MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Buat Bisnes Dulu Baru Melabur

November 16, 2010

[Kemaskini Disember 2022]

Bila saya mula menulis tentang "pelaburan emas", banyak sahabat pembaca tanya saya cara gandakan kekayaan melalui pelaburan emas.

Mereka nak cari apakah pelaburan yang paling menguntungkan.

Bahkan kalau boleh, mereka nakkan "income bulanan" hasil daripada pelaburan emas.

Daripada soalan-soalan yang diajukan, saya dapat rasakan 'expectation' mereka tentang "pelaburan" terlalu tinggi. Seolah-olah "pelaburan" dapat bantu gandakan kekayaan mereka dengan cepat dan selesaikan segala masalah kewangan dalam waktu yang singkat.

Bukan Tempat Terbaik Cari "Duit Lebih"

Sebenarnya itulah juga yang saya fikir tentang "pelaburan" satu ketika dahulu.

Saya nakkan pelaburan yang paling untung. Kalau boleh modal paling kecil, risiko paling rendah, tapi boleh bagi keuntungan yang berganda-ganda!

Tapi setelah saya baca buku-buku yang ditulis oleh guru-guru kewangan seperti Azizi Ali, Robert T. Kiyosaki dan Chef Li, barulah saya sedar... "Pelaburan" bukanlah tempat terbaik untuk siapa yang nak cari "duit lebih".

Pelaburan sebenarnya untuk mereka (yang sudah kaya) yang ada "duit lebih". Bukan untuk siapa (yang tak kaya) masih mencari-cari "duit lebih".

Kalau nak cari "duit lebih", cara terbaik ialah buat bisnes. Buat bisnes kecil-kecilan secara sambilan pun tak apa. Yang penting ianya berhasil.

Pelaburan Paling Untung

Daripada pembacaan saya, tidak ada mana-mana pelaburan yang dapat mengatasi keuntungan bisnes.

Untung 20% setahun dalam PELABURAN sudah dianggap luar biasa. Tapi untung 200% setahun dalam BISNES dianggap biasa-biasa sahaja. Bahkan ia bukanlah sesuatu yang mengujakan dalam bisnes.

Ini kerana, kita boleh gandakan kekayaan sebanyak 2,000% bahkan 20,000% setahun dalam bisnes. Khususnya mereka yang buat bisnes secara kecil-kecilan dan tahu cara 'rolling' duit mereka dengan baik.

Jadi untuk siapa yang duit simpanan pun tak berapa ada, dan masih berbelit-belit lagi dengan masalah kewangan, itu belum waktunya untuk melabur.

Fokus cari duit dan cukupkan simpanan dulu. Bila jumlah simpanan sudah lebih 6 - 12 bulan gaji, itulah waktunya untuk kita mula melabur menggunakan "duit lebih".

Kenapa Saya Beli Emas?

Jujurnya, saya beli emas bukan sebab nak buat keuntungan yang berganda-ganda daripada "pelaburan emas".

Saya beli emas sebab saya ada "duit lebih" yang saya simpan dalam akaun Tabung Haji.

Daripada duit itu tak bergerak untuk 'rolling' dalam bisnes (yang saya jalankan secara sambilan) dan dimakan inflasi dari tahun ke tahun, saya fikir lebih baik saya tukarkan kepada emas.

Itu benar-benar duit lebihan yang saya tak fikir akan gunakannya dalam waktu terdekat (setahun).

Dengan kata lain, itu duit simpanan saya untuk jangka panjang.

Saya tak kisah pun tentang keuntungan dalam pelaburan tersebut, sebab saya dapat jana keuntungan yang jauh lebih besar daripada bisnes sambilan saya.

Untung Bisnes vs Pelaburan

Waktu saya mulakan bisnes secara sambilan suatu ketika dahulu, saya keluarkan RM400 sebagai modal pusingan bisnes.

Saya jadi ejen beberapa produk direct selling. Saya jual produk yang memang kami sekeluarga gunakan dan kami berpuas hati dengan produk-produk tersebut.

Ketika itu saya fikir, alang-alang kami sudah jadi pengguna tegar produk tersebut, lebih baik kami ambil satu langkah ke depan, iaitu bantu orang lain dapat manfaat yang sama.

Kami cuma kongsikan pengalaman kami menggunakan produk-produk tersebut dengan ahli keluarga dan kenalan-kenalan terdekat sahaja dulu pada peringkat permulaan.

Bila ada orang order barang, saya guna duit modal untuk beli produk dan hantar pada pelanggan.

