MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Anak Isteri Sihat, Kita Jimat

August 17, 2008

Pokok yang cukup dibaja, tak sama kesuburannya dengan pokok yang dibiar tanpa baja.

Belajar dari kesilapan.

Selepas pengalaman ‘pahit’ menjaga anak pertama, kami bertekad membuat perubahan untuk anak ke seterusnya.

Bila isteri saya disahkan mengandung, saya terus bergegas sediakan suplemen makanan secukupnya. Walaupun banyak doktor nasihatkan tak perlu ambil suplemen makanan, tapi realitinya, kita tak mampu makan makanan seimbang sebagaimana sepatutnya.

Kita tak pernah kira, apakah cukup vitamin dan mineral (dan zat lain) dalam makanan seharian kita.

Mahu tak mahu, kita terpaksa tampung kekurang zat makanan tersebut dengan suplemen – vitamin dan mineral.

Suplemem tu fungsinya menampung, bukan pengganti.Ia sangat penting, lebih-lebih lagi bagi ibu yang kurang menjaga pemakanannya.

Keluarga Sihat, Kita Jimat

Tentang kosnya, saya tak berapa peduli kerana ia adalah KEPERLUAN, bukan kemahuan.

Asalkan isteri sihat, dan anak yang bakal dilahirkan juga sihat, setiap duit yang saya belanjakan adalah berbaloi. Bila mereka sihat, banyak yang jimat.

Jimat duit, masa dan emosi – rasa risau bila mereka sakit. Ia akan menggangu kerja dan aktiviti harian saya.

Hasilnya, alhamdulillah… Anak ke-2 dan ke-3 kami banyak perbezaannya.

Perkembangannya agak cepat – leher cepat kuat, cepat angkat kepala, cepat meniarap, merangkak, duduk dan berjalan. Senang makan dan tak banyak kerenah untuk makan. Dan yang paling penting, kurang masalah kesihatan – payah kena demam selsema.

Kalau sakit pun, biasanya tak lama. (Syukur alhamdulillah)

‘Masukkan’ Zat Sebelum Lahir

Satu lagi yang perlu ingat, masa paling baik untuk ‘masukkan’ zat makanan secukupnya ke dalam tubuh anak-anak ialah ketika mengandung – sebelum mereka lahir. Ketika mereka belum boleh memilih.

Ini disebabkan anak-anak selalunya agak memilih makanan – tak nak sayur, itu dan ini. Makan pun banyak kerenahnya. Kesannya, dia tak sihat, kita pun susah!

Maka kami cadangkan setiap ibu mengandung mesti ambil suplemen. Antara suplemen penting yang isteri saya ambil, serta manfaatnya berdasarkan pengetahuan dan pemerhatian kami ialah:

Zat Besi & Asid Folik – Tulang belakangnya cepat kuat – cepat duduk. Anak pertama kami, lambat boleh tegakkan badan. Elakkan kecacatan pada janin.
Vitamin C – Kuatkan sistem imum bayi – elak masalah mudah terkena sakit demam selesema. Kalau sakit pun taklah lama – cepat baik, insyaAllah.
Kalsium & Magnesium – Gigi bayi jadi kuat dan payah rosak’. Ibu payah kena “cramp”, lenguh-lenguh sendi dan sakit gigi.
Multivitamin – Untuk cover sekiranya kekurangan mana-mana zat makanan, yang tak cukup dalam pemakanan seharian.
Set Lengkap Salindah (Homeopati) – Perkembangan bayi agak cepat – cepat buka mata, leher cepat kuat, cepat angkat kepala, cepat meniarap, merangkak, duduk, berjalan dsb. Anak sihat, ototnya kuat. Ibu mudah bersalin.

Carilah Yang Berkualiti

Pesanan saya, kalau cari suplemen, carilah yang berkualiti sebab kesannya memang berbeza.

Yang kita mahu ialah “zatnya”, bukan pil atau tabletnya. Barulah berbaloi setiap sen yang kita belanja. Berbeza harga, berbezalah kualitinya. Itu memang lumrah alam.

Pada saya, mengambil suplemen makanan sama pentingnya dengan meletakkan baja pada pokok.

Pokok yang cukup dibaja, tak sama kesuburannya dengan pokok yang dibiarkan tanpa baja walaupun pada tanah itu sendiri sudah tersedia zat-zat yang diperlukan.

Allahu ‘alam.

Sekadar berkongsi pengalaman.

Zulkifli
Kuala Terengganu
19 Mei 2008
10:47 pagi

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
>