Bulan Mei tahun 2010 kena denggi. Bulan Mei 2011 ni kena batuk kronik. Sakit setahun sekali. Itulah rekod kesihatan saya dengan doktor di Klinik Idzham Damansara Damai. Datang klinik cuma setahun sekali.
Lepas sehari dua batuk, saya terus telan suplemen herba echinacea. Uh, tak baik-baik. Biasanya, kalau mula rasa nak demam, sakit tekak, herba echinacea memang cepat baik. Hari ni telan, esok insyaAllah terus baik. Tak perlu lagi ke klinik.
Herba Echinacea Pun Tak Jalan
Tapi kali ni lain macam sikit. Saya terpaksa ke klinik, dapatkan MC, dan makan ubat-ubat doktor termasuk antibiotik yang biasanya jadi pilihan terakhir saya. Seminggu makan ubat, masih tak baik-baik. Bukan batuk biasa-biasa, tapi sampai rasa sesak nafas, nafas rasa semput, sakit dan ketat dada, sampai nak batuk pun rasa takut sebab terlalu sakit.
Tidur malam tak lena sebab batuk sepanjang malam. Tak larat pergi meludah dekat sinki sampaikan terpaksa letak mangkuk di sebelah. Nak batuk, terpaksa bongkokkan badan macam nak rukuk sambil pegang rusuk sebab rasa sakit dekat tulang rusuk.
Minggu kedua, pergi klinik lagi. Doktor bagi MC, dan tukar ubat lain. Bagi antibiotik yang lagi power. Makan seminggu, masih sama. Tak berkurang sikit pun batuk dan sakit dada. Bukan batuk sebab gatal tekak, tapi rasa paru-paru macam dah berair. Batuk sebab nak keluarkan ‘lendir’ dari paru-paru.
Ubat Doktor Pun Tak Jalan
Habis ubat doktor saya makan selama 2 minggu. Tapi masih tak baik-baik. Doktor pun tak tahu apa jenis batuk yang saya kena. Doktor kata mungkin sebab jerebu. Dia bagi saya sedut inhealer. Last sekali, doktor cakap mungkin saya kena Bronkitis. Aduh…
Ubat doktor tak jalan. Last sekali, memang kena balik kepada apa yang saya belajar iaitu, sakit banyak berpunca daripada makanan. Nak rawat penyakit pun lebih baik guna makanan. Telan suplemen vitamin dan mineral yang sepatutnya kita kena ambik cukup daripada sayur, buah, susu, ayam, daging dsb yang kita makan tiap-tiap hari.
Saya buka buku-buku merawat penyakit cara semulajadi seperti Prescription for Nutritional Healing dan Nutrition is Health yang saya ada. Semua jenis penyakit yang berkaitan dengan batuk saya baca dan fahamkan, termasuk Batuk 100 hari, Batuk Kokol, Asma, Bronkitis dan Pheumonia. Batuk yang teruk boleh pergi kepada Pheumonia!
Merawat Penyakit Cara Pemakanan
Saya telan macam-macam jenis suplemen vitamin dan herba, mengikut dos yang dicadangkan dalam buku tu. Saya ikut betul-betul preskripsi untuk sakit Bronkitis dan Pheumonia. Antaranya suplemen yang saya telan ialah:
- Protein Powder
- Vitamin C
- Lecithin + Vitamin E
- Omega 3
- B Kompleks
- Bawang Putih
- Echinacea
Semua suplemen ni sangat membantu untuk recover sakit yang berkaitan paru-paru dan untuk boost immune system katanya.
Lepas seminggu, alhamdulillah, baik! Syukur. Sebulan lebih aktiviti rutin kami suami isteri terganggu disebabkan batuk. Dan masa saya berziarah rumah adik saya di Kuantan, katanya dia pun kena batuk teruk. 5 bulan baru sembuh! Oh, saya bernasib baik sebab cuma sebulan lebih.
Kasih Sayang Tuhan Dalam Musibah
Apapun, syukur sebab Tuhan bagi sakit sesekali. Sebab sakit, baru teringat nak solat hajat. Dah lama benar tak solat hajat. Seolah-olah dah tak berhajat pada Tuhan. Sedangkan kita sebenarnya tiap-tiap hari berhajat pada Tuhan kata Tok Guru Nik Aziz. Ubat, suplemen tak boleh menyembuhkan sakit tanpa izin Tuhan.
