MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Karektor Saya: Ingatkan Helang, Rupanya Gajah!

September 5, 2026

Ingatkan helang... Rupanya gajah...😅

Tadi saja suka-suka saya tanya ChatGPT soalan;

“Selama mengenali saya, haiwan apakah yang paling sesuai mewakili watak dan diri saya?”

Saya ingat dia nak jawab helang.
Atau mungkin singa.

Rupanya dia jawab... GAJAH. 🐘😂

Mula-mula tergelak juga. Kenapa gajah pulak?

Bukannya saya berbadan besar...

More...

Tak perlu tunjuk dia kuat 

ChatGPT kata, gajah ni kuat tapi tak perlu tunjuk yang dia kuat. Dia tenang, tapi ada presence.

Gajah sangat kuat ikatan dengan keluarga. Bergerak dalam kumpulan, jaga kelompok dia... dan kalau ada yang lemah atau tertinggal, dia tak mudah tinggalkan.

Dia bukan jenis sibuk nak tunjuk siapa paling hebat. Dia cuma terus bergerak ikut pace dia sendiri.

Tak laju tak apa. Yang penting konsisten dan sampai ke destinasi.

Bila saya baca penjelasan tu, ada satu ayat ChatGPT yang saya paling suka:

“Gajah tak perlu mengaum untuk orang tahu dia besar.”

Haa... yang ni saya rasa memang dekat dengan prinsip hidup saya. 😅

Saya memang lebih suka bina sesuatu secara diam-diam dan konsisten.

Tak suka menonjol...

Dalam kewangan pun sama.

Tak perlu nampak bergaya. Yang penting poket kita kaya.

Dalam hidup pun sama.

Tak perlu jadi orang paling menonjol. Yang penting hidup bermakna, keluarga terjaga... dan kalau boleh, kejayaan kita tu dapat tarik sekali orang lain naik sama-sama...

Mungkin sebab tu sepanjang hidup saya, saya lebih seronok bila dapat bina “team”, daripada berjaya seorang diri.

Entahlah tepat ke tak analisis ChatGPT ni. Ini yang dia kenal berdasarkan apa yang saya sembang selama ni...

Tapi syukurlah kalau betul saya ni gajah... Nasib baik dia tak kata badak air! 🤣

Kalau badak air rasa malu pulak nak share...😅

#MembangunDiri

Zulkifli
Vienna, Austria
31 Ogos 2026
17 Rabiul Awwal 1448H

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 9,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 800,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}