Modal RM400 Menjadi RM7,000

Dapat untung, saya simpan.

Dapat untung lagi, saya simpan lagi, lagi dan lagi. Hinggakan sampai satu tahap, jumlah simpanan hasil bisnes secara sambilan yang bermodalkan RM400 tersebut mencecah RM7,000!

Dengan kata lain, duit modal asal saya sudah berkembang sebanyak 17.5 kali ganda ataupun 1,750%!

Kalaulah saya cuma letakkan RM400 itu dalam ASB atau Tabung Haji, pulanganya cuma sekitar 5% (RM20) sahaja.

Setelah setahun, duit modal tersebut cuma berkembang menjadi RM420 (RM400 + dividen 5%).

Jadi daripada pengalaman tersebut, barulah saya faham kenapa guru-guru kewangan beritahu, tidak ada mana-mana pelaburan yang boleh mengatasi keuntungan bisnes.

"Untung 20% dalam pelaburan sudah dianggap luar biasa. Tetapi untung 200% dalam bisnes adalah biasa-biasa sahaja."

Maksud "Duit Lebihan"

Bagi yang sedang membina kekayaan seperti saya, daripada saya sibuk melabur (dalam keadaan kewangan yang belum lagi bersedia), lebih baik teroka peluang-peluang jana keuntungan melalui bisnes dulu.

Bila sudah ada "duit lebih", barulah kembangkan kekayaan melalui pelaburan.

Bagi siapa yang cuma bergantung pendapatan makan gaji, "duit lebih" yang dimaksudkan ialah sudah mempunyai simpanan melebihi jumlah 6 bulan gaji.

Bagi siapa yang buat bisnes, "duit lebih" maksudnya jumlah simpanan sudah melebihi modal pusingan bisnes kita.

Saya beli emas sebab duit tersebut tidak lagi diperlukan untuk rolling dalam bisnes. Daripada terbiar dimakan inflasi, lebih baik saya beli emas.

Duit simpanan peribadi, saya biarkan simpanan kecemasan berjumlah 3 bulan gaji dalam Tabung Haji. Selebihnya saya beli emas sebagai "forgotten saving".

Beli Emas, Miliki Hartanah

Bila sudah capai target simpanan emas, selebihnya saya akan laburkan dalam hartanah.

Beli rumah-rumah pelaburan yang boleh memberikan "cashflow positif" atau mempunyai potensi kenaikan harga yang baik pada masa depan, insyaAllah.

Menurut Chef Li (penulis buku "Jutawan Senyap"), memang itulah cara yang diamalkan oleh jutawan-jutawan senyap.

Mereka buat duit yang banyak melalui bisnes. Bila keuntungan bisnes sudah 'berlebihan', mereka laburkan kekayaan mereka dalam aset-aset fizikal (seperti emas dan hartanah) dan membiarkan harta mereka berkembang dalam jangka panjang.

Kalau ada duit sedikit, boleh beli emas. Kalau banyak, boleh beli hartanah.

Mereka beli rumah atau lot-lot kedai untuk disewakan, dan beli tanah yang boleh mendatangkan hasil.

Kumpul Harta Untuk Bersara

Kalaupun melabur dalam saham, mereka beli untuk pelaburan jangka panjang. Bukannya beli hari ini, minggu depan nak jual (untuk dapat untung segera)!

Pelaburan bagi mereka bukanlah untuk dapatkan keuntungan segera. Sebaliknya mereka buat duit yang banyak dengan cara berbisnes dulu sebelum melabur...

Ketika jumlah harta yang mereka laburkan dapat menjana pendapatan pasif yang besar dan konsisten, ketika itu mereka ada pilihan untuk bersara.

Mungkin mereka akan jual bisnes mereka dan hidup sebagai pelabur sepenuh masa sepertimana "Investor" yang maksudkan Robert T. Kiyosaki di dalam bukunya bertajuk "Rich Dad Poor Dad".

Allahu a'lam.

Zulkifli
Damansara Damai
15 November 2010
9 Dzulhijjah 1431H

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

  • assalamualaikum,, saya ade terdengar dari kawan kawan saya yang berbangsa cina mengenai mereka yang sudah berjaya dengan mengikuti nasihat2 daripada buku rich dad poor dad, mereka dah dapatkan saya versi English dari internet,, soalan saya,, buku ni boleh dapatkan dalam bahasa melayu ke ?

    terima kasih.

  • askm,
    saya ingin memulakan bisnes iaitu dengan mmbt button badge tetapi msh ragu-ragu samada sy akan berjaya atau x. blh en mohd zul berikan pendapat?