Lepas sakit, baru teringat selawat dan berdoa setiap kali telan ubat dan suplemen. Sebab yang bagi sihat adalah Tuhan, bukan pil ubat dan tablet vitamin. Selama ni telan vitamin tak fikir pun Tuhan yang sembuhkan. Rasa macam vitamin tu jer yang menyembuhkan...
Bila sakit, baru teringat nak muhasabah diri. Setiap musibah, pasti ada hikmahnya. Mungkin ianya kifarah dosa. Dan masa dapat musibahlah baru nak semak balik kekurangan pada ibadah.
Bila Sakit Baru Ingat Akan Tuhan
Masa sakitlah baru beriya-ianya berdoa pada Tuhan. Dulu doa main-main jer. Seolah-olah mintak dengan Tuhan dengan cara “nak bagi-bagi, tak nak bagi sudah!”… Tapi bila sakit, “Ya Allah, bagilah aku kesembuhan penyakit ni… Tak ada sesiapa boleh sembuhkan sakit ini melainkan Engkau wahai Tuhan”….
Tapi bila sembuh…. Aduh… doa pun jadi macam dulu balik… Memang itulah yang Tuhan ingatkan berkali-kali dalam Quran tentang perangai manusia. Bila susah ingat Tuhan, bila senang dia lupakan Tuhan seolah-olah dia tak pernah meminta-minta pada Tuhan…
Memang betul pun. Senang baik, susah pun baik. Susah senang yang silih berganti rupa-rupanya cara Tuhan sayang pada kita. Tuhan bagi senang untuk kita syukur, Dia bagi susah untuk kita sabar. Senang dan susah di dunia, bukan kayu ukur kita di sisi Tuhan… tapi kayu ukur sebenar ialah macam mana kita berhadapan dengan susah ataupun senang…
Wallahu a’lam.
Zulkifli
Damansara Damai
19 Julai 2011
18 Sya’ban 132
p.s. Selain dari telan suplemen, tiap-tiap pagi saya sedut wap air panas untuk clearkan nafas dan ledir dalam paru-paru. Letak air panas suam dalam baldi, letak muka di baldi dan tutup dengan tuala atas kelapa sekali dengan baldi. Bernafaslah selama 15 – 20 minit. InsyaAllah, lendir dalam paru-paru tu akan keluar sikit-sikit.
p.p.s. Ramai pembaca contact saya personally untuk dapatkan detail tentang suplemen yang saya ambil. Terbaiknya, minta consultation dari Nutritionist tentang apakah suplemen terbaik untuk selesaikan masalah batuk kronik ni. Paling tak pun, follow senarai suplemen Nutrilite (Amway) yang saya extract dari buku Nutrition Is Health. Preskripsi inilah yang saya follow masa sakit hari tu. Boleh download di link ni (www.bit.ly/vitaminbatuk). Ia adalah preskripsi yang ditulis oleh doktor yang expert dalam nutrition berdasarkan produk yang ditawarkan oleh pengeluar suplemen no. 1 dunia, Nutrilite.
p.p.s Untuk beli produk, boleh beli dari mana-mana distributor Amway atau daripada saya mengikut Senarai Suplemen Nutrilite Untuk Batuk. Atau pun boleh pergi ke mana-mana kedai Amway (bukan Cosway), dan register jadi member (sebab hanya member sahaja boleh membeli). Contact saya 019-336 8009 untuk dapatkan nombor rujukan "introducer" sebab untuk jadi member, perlu ada introducer. Tanpa introducer, Amway tak terima sesiapa jadi member.
