"Nabi S.A.W tak pernah hidup senang macam kita"
Antara statement Ustaz Amran Sharif yang menarik perhatian saya dalam Kuliah Zohornya di syarikat kami. Kata Ustaz, kita hari ni hidup senang. Apa sangat yang susahnya kita berbanding Nabi?
Nabi S.A.W sejak dalam perut lagi dah jadi yatim. Bila lahir, belum pun sampai umur sekolah rendah, dah jadi yatim piatu. Umur sekolah rendah dah belajar berdikari cari makan sendiri. Bila dewasa, bermacam-macam lagi ujian susah pada Nabi. Baginda hidup papa (miskin) sampai wafat, tak pernah senang lenang macam kita.
Terkenangkan Nabi S.A.W
Tersentak juga bila fikir pasal Nabi. Nabi S.A.W, manusia yang Tuhan paling sayang - Kekasih Allah - itupun Tuhan bagi pelbagai ujian kesusahan. Tapi saya yang belum tentu kedudukan di sisi Tuhan, ada rasa 'tak suka' pada ujian kesusahan.
Saya ada terbaca satu artikel yang sentuh tentang ujian kesusahan. Kata penulis, kalau dalam hati ada rasa 'benci' diuji kesusahan, itu tandanya mazmumah (sifat tercela) sedang bermaharaja lela dalam diri. Oh, memang kena koreksi diri...
Ujian Hidup: Jalan Mendapat Taqwa
Bagi orang yang dekat pada Tuhan, ujian susah atau senang, kedua-duanya sama bagi mereka. Dalam susah dia mengutip sabar, dalam senang dia mengutip syukur. Kedua-duanya adalah jalan dia mendapat taqwa.
Susah di hari Akhirat, itulah sebenar-benar susah bagi mereka...
Zulkifli
Damansara Damai
15 Jun 2009
Catatan Kuliah Zohor, disampaikan oleh Ustaz Amran Sharif, 11 Jun 2009, Damansara Heights, bertajuk "Kurangnya Orang Mukmin".