Tak pasal-pasal... Gara-gara hutang motosikal bernilai RM7,000, terpaksa keluar duit RM4,000 untuk ikat jamin dan risiko dipenjarakan!
Kalau disabitkan kesalahan, boleh kena penjara sampai 14 tahun dan dikenakan denda!
Daripada satu (1) masalah, sekarang dah jadi empat (4) masalah.
More...
Tambah masalah yang sudah bermasalah
Pertama, masalah hutang tertunggak tu tetap nak kena bayar (berjumlah RM7,000). Hutang tak terlepas walaupun dah bakar motorsikal tu.
Kedua masalah nak kena bayar ikat jamin RM4,000.
Ketiga kena masuk penjara disebabkan kesalahan jenayah merosakkan harta orang lain!
Bila dah bebas nanti, lekat rekod jenayah. Banyak urusan akan susah bila dah ada rekod jenalah.
Dan hutang tertungguk tu tetap kena bayar sedangkan motorsikal dah tak boleh pakai!
Itu namanya menyusahkan diri sendiri... Yang susah jadi makin susah gara-gara ikut perasaan...
Jangan lari, tapi ambil tanggungjawab
Bila ada masalah hutang dengan sesiapa sekalipun, nasihat saya yang pertama, jangan lari.
Ambil tanggungjawab selesaikan apa yang termampu.
Selagi kita bagi komitmen, peminjam selalunya malas nak ambil tindakan undang-undang.
Mereka cuma akan ambil tindakan undang-undang bila lari ataupun khianat macam kes ni.
Bahkan kalau kita serius nak langsaikan hutang, ada bank yang sudi buat rundingan semula untuk ringankan kita bayar hutang.
Samada bagi penangguhan, rendahkan ansuran bulanan ataupun panjangkan lagi tempoh pembayaran hutang.
Boleh bincang...
Hutang tetap kena bayar
Kedua, semua hutang memang tetap kena bayar. Tak akan lepas selagi tak bayar.
Kalau tak settle di dunia, kena settle di akhirat (lebih berat). Memang tak boleh lari ke mana...
Dalam satu hadis yang panjang, Nabi ï·º bersabda,
"Sesiapa yang mengambil walaupun sejengkal tanah secara zalim, maka pada Hari Kiamat dia akan dikalungkan dengan tujuh lapisan bumi"
[Hadis Riwayat Bukhari no. 3198, Muslim no. 1610, Riyadhus Solihin no. 1506]
Orang mati syahid (kematian paling mulia) pun dosa hutangnya tak akan terhapus begitu sahaja selagi tak bayar.
Bila ia melibatkan hak sesama manusia, memang panjang cerita dan tak akan terlepas begitu sahaja.
Semua hutang-hutang tu tetap akan selesai juga.
Kalau kita memang ada niat yang bersungguh untuk membayarnya, Tuhan pasti akan permudahkannya. InsyaAllah.
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a., Nabi ï·º bersabda:
"Sesiapa mengambil harta orang lain (berhutang) dengan niat untuk melunaskannya, Allah akan (membantu) melunaskannya bagi pihaknya. Dan sesiapa mengambilnya dengan niat untuk merosakkannya (tidak mahu membayarnya), maka Allah akan membinasakannya."
(Hadis riwayat al-Bukhari, no. 2387)
#TipKewanganPeribadi
#TipBebasHutang
Zulkifli
Cyberjaya
30 Disember 2024
28 Jamadil Akhir 1446H
Pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 14 tahun dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan - Sumber Sinar Harian, 30 Disember 2024