MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Naik MRT : Biar Tak Nampak Bergaya, Asalkan Poket Kita Kaya!

September 4, 2025

Apa orang lain fikir pasal kita tu tak penting. Kita tak boleh control apa yang orang fikir.

Yang penting apa yang kita fikir tentang diri kita. 

Orang yang rasa diri dia hensem, dia tak akan habiskan duit untuk impress orang lain tentang kehenseman dia. Sebab dia tahu dia memang hensem.. 😅 

Begitulah juga dengan orang kaya...

More...

Bazirkan duit untuk nampak kaya 

Orang kaya atau yakin dia akan jadi orang kaya satu hari nanti, dia tak akan habiskan duit untuk impress orang lain - tentang kekayaan dia. 

Dia tak peduli apa orang kata. Dia tak kisah apa orang fikir... 

Sebab dia tahu, poket dia betul-betul kaya.

Nak kaya, fokus sahaja bina kekayaan dan jadi orang kaya.

Jangan bazirkan duit untuk impress sesiapa - hanya semata-mata nak nampak kaya. 

Biarlah apa orang nak kata. Nanti kalau kita susah, bukannya orang hantar beras ke rumah kita kan? 

Banyak orang struggle bina kekayaan sebab duit dia banyak habis untuk impress orang lain. Bukannya tambah kekayaan. 

Beban di sebalik nampak kaya

Bila nak kahwin, majlis bertunang pun dah macam kenduri kawin dia belanjakan! 

Bila kenduri, dia buat besar-besaran. Tak nak kalah dengan sepupu sepat dan jiran sebelah! 

Sanggup buat persolan loan untuk jadi raja sehari. Tapi lepas tu terpaksa jadi 'hamba' (bank) sampai mati! 

Bila keluar makan, dia nak makan tempat yang instagrammable. Sanggup bayar mahal untuk makan makanan yang sama!

Bila nak beli kereta, dia beli kereta terpaling mampu. Bukan ikut keperluan benar.

Dah kerja bagus-bagus, jawatan pulak makin tinggi... Takkan pakai kereta Proton Saga (kereta sederhana) saja. Nanti apa pulak orang kata kan?! 

Walhal kereta Proton Saga tu pun dah cukup untuk dia ulang-alik pergi kerja, dan hantar anak sekolah... 

Di sebalik nampak kaya... Hakikatnya dia menanggung hutang yang besar... 

Naik public transport, tapi kaya

Dulu dia beli kereta asalnya sebab nak pergi kerja. Tapi akhirnya dia kena pergi kerja sebab nak bayar kereta! Dah berbalik... 

Walhal kos sebenar untuk pergi kerja mungkin tak sebenar mana. Public transport mungkin menjimatkan berbanding dia pakai kereta.

Sekarang jaringan public transport makin baik.

Siapa yang rumahnya mudah akses ke Stesyen MRT, boleh naik MRT dan naik bas saja pergi kerja di KL.

Dengan "MY50", kos sebulan saya ulang alik dari Cyberjaya - Menara Public Gold (KL) cuma RM50. Alhamdulillah.

Tak perlu bersesak-sesak dalam jem. Tak habis duit petrol, tol dan parking. Sepanjang perjalanan boleh rehat, baca buku, scroll medsos, atau reply mesej customer.

Walaupun tak nampak kaya, tapi poket kita lebih kaya. InsyaAllah... 

#TipKekayaan 

Zulkifli
Cyberjaya
16 Januari 2025
16 Rejab 1446H

Dengan "MY50", kos sebulan saya ulang alik dari Cyberjaya - Menara Public Gold (TRX) cuma RM50. Cuma bila bas lambat, saya naik motor sahaja dari rumah ke stesyen MRT terdekat. 

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 9,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 800,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}