Anak Isteri Sihat, Kita Jimat

by on August 17, 2008

” Pokok yang cukup dibaja, tak sama kesuburannya dengan pokok yang dibiar tanpa baja”

(Sambungan artikel “Ibu Kekurangan Zat, Risikonya Pada Anak”)

Pemakanan Seimbang Hanya Pada Teori

Selepas pengalaman ‘pahit’ menjaga anak pertama, kami bertekad membuat perubahan untuk anak ke seterusnya. Apabila isteri saya disahkan mengandung, saya terus bergegas sediakan suplemen makanan secukupnya. Kerana realitinya, kita tak mampu makan sebagaimana sepatutnya.

Kita tak pernah kira, apakah cukup vitamin dan mineral (dan zat lain) dalam makanan seharian kita. Mahu tak mahu, kita terpaksa menampung dengan suplemen – vitamin dan mineral. Ia penampung, bukan pengganti. Ia sangat penting, lebih-lebih lagi bagi ibu yang kurang menjaga pemakanannya.

Keluarga Sihat, Kita Jimat

Tentang kosnya, saya tak berapa peduli kerana ia adalah KEPERLUAN, bukan kemahuan. Asalkan isteri sihat, dan anak yang bakal dilahirkan juga sihat, setiap duit yang saya belanjakan adalah berbaloi. Bila mereka sihat, banyak yang jimat. Jimat duit, masa dan emosi – kerisauan apabila mereka sakit yang menggangu kerja dan aktiviti harian saya.

Hasilnya, alhamdulillah… Anak ke-2 dan ke-3 kami banyak perbezaannya. Perkembangannya agak cepat – leher cepat kuat, cepat angkat kepala, cepat meniarap, merangkak, duduk dan berjalan. Senang makan dan tak banyak kerenah untuk makan. Dan yang paling penting, kurang masalah kesihatan – payah kena demam selsema. Kalau sakit pun, biasanya tak lama. (Syukur alhamdulillah)

‘Masukkan’ Zat Sebelum Lahir

Satu lagi yang perlu ingat, masa paling baik untuk ‘masukkan’ zat makanan secukupnya ke dalam tubuh anak-anak ialah ketika mengandung – sebelum mereka lahir. Ketika mereka belum boleh memilih. Ini kerana anak-anak selalunya agak memilih makanan – tak nak sayur, itu dan ini. Makan pun banyak kerenahnya. Akibatnya, dia tak sihat, kita pun susah.

Pendek cerita, kami cadangkan ibu mengandung ambil suplemen. Antara suplemen penting yang isteri saya ambil, serta manfaatnya berdasarkan pengetahuan dan pemerhatian kami ialah:

Zat Besi & Asid Folik – Tulang belakangnya cepat kuat – cepat duduk. Anak pertama kami, lambat boleh tegakkan badan. Elakkan kecacatan pada janin.

Vitamin C – Kuatkan sistem imum bayi – elak masalah mudah terkena sakit demam selesema. Kalau sakit pun taklah lama – cepat baik, insyaAllah.

Kalsium & Magnesium – Gigi bayi jadi kuat dan payah rosak’. Ibu payah kena “cramp”, lenguh-lenguh sendi dan sakit gigi.

Multivitamin – Untuk cover sekiranya kekurangan mana-mana zat makanan, yang tak cukup dalam pemakanan seharian.

Set Lengkap Salindah (Homeopati) – Perkembangan bayi agak cepat – cepat buka mata, leher cepat kuat, cepat angkat kepala, cepat meniarap, merangkak, duduk, berjalan dsb. Anak sihat, ototnya kuat. Ibu mudah bersalin.

Carilah Yang Berkualiti


Pesanan saya, kalau cari suplemen, carilah yang berkualiti kerana kesannya memang berbeza. Yang kita mahu ialah “zatnya”, bukan pil atau tabletnya. Barulah berbaloi setiap sen yang kita belanja. Berbeza harga, berbezalah kualitinya. Itu memang lumrah alam.
Pada saya, mengambil suplemen makanan sama pentingnya dengan meletakkan baja pada pokok. Pokok yang cukup dibaja, tak sama kesuburannya dengan pokok yang dibiarkan tanpa baja walaupun pada tanah itu sendiri sudah tersedia zat-zat yang diperlukan.

Wallahu ‘alam.

Zulkifli
Kuala Terengganu
19 Mei 2008, 10:47 pagi

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment

{ 1 trackback }

Previous post:

Next post: