MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Suvival Hidup dan Suvival Dakwah

August 13, 2008

sejadah tasbih ramadhan ibadah

“Dulu sekitar 70% sahabat kami yang terlibat aktif dengan dakwah lepas grad. Tapi kalau ikutkan statistik sekarang ni, dah menurun ke 60%” – Haji Khairil

Berkenalan Dengan Haji Khairil

Setelah ikuti ceramah beliau, saya dijemput minum-minum bersama Hj. Khairil, seorang bekas aktivis kampus. Umurnya lebih setahun dari saya. Saya hadir ke Kem Raudhah, Gombak pada malam itu sebagai pemerhati.

Hajatnya nak bersilaturrahim dengan adik-adik peserta yang bakal berusrah dengan saya, tetapi waktu tak mengizinkan. Saya tiba di kem itu agak lewat (iaitu sekitar jam 10.30 malam) kerana baru saja selesai program bulanan surau, tetapi terpaksa minta diri lebih awal untuk balik berehat, kerana jam 7.00 pagi keseokkannya saya akan ‘berentap’ di Lumba Jalan Kaki 2008 di Dataran Merdeka.

Rumahtangga Pendakwah

Beruntung rasanya dapat berkenalan dan mendengar perkongsian Hj. Khairil. Beliau seorang yang sangat kuat iltizamnya dengan dakwah. Telah berumahtangga, dan mempunyai 4 orang anak. Isnin – Jumaat berjauhan dengan anak dan isteri kerana bertugas di Terengganu sejak dua tahun lalu, tetapi hujung minggunya di penuhkan dengan aktiviti dakwah di KL.

Beliau dan isteri adalah hasil didikan di kampus. Bila tak berprogram di hujung minggu, pasti isterinya akan bertanya. Kuat sungguh Hj. Khairil, tetapi pada beliau yang lebih kuat adalah isterinya. 5 hari seminggu ditinggalkan suami, hujung minggu pula amat terhad untuk bersama suami. Saya kagum pada mereka berdua.

Statistik Aktivis Yang Bergerak Aktif

Stastistik yang dinyatakan beliau itu juga cukup mengkagumkan saya. Kalau 50% aktivis kampus dapat terus kekal di jalan dakwah, pada saya sudah sangat cemerlang kerana realitinya mungkin cuma 30%. Fenomena ini berlaku di mana-mana kampus.

Saya cuba korek apakah ‘rahsia’ kecemerlangan jemaah kampusnya. Pada beliau, faktor pertama ialah sistem tarbiyyah. Sistem tarbiyyah yang sentiasa disemak dan dikemaskini mengikut realiti semasa adalah faktor penting untuk membina jati diri para aktivis kampus.

Faktor kedua ialah duit. Majoriti sahabat-sahabat beliau telah terjamin pekerjaannya kerana ditaja dengan biasiswa. Apabila soal suvival hidup sudah ‘beres’, para aktivis ini lebih selesa untuk bergerak aktif – meneruskan agenda dakwah dan perjuangan di luar kampus.

Satu Pemikiran, Satu Jalan

Memang benar, selain tarbiyyah, soal kerjaya yang melibatkan makan minum ini perlu diberi perhatian untuk memastikan para aktivis ini akan terus bergerak aktif. Ia perlu diambil perhatian oleh mana-mana gerakan dakwah untuk memastikan ahlinya kekal dengan usaha dakwah.

Terima kasih Hj. Khairil. Walaupun cuma sekejap dapat bersua muka, saya merasakan seperti saya dan dia sudah berkenalan lama. Saya pulang ke rumah jam 12.00 malam itu dengan satu lagi pelajaran hidup untuk saya. Alhamdulillah, puji-pujian untuk Allah.

Wallahu ‘alam.

Zulkifli
Damansara Damai
13 Ogos 2008

 

(Artikel sambungan akan datang – “Kembali Beriltizam Bila Iman Dibangunkan”)

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
>