(kemaskini 31 Oktober 2013)
Artikel berkaitan:
Alhamdulilah..semoga saudara zul sihat kembali..saya selalu mengikuti perkembangan semasa diblog saudara..banyak informasi yg berguna..Allah amat menyayangi akan hamba hambaNya yang bersabar…
Alhamdulillah.. insyaAllah.. t.kasih “Anonymous” sbb ikuti blog saya yg tak seberapa ni.. kalau ianya bermanfaat, puji-pujian bagi Allah..
saya rasa nak menangis bila baca blog anda,krn saya sedang menghadapi mcm mana yg anda rasa(malahan lg teruk)…dah hampir 5 bulan batuk tak baik2..Doktor kata asthma,doktor pakar kerajaan bg pum inhaler, kurg la sikit..tp tak juga sembuh. doktor pakar swasta pula bg saya pakai turboinhaler dah 2 minggu pakai kurg byk tapi tak hilg2 juga batuk.saya pula tgh mengandung 8 bulan,sgt stress.
boleh saya tahu brand ape bg vitamin yg anda ambil spt dibawah:
Protein Powder
Lecithin + Vitamin E
Echinacea
Allahu akbar… Ya Allah, bagilah kesembuhan pada hambaMu yang bertanya ini.. Tiada siapa yang dapat sembuhkan penyaki melainkan Engkau wahai Tuhan Pentadbir Sekalian Alam…
Saya guna vitamin brand Nutrilite (Amway) puan. Kalau perlu bantuan saya utk dapatkan suplemen tu, boleh contact kami suami isteri. Boleh deliver keseluruh Malaysia dan kami akan bagi consultation cara pengambilan suplemen tu dengan betul, insyaAllah.
Conctact 019-336 8009 (Zul)/ 019-9272780 (Najdah).
ibu saya juga mempunyai masalah yg sama, sy berminat untuk mencuba seperti yg saudara lakukan.
Mudah-mudahan ibu tuan/puan cepat baik, insyaAllah. Ikhtiar apa yang boleh, moga Allah bagi kesembuhan, insyaAllah.
msalahan anda sama yg z rasakan jg .tp sy tak kunjung sembuh. .tiap kali k dokter.cm dkasi obat trus. .tp tiap bln kambuh lg. ..btuk n asma z. .sring kambuh. Tp z biarkan sj.z sudah mls minum obat.. .z jd ingn mencoba saran anda. .
Betul tu Z. Try nutritional healing pulak. Moga Z cepat baik, insyaAllah.
ketika ini saya sedang menderita sesak nafas. Hanya yg pernah mengalami saja tahu betapa seksanya bila penyakit ni menyerang. Saya dah mkn ubat pecah kahak, asthma & ubat batuk. Ubat2 ni tak membantu langsung.
Puan Zizie, mungkin boleh cuba nutritional healing kalau ubat doktor pun dah tak jalan. Moga ianya membantu penyembuhan penyakit puan. InsyaAllah.
slmt ptng en zul nk mnta nsht sikit,suami sy dh msuk 3bln batuk n gatal tekak dah try mcm mcm ubat dah jmpa dr tk baik baik dh plak demam /sakit badan berat bdn pun mangkin susut…bila tnya dr dr bg antibiotik utk 2mggu berkesan gak tapi pas 2mggu dtng blik demam n batuknya tention betul…any cadangan?
Wslm puan,
Saya syorkan ambil suplemen. Terbaiknya, minta consultation dari nutritionist tentang apakah suplemen terbaik untuk selesaikan masalah batuk. Paling tak pun, follow senarai suplement Nutrilite (Amway) yang saya extra dari buku Nutrition Is Health. Boleh download di link ni; http://bit.ly/ZA80bu. Ia adalah preskripsi yang ditulis oleh doktor yang expert dalam nutrition berdasarkan produk yang ditawarkan oleh pengeluar suplemen no. 1 dunia, Nutrilite.
Untuk beli produk, puan boleh beli dengan mana-mana distributor Amway atau daripada saya. Atau puan boleh pergi ke mana-mana kedai Amway (bukan Cosway), dan register jadi member (sebab hanya member sahaja bolem membeli). Contact saya 019-336 8009 sebab untuk jadi member, puan perlu ada introducer. Tanpa introducer, Amway tak terima sesiapa jadi member.
Wallahu a’lam.
Allahuakhbar sesungguhnya berkongsi ilmu adalah perkara yg trbaik dilakukan seorang hamba mudah mudahan encik zul diberi kesihatan daripada Allah S.W.T..
