Antara faktor utama ialah pelabur beralih dari matawang Euro yang tengah nazak disebabkan krisis hutang (yang menemui jalan buntu) kepada US Dollar buat sementara waktu!
European Union (EU) Summit yang berakhir Sabtu lepas i.e. 10 Disember 2011 gagal mencapai kata sepakat untuk selesaikan masalah hutang.
Bila dunia beralih dari Euro kepada Dollar Amerika, nilai dollar akan melambung dan harga emas akan turun berkadar terus dengan kenaikan US Dollar. Pergerakan harga emas dan Dollar Amerika bersifat terbalik.
Jadi, bagi saya, ini adalah BONUS bagi pelabur emas dan perak untuk selamatkan kekayaan mereka kepada emas!
Sesiapa borong emas masa ni, mereka boleh memanfaat kejatuhan harga emas ni untuk menambahkan keuntungan... InsyaAllah.
Wallahu ‘alam.
Zulkifli
Damansara Damai
15 Disember 2011
20 Muharram 1433
CATATAN 12 DISEMBER 2013 :
TUKAR KEKAYAAN KEPADA ASET FIZIKAL
Saya baru sahaja hadir seminar tentang bencana kewangan yang bakal berlaku seawal 2012.
Berdasarkan input saya dapat semasa Conference di UIA, Sabtu (11 Disember 2011) bertajuk "Will The World Economy Take Its Greatest Plunge in 2012?", saya lebih risau untuk membiarkan duit terbiar dalam bentuk tunai tanpa ditukar kepada tangible aset (aset fizikal) seperti emas, perak, tanah dan hartanah.
Seminar ini telah disampaikan oleh Sheikh Imran Nazar Hosein dan Prof Dr. Ahamed Kameel Mydin.
Cara paling pantas fahami pelaburan emas:
CATATAN 7 OGOS 2024 :
TAK PERLU SERABUT KEPALA IKUTI BERITA EMAS
- Bagi penyimpan emas (Gold Saver), tak perlu pening dengan berita-berita emas begini. Asalkan beli emas untuk simpanan jangka panjang sekurang-kurangnya 2 tahun ke atas, tak perlu bimbang tentang harga.
- Harga emas hari ini confirm lebih murah berbanding beberapa tahun akan datang.
- Dalam jangka pendek, harga emas memang ada turun naik yang dirangsang oleh berita-berita ekonomi begini, khususnya di Amerika dan Eropah.
- Dalam jangka panjang, harga emas confirm akan naik dalam jangka panjang disebabkan faktor inflasi dan risiko kejatuhan ringgit. Ini dua risiko yang melekat dengan sistem duit kertas (wang fiat) itu sendiri.
berkunjung
Selamat berkunjung ke sini Sakty. TQ.
[…] Harga Emas Jatuh, Rugi atau Rezeki? […]