MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Tertarik Kerana Rupa, Tapi Rumahtangga Bertahan Kerana Akhlak

April 29, 2025

Setuju. Kita tertarik sebab rupa. Tapi akhirnya kita dapat bertahan sebab sikap dan akhlak seseorang.

Begitulah kita dalam hubungan sesama manusia.

Samada dalam hal persahabatan, kekeluargaan, apatah lagi pasangan dalam berumahtangga. 

More...

Pilih yang baik akhlaknya

Memang benarlah apa yang Nabi s.a.w pesan;

Bila pilih pasangan (atau partner dalam hidup atau bisnes), utamakan agamanya (akhlak dan hati budi). Nescaya kita akan beruntung... 

Diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a. Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: 

"Wanita itu dinikahi kerana empat perkara: kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya. Maka pilihlah yang beragama, nescaya kamu akan beruntung."

(Hadis Riwayat Bukhari no. 5090 dan Muslim no. 1466

Walaupun rumahtangga ada asam garamnya (yang tak sunyi daripada perselisihan), tapi akhlak dan sikap yang baik tu membuatkan rumahtangga kekal bahagia dan bertahan lama, insyaAllah... 

Nak jadikan rumahtangga lebih baik, sentiasa perbaiki diri jadi lebih baik.

Jangan sibuk nak ubah pasangan. Tapi sibukkan diri perbaiki diri jadi pasangan yang lebih baik. 

Letakkan syarat perubahan tu pada diri kita sendiri. 

Ubah diri sendiri, bukan pasangan

Bila masing-masing sibuk perbaiki diri dan sibuk memberi kebaikan kepada pasangan, Tuhan akan sempurnakan hak kita ke atas pasangan. InsyaAllah... 

Setiap usaha kita perbaiki rumahtangga kita, tak ada yang sia-sia. 

Setiap usaha tu dikira amal kebaikan (pahala) di sisi Tuhan.

Berusaha dan berdoalah, mudah-mudahan Tuhan kurniakan ketenangan, kebahagian dan keberkatan dalam rumahtangga kita semua... Amiin ya rabbal 'aalamiin... 

Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata:

"Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami; perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa." 

Mereka itu semuanya akan dibalas dengan mendapat tempat yang tinggi di Syurga disebabkan kesabaran mereka, dan mereka pula akan menerima penghormatan dan ucapan selamat di dalamnya.

(Surah Al-Furqan 25 : 74 - 75)

#TipSuamiIsteri

Zulkifli
Cyberjaya
7 April 2025
8 Syawal 1446H

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 9,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 800,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
>