MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Cinta Itu Membebaskan, Bukan Mengongkong

March 27, 2025

Cinta itu membebaskan, bukan mengongkong...

Sepanjang lebih 20 tahun kami berumahtangga (sejak 2003), tak pernah sekalipun isteri saya cek handphone saya (sebab rasa curiga). 

Bahkan handphone dan segala gajet saya, saya dah bagitahu siap-siap apa password-nya. 

More...

Saya fikir kalau apa-apa terjadi kepada saya, isteri saya boleh akses phone saya bila-bila masa. 

Saling rasa percaya

Dia boleh cek bila-bila masa kalau dia nak cek. 

Tapi tak pernah pun dia cek dan tunjukkan rasa curiga pada saya. 

Dia tak pernah siasat conversation saya dengan siapa (dalam phone). 

Dia tak pernah siasat dengan siapa saya keluar dan pa yang saya buat di luar rumah. Dan dia tak pernah gesa saya supaya balik rumah cepat-cepat (untuk berkepit dengan dia)!

Dia berikan saya kebebasan. Dan dia tak pernah kongkong saya... Dia percayakan saya 100%. 

Sejak dari awal perkahwinan sampaikan sekarang. 

Begitulah juga percayanya saya kepada dia. 

Azabnya cinta tanpa percaya

Saya tak boleh bayangkan azabnya rumahtangga yang tak ada rasa saling mempercayai. 

Macam mana boleh tidur sebantal dan hidup sebumbung dengan orang yang kita sendiri tak percaya? 

Saya rasa terganggu tengok konten-konten tentang suami yang takutkan bini... 

Macam mana seorang ketua keluarga boleh jadi seorang pengecut dan hilang wibawa begitu? 

Malangnya sebuah keluarga diketuai oleh ketua yang tiada wibawa. 

Kalau isteri tak respek suami, macam mana anak-anak nak respek ayahnya sendiri? 

Respek anak kepada ayah sangat bergantung macam mana dia lihat ibunya respek ayahnya.

Respek ibu kesannya pada anak

Bila anak-anak tak respek ayah (berpunca dari isteri tak respek suami), maka rapuhlah rumahtangga. 

Sampai satu tahap nanti, anak-anak lebih percayakan kawan dia berbanding ibu dan ayahnya sendiri! 

Dia lebih dengar cakap kawan-kawan berbanding ibu dan ayahnya... 

Dia lebih percayakan orang yang tak ada apa-apa kepentingan dalam hidup dia berbanding ibu dan ayah yang mengasihinya sampai mati. 

Anak-anak itu dalam bahaya... 

Rumahtangga itu dalam bahaya... 

Puncanya bermula dari rasa saling percaya antara suami dan isteri... 

Bahagia bila diberikan kebebasan 

Kalau benar-benar cinta, ia tak perlu dipaksa-paksa. 

Tak perlu kongkong supaya jasad dia sentiasa bersama kita. 

Bahagia tu bila kita dapat pikat (dan 'ikat') hatinya, bukan jasadnya. Walaupun jasad terpisah dan berjauhan sekalipun, kita tetap rasa nikmatnya bahagia itu.

Belajarlah bercinta dan sentiasa suburkan rasa cinta dalam rumahtangga. Ia perlukan usaha yang berterusan, bukan kerja one-off (sekali sahaja).

Tak perlulah 'kurung' pasangan supaya duduk di rumah kalau hobi dia di luar rumah.

Tak perlu heret pasangan supaya ikut berjalan-jalan bersama kita (kalau itu bukan minat dia).  

Sebaliknya berilah dia kebebasan. Selagi masih dalam batasan agama, biarlah dia happy dengan cara dia, kita dengan cara kita... 

Walaupun suami isteri, pasangan kita tak sama dengan kita. Setiap kita ada kecendurungan dan minat masing-masing... 

Cinta itu membebaskan, bukan mengongkong...

Zulkifli
Cyberjaya
27 Mac 2025
27 Ramadhan 1446H

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
>