MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Dealer Tak Join Training, Customer Dia Akan Susah!

April 29, 2025

"Jangan sesekali register customer kalau tak join training. Kesian customer tu nanti terkontang kanting. Silap-silap dapat dosa jer sebab tak sempurnakan tanggungjawab sebagai dealer",

Itu antara pesanan yang saya sentiada ulang kepada dealer-dealer Public Gold di bawah saya. 

More...

Takut bisnes jadi ladang dosa

Saya memang serius pesan dealer-dealer supaya join training supaya dia dapat sempurnakan tanggungjawab kepada customer yang letakkan harapan kepada dia.

Bisnes boleh jadi ladang pahala. Tapi boleh juga yang dapat cuma dosa! 

Memang kita boleh buat duit dengan bisnes. Tapi duit tu datang bukan saja-saja. Ada amanah dan tanggungjawab yang kena dibereskan dulu.

Barulah duit tu datang dengan penuh keberkatan dan kemuliaan.

Antara sebab kenapa banyak orang buat bisnes lebih 10 tahun masih struggle, boleh jadi sebab dia tak betul-betul sempurnakan tanggungjawab dia. 

Tak perform atau tak bertanggungjawab. Ataupun kedua-duanya sekali.

Mana pergi customer yang dulu?

Bisnes ialah tentang memenuhi harapan dan menyelesaikan masalah orang.

Kalau betul bisnes kita boleh selesaikan masalah orang, kenapa buat bisnes bertahun tahun tapi masih penat berlari di tempat yang sama?

Mana customer yang pernah percayakan kita dulu?

Kenapa customer lepas sekali deal dengan kita, mereka rasa serik dah, dan tak nak deal dah lagi dan lagi? 

Boleh jadi sebab kita tak perform atau tak selesai tanggungjawab kita dengan baik.

Boleh jadi sebab kita tak penuhi harapan dia. 

Bersedia selesaikan 1000 masalah

Siapa yang berbisnes berkiblatkan duit, maka dia cuma nak duit. Duit tu yang paling utama.Dia abaikan tanggungjawab kepada customer yang letakkan harapan pada dia.

Maka itulah yang saya sentiasa ingatkan dealer-dealer yang dalam #MisiUbahHidup1000Keluarga;

Memang kita nak bina customer based. Memang kita nak lahirkan 1,000 penyimpan emas.

Nak lahirkan 1,000 penyimpan emas, bersedialah penuhi 1,000 harapan.

Bersedialah selesaikan 1,000 masalah. 

Orang tak datang pada kita sebab saja-saja nak masukkan duit dalam poket kita.

Tapi dia cari kita sebab dia ada harapan yang nak dicapai. Dia ada masalah yang nak diselesaikan. 

Duit datang menyerah diri

Kalau dapat penuhi 1,000 harapan dan selesaikan 1,000 masalah, tak perlu risau lagi pasal duit.

Tak perlu lagi penat nak kejar duit.

Tengok nanti duit akan datang menyerah diri kepada kita! InsyaAllah...

Walaupun jadi dealer boleh dapat pendapatan, tapi sentiasa luruskan niat nak berikan kebaikan kepada orang.

Bila orang lain dapat banyak kebaikan daripada kita, pasal duit tak perlu dibimbangkan lagi. InsyaAllah... 

#TipBisnes
#IslahDiri

Zulkifli
Cyberjaya
9 April 2025
10 Syawal 1446H

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
>