Kenapa ada orang, bulan puasa ni kerja penat-penat tengah panas tapi bayaran dia murah?
Ada orang kerjanya duduk depan komputer dan kerja dalam aircond, tapi dibayar mahal?
Kenapa yang kerja lebih susah dan lebih penat tu dibayar murah. Manakala yang kerja tak penat tu dibayar mahal.
Kan nampak tak adil?...
Saya tanya anak-anak remaja saya supaya mereka berfikir.
More...
Dibayar bukan sebab penat
Jawapannya simple...
Kita tak dibayar sebab penat atau susahnya sesuatu kerja. Tapi kerana hasil kerja.
Kalau hasil kerja kita tu semua orang pun boleh buat (tanpa perlu belajar tinggi-tinggi), maka tak ada siapa sanggup bayar lebih mahal.
Kerja penat-penat tapi bayarannya murah. Sebab semua orang pun boleh buat.
Sebaliknya kalau kerja tu tak ramai orang boleh buat (sebab tak ramai yang ada ilmu dan kemahiran tu), walaupun kerjanya nampak mudah dan tak makan kudrat yang banyak, orang sanggup bayar mahal.
Kerja duduk dalam aircond, tak keluar peluh pun, tapi bayarannya lebih mahal.
Bezanya pada ilmu dan kemahiran...
Penat belajar, mudah bila bekerja
Orang yang kerja penat-penat tengah panas bulan puasa tu ingat dia suka-suka buat kerja berat tu?
Orang yang kerja sampai tak tidur malam tu ingat dia suka-suka buat kerja sampai tak tidur sepanjang malam?
Banyak orang terpaksa kerja penat dan berat sebab tak ada pilihan. Itu sahaja pilihan yang dia ada untuk pastikan dia dan keluarga dia ada makanan dan tempat berteduh.
Jadi kalau tak nak kerja yang penat-penat, kena belajar bersungguh-sungguh dari sekarang.
Biar kita berpenat-penat belajar. Supaya kita tak perlu lagi berpenat-penat bekerja untuk hidup.
Siapa tak sanggup bersusah-susah mencari ilmu, nanti dia terpaksa hadap susahnya berkerja untuk hidup.
Kata-kata orang berilmu pun berharga
Orang yang tak ada ilmu, harga kudrat dan masa dia murah.
Sebaliknya siapa yang berilmu, orang sanggup bayar mahal hanya untuk dengar kata-kata dia sahaja.
Sebab kata-kata dia pun ada harga...
Jadi setiap kita kena pilih antara dua susah.
Nak susah-susah cari ilmu ataupun buat kerja yang susah?
Pilih...
Zulkifli
Cyberjaya
14 Mac 2025
14 Ramadhan 1446H
"Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diminta kepada kamu memberi lapang dari tempat duduk kamu (untuk orang lain) maka lapangkanlah seboleh-bolehnya supaya Allah melapangkan (segala halnya) untuk kamu.
Dan apabila diminta kamu bangun maka bangunlah, supaya Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu, dan orang-orang yang diberi ilmu (pengetahuan agama dari kalangan kamu) beberapa darjat.
Dan (ingatlah), Allah Maha Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang kamu lakukan."
Coretan FB berkaitan:
Artikel berkaitan:
- Sejarah Membuktikan Orang Membaca Lebih Kaya dan Berkuasa!
- Tinggalkan Keselesaan Demi Keberkatan Ilmu
- Jurang Sebenar Miskin dan Kaya ialah Ilmu
- Kalau Hidup Susah, Samada Sebab Bodoh atau Malas! - Pakar
- Baca Satu Buku, Kita Jimat 10 Tahun!
- Perelokkan Adab Untuk Dapat Keberkatan Ilmu
- Ilmu Lebih Berharga Bila Kita Membayarnya