    • Wslm Puan Rahimah,

      Boleh saya tahu, adakah puan pernah buat apa-apa bisnes sebelum ni? Sebenarnya, kita tak tahu rezeki kita di mana. Asalkan bisnes tu halal, dibuat utk membantu menjadikan hidup orang lain lebih baik dengan produk & servis yang puan tawarkan, puan mempunyai minat & perancangan yang baik, bagi saya mulakan jer bisnes tu.

      Kalau puan baru pertama kali memulakan bisnes, insyaAllah bisnes pertama tu akan membuka mata kepada banyak lagi peluang-peluang bisnes lain dan pastinya puan akan jumpa 1 bisnes yang paling serasi dengan puan. InsyaAllah.

      Wallahu a’lam.

  • Assalammualaikum.

    Cukup menarik artikel dan tips yang diberikan.

    Saya sebenarnya telah mendapat khidmat team Cikgu Eddy Rosyadi untuk tahu potensi diri dari tarikh lahir saya. Saya dinasihatkan untuk menceburi bidang pelaburan emas so saya pun google!! Ternampak blog Tuan…jadi saya pun klik….

    Tak sangka….kemushkilan saya telah terjawab oleh Tuan di dalam artikel2 memgenai pelaburan emas. Sekarang saya dan suami sedang berjinak-jinak memulakan perniagaan dulu…. berbisnes sebelum melabur….

    Terima kasih saya ucapkan…..saya masih perlu timba ilmu sebelum saya ambil keputusan samada untuk ceburi bidang pelaburan emas.

    In Syaa Allah…..terima kasih sekali lagi.

    • Wslm Puam Juriana,

      Alhamdulillah. Puji-pujian bagi Allah. Terima kasih berziarah ke blog saya. Moga ianya bermanfaat, insyaAllah. Kalau perlukan consultation dari saya tentang pelaburan emas, boleh contact saya bila-bila masa 019-336 8009 (call / sms / wassap). InsyaAllah saya boleh guide setakat apa yang saya tahu.

    • Saya tak dapat jawab persoalan tu sebab telalu umum. En. Ahmad boleh baca artikel-artikel dalam blog ni semua persoalan tu. Kesimpulannya tak ada jalan short cut sebab saya pun ikut jalan long cut untuk berjaya.

      Wallahu a’lam.

  • Tuan yang bijaksana..

    Saya mohon bantuan khidmat nasihat ttg business ape yg paling sesuai dgn saya.
    bolehkah tuan suggestkan potensi perniagaan yg perlu sy jalankan melalui tarikh lahir?.. sy lahir pada 29/12/1982.

    Saya mahir menjahit dan membuat jualan kain2 pasang. Saya ade skill memikat customer dengan mudah…cume ia seperti sukar utk bergerak kerana saya terikat dengan kerja tetap.

    • Puan Rossilah,

      Saya tak pasti bisnes apa yang terbaik untuk puan. Bisnes ni taklah sesusah apa yang orang fikir. Buat apapun mula-mula mesti susah. Masa mula-mula belajar kereta dulu pun rasa susah. Kereta tergesel, terlupa angkat hand break, masuk gear tak tekan clutch, itu kesilapan biasa orang baru belajar bawa kereta. Jadi bisnes pun macam tu.

      Tak pandai, kita boleh belajar. Tak tahu, kita boleh bertanya. Tak mahir, kita boleh praktis sampai mahir. Tapi kalau tak mahu mencuba dan mencabar diri, memang tak boleh buat apalah.

      Cabaran seperti tak tahu buat jualan, sibuk, susah bergerak, itu cabaran biasa jer tu. Saya tak pernah jumpa orang berjaya yang tak ada masalah. Start bisnes, terus meletup-letup dan tak pernah buat silap. Itu memang mustahil. Anggaplah bisnes sebagai proses mendidik diri kita jadi orang yang lebih baik.

      Untuk memulakan bisnes sendiri, saya syorkan puan baca panduan yang saya tulis dalam artikel di link http://www.mohdzulkifli.com/2013/02/4-langkah-mudah-memulakan-bisnes-sendiri.html . Mungkin ia boleh membantu puan, insyaAllah.

  • Cetusan yg sangat bermanfaat. Moga diberi ilham berterusan untuk membantu insan lain seperti saya.

  • Assalammualaikum…
    Sy nk mintak pandangan dan nasihat bernas dari encik tentang langkah seterusnya yang harus sy lakukan. sy cerita sedikit perjalanan cerita dunia bisnes yang sy lalui selama 3 tahun ni.

