MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Mencari Bisnes Paling Serasi?

September 29, 2011

Bisnes serasi

Memang betul, keserasian tu penting untuk kita maju dan bertahan lama dalam bisnes. Cuma kekadang orang salah faham apa itu “keserasian”. 

Salah Faham Tentang “Keserasian”

Keserasian bukan segala-galanya bermaksud buat apa yang kita suka.

Suka duduk rumah... Suka tengok TV... Suka duduk saja dan sebagainya. Sebab dalam bisnes, kita terpaksa buat banyak perkara yang mungkin kita tak serasi pada permulaannya. 

Kekadang bukan mudah nak cari bisnes yang kita serasi. Tapi lebih mudah untuk serasikan diri dengan bisnes.

Untuk jadi serasi dengan bisnes, perkara paling asas ialah kita kena anggap bisnes sebagai medium untuk menyebar luaskan lagi rahmat Tuhan (kepada lebih ramai manusia). Dan anggaplah bisnes sebagai medan memperbaiki diri.

Kalau kita fikir begini, insyaAllah, kita akan serasi dengan banyak jenis bisnes.

Asalkan ada lubang buat duit, dan ia juga ruang untuk kita menjadikan hidup orang lain lebih baik, buat lah bisnes tu. InsyaAllah, kita tak akan bosan. 

Mudah Serasi Bila Ada Mindset Yang Betul

Sebabnya, buat bisnes ni tak selalunya untung. Kekadang ada juga cuma balik modal, bahkan ada juga rugi. Orang bisnes tentunya faham benda ni.

Tapi bila kita niat nak permudahkan hidup orang, nak berukhuwwah dan sebagainya, kita tak kisah untung rugi. Kepuasan sebenar ialah bila kita dapat mempermudahkan hidup orang lain.

Bila Tuhan suka, orang pun suka, untung rugi tak perlu kita risaukan lagi. Duit tu akan datang sendiri, insyaAllah.

Bisnes ni kita akan cepat bosan kalau kita hanya fikir duit jer. Saya consult terlalu ramai ‘stranger’ (orang yang saya tak kenal) tentang emas dan untungnya pun belum tentu. Ada yang tanya ikut email, ikut blog, sms, call dsb tapi belum tentu dia beli emas dengan saya.

Tapi bila saya fikir nak jadikan hidup orang lain lebih baik, saya jadi puas. Apa sahaja ruang untuk jadikan hidup orang lebih baik, saya mudah serasi

Walaupun begitu, bukanlah sampai membenarkan diri sampai diperkudakan oleh orang lain... 

Cari Yang Serasi, Atau Serasikan Diri?

Yang saya cukup tak serasi ialah dengan bisnes yang ambik kesempatan atas orang.

Skim-skim bisnes, skim pelaburan yang tawarkan mudah dengan mudah memang saya tak serasi sebab saya nampak kat situ ada penganyayaan pada orang lain. 

Memang boleh buat duit, tapi duit tu akan membuatkan jiwa kita kacau bilau!

MLM yang bergerak macam skim cepat kaya, skim pelaburan yang entah apa-apa, itu semua tak serasi dengan jiwa saya.

Kalau nak cari bisnes yang paling serasi, bagi saya carilah bisnes yang dekat dengan hidup kita.

Contohnya, kami suka makan biskut sugee, jadi isteri saya (Najdah) buat dan jual biskut sugee.

Kami melabur dalam emas, jadi kami 'jual' emas.

Kami sangat prihatin pasal kesihatan, jadi kami jual produk kesihatan berkualiti tinggi dengan money-back guarantee.

Saya beli ebook dan betul-betul dapat manfaat dari ebook tu, jadi saya join affiliate dan recommend orang lain beli juga ebook tu.  

Cari Bisnes Yang Dekat Dengan Kita

Maksudnya, setiap apa yang saya recommend pada orang lain ialah apa yang saya suka untuk saya sendiri. Biar mereka pun dapat manfaat sama macam kami. Ia bukan semata-mata nak dapat untung.

Kalau benda tu tak menguntungkan customer, saya tak akan jual dan tak akan sekali-kali recommend pada orang lain.

Kata Nabi, kita tak cukup beriman sehinggalah kita suka untuk orang lain macam suka untuk diri kita sendiri.

Jadi agak-agaknya, apa taraf iman kita kalau kita recommend produk yang kita sendiri pun tak suka? Dibimbingi dia tak tak cukup beriman...

Wallahu ‘alam...

Pokoknya, carilah bisnes yang kita serasi tapi ia bukan mudah. Paling mudah ialah kita serasikan diri dengan bisnes kata Chef Li (penulis buku "Jutawan Senyap").

Wallahu ‘alam...

Zulkifli
Damansara Heights
7 September 2011
9 Syawal 1432

Kesimpulan:

  • Serasikan diri dengan bisnes lebih mudah daripada mencari bisnes yang kita serasi.
  • Bila kita pasang niat untuk mempermudahkan hidup orang lain dan memperbaiki diri, kita akan mudah dapat bisnes yang serasi.
  • Bila nak syorkan produk pada orang lain, pastikan produk tu nanti bakal menjadikan hidup mereka lebih baik, bukan kerana kita nak dapat duit.
  • Dalam bisnes, pastinya kita terpaksa buat banyak perkara yang kita mungkin kurang serasi pada permulaannya seperti kena hadir perjumpaan bisnes berkala, jumpa orang, hadapi kerenah orang dsb. Tapi bila kita buat, buat dan buat, lama-lama kita akan serasi, insyaAllah.

Artikel berkaitan:

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

  • Assalam,
    perkongsian yang bermakna.
    saya juga setuju dengan cara Tuan kerana saya berfikir yang sama.
    I have bookmarked your website.
    Keep on writing and sharing.
    Jazakallah.
    Success be with you hereafter.Ameen.

  • {"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
    >