Ibu saya mengalami demam biasa pada mulanya tapi selang beberapa hari beliau batuk2 sehingga rasa semput saya pernah bawa ibu ke kelinik tapi hanya diberi ubat redakan bengkak (tongsel) dan ubat batuk pil tiada ubat antibiotik diberi oleh doktor tersebut.Pada pendapat encik zul apakah perlu saya belikan antibiotik utk ibu ataupun menurut en zul apa cara terbaik utk sembuhkan ibu saya..terima kasih..
Secara jujurnya, saya tak pasti cara rawatan terbaik untuk penyakit yang emak puan. Kena periksa dengan doktor. Bila doktor dah sahkan sakit apa, masa tu puan ada pilihan samada nak teruskan rawatan doktor atau rawatan alternatif. Cuma berdasarkan pembacaan & apa yang saya belajar tentang kesihatan, rawatan alternatif menggunakan “nutrition” semula lebih berkesan dan tiada kesan sampingan. Cuma kos dia lebih tinggi daripada ubat drug yang kita dapatkan dari klinik.
Wallahu a’lam.
Assalamualaikum En Zul, saya mengalami maslh lebih krg sama cuma batuk cuma 2 mgu tapi kesan batuk menyebbkn sakit dekat tulang rusuk. Mengikut dr saya mengalami radang atau otot yg cedera semasa batuk. Saya dh makan antibiotik dan pil anti radang rasa ada kurang sikit. Kalau batuk sekali-sekala sakitnya masih terasa.
Saya makan suplemen 4 life dan madu rasanya boleh membantu juga dgn izin Allah.
Solat hajat setiap mlm krn hanya Dia yg berkuasa menyembuhkn sgl penyakit. Bykkn
bersabar. Insyaallah
Wslm Kak Siti,
Terima kasih atas perkongsian pengalaman. Saya setuju ambil suplemen. 4life, Nutrilite (Amway) dan Shaklee antara yang bagus yang saya pernah dengar. Moga perkongsian akak memberi manfaat kepada ramai pembaca, insyaAllah.
saya mengalami batuk-batuk yang kadang-kadang 2 hari sekali atau 2 kali sehari,mohon sulusi nya pak
apa selain buah limau ada lagi yang bisa buat hilangin sakit tekak pak?
pak mau cari limau dimana?
terimakasih infonya,sangat-sangat berguna untuk saya dan keluarga.
terima kasih atas tipsnya,nanti saya coba
kata orang tua saya pak,kalau banyak makan limau bisa buat hilangin sakit tekak
apa limau bisa buat hilangin sakit tekak
kalau sakit tekak,rajin-rajin makan madu dan air perahan limau apa bisa hilang pak?
apa sakit tekak ini sangat berbahaya??
apa penyebab sakit tekak?
apa air asam jawa bisa buat hilangin sakit tekak?
pernah alami sakit tekak berminggu-minggu.sampai sekarang belum sembuh
Saya mengalami batuk yang sama sejak tahun 2010. Hingga sekarang belum sembuh.
Bermacam obat telah saya cuba. Cara moden, cara tradisional telah saya usahakan namun tetap sama. Saya bercadang untuk mencoba sepertimana yang saudara ceritakan dalam blog saudara.
En. Abu Hasan, saya boleh syorkan ambil suplemen Nutrilite sebagai sokongan rawatan penyakit batuk kronik. En. Abu Hasan boleh dapatkan suplemen Nutrilite yang saya senaraikan dalam link http://www.bit.ly/nutrilitebatuk daripada mana-mana pengedar produk Amway. Kalau En. Abu Hasan tak mengenali mana-mana pengedar Amway, boleh contact saya. InsyaAllah saya akan bantu.
Salam En. Zul,
Sy t’tarik dgn testimonial cik zul sndiri yg mengalami batuk teruk. Masalah sy, sy diberitahu dokter sy mengalami mild bronkitis, sbb dokter ckp ade sedikit lendir dlm paru-paru sy. Sy tak pernah kena asma dan batuk yg teruk mcm ni. Mungkin sy kene sakit ni ketika sy bwt activity diving sbb mse tu sy dh pn mengalami selseme truk pagi seblum diving tu. Tp sy trus kn jgk. So skrg sy dh smggu batuk, tp alhamdulillah makin b’kurg dgn ubat yg dokter bg. Boleh bg advise tuk supplement menguatkn paru2 dan mengurangkan masalah selseme/resdung. Sbb sy x penah amik supplement, jd sy nk mntk pandangan dr cik zul. Umur sy 27 thun dan alhamdulillah so far sy xde sakit kronik yg len.
