"Tuan Zul, saya nak buat bisnes tapi suami tak support", tanya seorang murid saya (seorang isteri).
"Puan datang training ni suami izinkan tak?", soal saya.
"Dia izinkan. Sebenarnya saya nak datang sendiri, tapi dia tolong hantarkan".
"Wah... Kalau sampai sanggup tolong hantarkan tu, maksudnya dia supportlah tu..."
More...
"Puan tahu tak, ada isteri yang suami dia sampai lafaz taklik (cerai) kalau dia buat bisnes lebih 1 jam sehari!", balas saya.
"Belajarlah hargai suami tu... Ucapkan terima kasih sebab dia izin datang training dan siap tolong hantarkan lagi... Puan tengok nanti, mesti dia akan support lebih banyak kalau Puan hargai dia"...
Saya nampak mata dia mula berkaca...
Tak sedar kebaikan suami
Mungkin dia baru sedar, selama ni suami dia dah support dia (untuk jalankan bisnes). Cuma dia sahaja tak tahu nak hargai kebaikan suami dia...
Ini konflik yang selalu terjadi di kalangan isteri yang nak menjalankan bisnes.
Dia rasa suami tak support (sebab suami tak sama-sama menjalankan bisnes), bahkan ada yang cuba nak cabar suami; nak buktikan dia tetap akan berjaya walaupun suami tak support!
Jangan...
Pesan saya, jangan sesekali cabar ego suami.
Sebaliknya belajarlah cara nak kenyangkan ego suami. Nanti tengok suami tu akan berjuang bermatian-matian untuk isteri.
Banyak urusan isteri akan lebih mudah bila suami tu rasa dia adalah hero dalam hidup isteri dia.
Manfaat kenyangkan ego suami
Sebab fitrah lelaki, dia nak diangkat sebagai hero dalam rumahtangganya...
Kalau dia tak melawan bila egonya dicabar, dia suami yang lemah. Bahkan kalau dia tak berjaya jadi hero dalam hidup isterinya, dia akan cari wanita lain yang sanggup angkat dia jadi hero
Samada rumahtangga akan runtuh, atau diam-diam dia ada wanita lain dalam hidupnya!...
Saya ingatkan perkara ni kepada murid-murid saya para isteri.
Sebab saya nak, semakin mereka kaya, semakin baik kehidupan berumah tangga mereka.
Kekayaan bukan sahaja ujian untuk suami. Tetapi juga buat isteri. Khususnya isteri yang lebih kaya dari suaminya.
(Saya sangat yakin semua murid-murid saya dalam Public Gold akan lebih kaya dari suaminya kalau mereka sabar membangunkan bisnes, insyaAllah)
Angkat suami jadi hero
Dulu segalanya bergantung kepada suami...
Kalau bertegang rasa pun tetap bertahan. Sebab anak-anak dan juga keperluan hidup; perlukan nafkah dari suami.
Tapi bila dah kaya lebih dari suami, ujian lain pula...
Bila dah lebih kaya dari suami, masih boleh lagikah merendah diri dan menghormati suami
Masih boleh lagi angkat suami sebagai hero dalam rumahtangga?
Kalau berlaku ketegangan, masih bolehkah ambil waktu bertenang pertahankan rumah tangga atau terus rasa dah tak perlukan lelaki dalam hidup (sebab dah ada duit sendiri)?
Kekayaan bukan sahaja ujian buat lelaki, tetapi ia juga ujian buat isteri.
Inilah yang saya ingatkan murid-murid saya di kalangan isteri. Belajar menghargai suami dan menghormati suami dari sekarang (ketika sebelum kaya).
Belajarlah angkat suami jadi hero.
Berikan kredit kepada suami
Walaupun saya adalah mentor mereka dalam bisnes, tapi jangan sesekali angkat saya sebagai lelaki yang lebih hebat dihadapan suami.
Buatkan suami rasa dia lebih hebat dari "Zulkifli" di mata isterinya.
Setiap keizinan yang suami bagi untuk join training dan jalankan aktiviti bisnes, ucaplah terima kasih atas support yang suami berikan.
Bak kata pepatah, kecil tapak tangan nyiru kami tadahkan...
Kalau suami sampai sanggup hantar pergi training, sanggup tolong jagakan anak-anak, dan bagi izin tak perlu memasak di rumah, wah... Itu lagilah besar penghargaan yang patut isteri berikan.
Setiap kali dapat sesuatu kejayaan, berikanlah kredit kepada suami...
Bukan sahaja berjaya, tapi bahagia
Supaya dia rasa, dialah hero sebenar di sebalik kejayaan isteri. Dan makin bahagialah kehidupan dalam berumah tangga. InsyaAllah.
Mudah-mudahan circle #PGG100Network dan #5GAssociates bukan sahaja circle yang kaya dan berjaya, tetapi juga circle keluarga yang bahagia rumah tangganya.
InsyaAllah...
“Jika aku boleh memerintahkan seseorang itu untuk sujud kepada seseorang, maka aku memerintahkan isteri untuk sujud pada suaminya.”
[Riwayat al-Tirmizi (1159)] [Huraian oleh Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan]
#TipSuamiIsteri #InBusinessAndInLove
Zulkifli
Cyberjaya
8 Oktober 2024
4 Rabiul Akhir 1446H
“Tidak dibenarkan seorang manusia itu untuk sujud kepada manusia. Jika dibenarkan untuk manusia itu sujud kepada manusia nescaya aku akan meminta isteri untuk sujud kepada suaminya kerana besarnya hak suami ke atas isteri itu.”
[Riwayat Ahmad (12614)] [Huraian oleh Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan]
Artikel berkaitan:
- Suami Isteri : Betapa Manisnya Hidup Bila Berjuang Bersama-sama
- Bahagia Bukan Tunggu Kaya, Tapi Syukuri Apa Yang Kita Ada
- Nikmati Bahagia Cara Kita, Jangan Sampai Medsos Menipu Kita
- Cara Adakan Simpanan Kukuh Walaupun Sebagai Suri Rumah
- Persediaan Kewangan Suri Rumah Ketika Suami Masih Ada
- Suami Isteri Berbeza Bukan Kekurangan, Tapi Saling Melengkapi
- Dalam Rumahtangga, Bukan Tentang Siapa Betul Siapa Salah