    Sy bermula dengan berniage secara kecil-kecilan menjual tudung yg mana sy membeli secara borong dan menjual secara langsung dgn kwn opis dan sape sahaje yg sy jumpe. dlm stngah tahun pertame sy memberanikan diri berniaga di tapak bazar ramadan dengan brmulakn hampir 10k sahaja. pada mule sy tertekan dengan keadaan dan perniagaan sy kerana kurang mendapat sambutan..tp stok byk..tp sy berusaha untuk habiskan stok walaupun perlu mase…selepas itu sy masih mengambil stok dan menjual secara direct… akhirnye sy lihat customer da mule ade n bertanye tentang tudung walaupun sy tidak lg mengambil stok.. di situ sy mule bersemangat dan berazam untuk mempertingkatkan lagi bisnes sy..tahun kedua sy berniage lg dibazar tp kali ni sambutan Alhamdulillah cume stok sy jek x byk..
    dan tahun 3 ni sy mule menjahit sendiri tudung dan mempunyai tagging n branding sendiri..tetapi masalah sy skrg sy tidak mempunyai pekerja… dan sy berkerja…pengeluaran tudung sy terhad..modal juga terhad..kadang2 sy mcm terlalu penat dan ade mase sy sperti patah semangat kerana melihat bayak pengeluar tudung di waktu sekarang..

    boleh x sy nk dapatkan nasihat… langkah dan ape yang harus sy lalukan untuk meningkatkn semangat sy..sy mcm terhenti dan seperti hilang arah mcmane langkah seterusnye….tolong bantu sy… suggestkn sy buku atau kursus2 motivasi yang bersesuaian untuk sy rujuk tentang bisnes.

    • Wslm Pn. Nani,

      Puan kena outsource apa yang boleh dioutsource. Jangan buat sendiri semuanya. Gunakan masa orang lain dengan bayar upah pada mereka. Itu cara nak pergi lebih jauh dalam bisnes. Use other people time.

  • salam…saya nak minta pendapat sikit
    saya sudah bermula berniaga dgn membuka kedai kek dan sekarang saya perlu beli kedai yg sekarang ni…cuma yg membuatkan saya risau sbb saya terpaksa berhutang dan takut tak mampu membayar hutang setiap bulan…ada cara yg lebih mudah tak untuk saya membayar hutang setipa bulan dengan baik…

    • Wslm Pn. Yusnita,

      Mana-mana guru bisnes selalu syorkan mulakan bisnes dengan apa yang ada, tanpa hutang. Hutang bagi bisnes ok tapi bila bisnes dah maju dan nak KEMBANGKAN lagi bisnes sedia ada. Saya tak pasti apa cadangan terbaik untuk puan tapi saya secara peribadi prefer kembangkan dengan modal yang ada jer.

      Wallahu a’lam.

  • Assalam.. abg zul.
    Sy tercari2 bisnes. Ilmu xde. Ape perlu sy buat untuk gandakan duit sy dlm masa 1thn ni? Hutang skrg loan dgn aeon. Hjt nk cr jln gandakan duit. Ini last cr yg sy th untuk pinjam. Xsuka pinjam tp seme perkara perlu modal. Bole tak tlg sy, cne nk wat tuk dptkn 5k dr duit 10k yg sy akn dpt ni? Dlm masa 6bln klu boleh. Terima kasih.

  • Assalamualaikum…sy terjumpa blog tuan sambil google cari ilmu dlm pelaburan emas. Sy tertarik dgn penerangan yg jelas dr tuan tentang bgaimna bleh membeli sedikit emas stp bulan dgn 100 atau 200 sebulan. Bolehkan sy dptkan khdmat nasihat tuan selain dr di ruangan ini

  • Assalamualaikum tuan,

    mcm mn kita nk mencari mentor yg dpt membimbing kita dlm bisnes
    saya telah memulakn bisnes dgn menjadi agen tapi duit simpanan tidak dapat disimpan melalui untung jualan produk tersebut.

    saya akui saya boleh berbisnes dan bnyk strategi bisnes saya jlnkn tetapi simpnn tetap tidak boleh konsisten setiap bulan.

    harap bantuan dari pihak tuan

    terima kasih

    • Wslm Pn. Sharini,

      Kena banyak membaca buku-buku kewangan. Kalau orang berniaga, saya syorkan baca buku Chef Li bertajuk Petunjuk Jalan Kakayaan. Buku tu ada menceritakan pengurusan kewangan bisnes.

  • {"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
    >