Terima kasih.
Wslm tuan,
Batuk seminggu tu saya rasa masih ok. Saya tak pasti apa ubat terbaik. Cuba amalkan madu asli tengok macam mana. Kalau 2, 3 minggu tak selesai masalah, boleh amalkan supplement yang saya amalkan untuk bantu selesaikan masalah batuk.
Dari sudut supplement, memang saya amalkan samada masa sihat atau sakit sebab supplement tu penting untuk cover zat makanan yang tak cukup daripada pemakanan harian kita i.e. kurang makan sayur dan buahan setiap hari, kurang makanan berzat dsb.
Wallahu a’lam.
Salam en zul..sya batuk teruk sgt..bermacam2 ubat doctor dh sya ambil tpi batuk masih macam tu malah makin teruk..doctor skrng ni bg ubat batuk yg kuat, radang paru2 & asma tpi xsembuh pn..klu bbatuk pemuh dgn kahak dan tekak gatal..bole bantu sya
Wlsm Pn. Siti,
Saya tak pasti apa rawatan terbaik. Mungkin lebih baik jumpa dengan pakar sebab doktor biasa mungkin tak boleh selesaikan masalah macam ni. Dan tambah sokongan rawatan dengan supplement makanan.
Saya dah batuk dekat 2 bulan. Pada awalnya berpunca dari keracunan mkanan.smpai skrg still batuk. Saya nak tny mana nak dptkn ubat yg saudara makan.
Puan boleh beli dari mana-mana pengedar Amway.
Assalamualaikum en zul…
Saya pernah kena pheumonia berpunca dr batuk yg berpanjangan beberapa tahun lps..dlm masa yg sama diserang sakit buah pinggang…Alhamdulillah..skrg dah ok..tp baru2 ni saya mula kena batuk teruk lagi..dah sebulan batuk teruk tambah sesak nafas,sakit dada,sampai susah nk tidur..jumpa doktor dpt antibiotik mcm xde kesan langsung..plus skrg nie duduk dekat oversea..medical expenses is too expensive..en zul boleh tolong saye apa2 x?
thanks
Wslm En. Omar,
Saya boleh syorkan En. Omar ambil supplement, tapi lebih baik consult dengan Nutritionist dulu yang mana supplement terbaik dengan keadaan kesihatan En. Omar. Jangan consult dengan Medical Doctor sebab aliran ilmu mereka berbeza dengan Nutritionist.
saya baru kena batuk sampai sakit badan da kepala….skg masih makan antibiotik dan ubat batuk …rasa tak selesa lagi ni bila bernafas…camne ya nak hubungi en zul
Puan boleh contact isteri saya 019-9272780 (Najdah). InsyaAllah isteri saya boleh guide.
En.zul bagaimana dengan penyakit depression boleh beri cadangan berubat cara nutritunist.
Salam Pn. Solehah,
Kalau rujuk buku tebal Nutritional Healing, antara yang disyorkan:
1. Primrose Oil
2. B Complex
3. Calcium
4. Vitamin C
Berdasarkan pemerhatian saya, kalau mereka yang dalam keadaan stress, tak boleh tidur, atau tidur tapi tak puas, berat bangun pagi dsb, supplement yang sangat membantu ialah B Complex dan Calcium. Ambil at least double dose daripada apa yang biasanya disyorkan.
Wallahu a’lam.
salam en zul
ada website yg saya boleh rujuk untuk lebih memahami ttg pemakanan yang baik untuk merawat batuk
Wslm En Shams,
Mohon maaf. Saya tak tahu website apa yang bagus tentang pemakanan merawat batuk.
wah sama saya alami juga, terima kasih ya buat share ini. semoga semua yang ngalami cepat sembuh aaamiin