MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Mental Rehearsal : Elak Otak Jadi Blur Ketika Sampaikan Seminar

August 27, 2025

Setiap kali selesai sampai seminar, mesti akan ada satu soalan yang saya tanya diri sendiri; 

“Tadi aku sampaikan OK ke tak? Orang faham ke tak apa yang aku nak sampaikan?” 

Itu penilaian saya tentang prestasi diri sendiri. 

More...

Pernah "blur" ketika seminar 

Saya pernah lalui pengalaman yang membuatkan saya rasa terkilan.

Satu seminar di Public Gold Seremban, otak saya jadi blurr. Tak tahu apa nak cakap.

Point-point yang saya selalu ulang-ulang sampaikan dah berbulan-bulan sebelum tu, tiba-tiba hilang. Blank!... 

Saya rasa hairan... 

Balik dari seminar tu, baru saya sedar kenapa boleh jadi macam tu. Rupanya:

  1. Tak cukup tidur sebab siang sibuk urusan lain. 
  2. Tak sempat makan sebelum seminar mula pukul 8.30 pagi.
  3. Kelam-kabut ke tempat seminar sebab anak balik sekolah lewat.
  4. Masuk dewan seminar dalam keadaan penat, langsung tak ada masa nak bertenang.

Akhirnya, kesannya — otak jadi kosong masa tengah bercakap!  

Belajar tentang "mental rehearsal"

Sejak tu, saya belajar satu istilah daripada guru saya, En Syukor Hashim.

Beliau istilahkan sebagai MENTAL REHEARSAL.

Beliau kata, bagi seorang speaker, seminar sebenarnya dah bermula 8 – 12 jam sebelum naik pentas.

Rehat mesti cukup. Fikiran kena tenang.

Dalam kepala, kita kena dah mula ulang-ulang bercakap isi kandungan yang kita nak sampaikan, seolah-olah seminar tu dah pun bermula. 

Jadi sejak hari tu, kalau seminar waktu malam, petang tu saya mesti tidur dulu sekejap. Recharge tenaga dulu.

Bila badan dah fresh, barulah talk (seminar) lebih berkesan.

Kalau seminar jauh dan perlukan driving, biasanya isteri saya yang akan jadi driver.

Bermula sebelum seminar bermula

Saya duduk sebelah, ambil masa bertenang, ulang-ulang isi seminar dalam kepala, dan mulakan “mental rehearsal” saya. 

Bercakap sendirian - sampai kadang-kadang isteri saya perasan tangan saya bergerak-gerak, seolah-olah saya tengah sampaikan seminar. 

Alhamdulillah, cara ni sangat berkesan untuk saya. Bila naik atas pentas, otak lebih fokus, idea mengalir lebih lancar. 

Jadi sesiapa yang ada tugasan nak sampaikan talk, seminar, atau training — jangan main redah je. 

"Persediaan mental" sama penting dengan "persediaan nota".

Jangan jadi blurr macam saya pernah kena dulu. Pastikan rehat cukup, isi perut dulu, dan buat mental rehearsal secukupnya. 

InsyaAllah, bila kita masuk dewan seminar dalam keadaan tenang dan bersedia, penyampaian kita akan jauh lebih berkesan. 

Zulkifli
Cyberjaya
14 Mac 2017
Damansara Damai

Coretan FB berkaitan:

  1. Lagi banyak flight hours, lagi baik kita bercakap di atas pentas. - FB Hafiz Shafie (2025)

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 9,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 800,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
>