MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Nak Cepat Kaya? Tahan Kos GAYA Hidup, Bukan SARA Hidup!

September 3, 2025

Kos makan sebenarnya tak mahal... 

Tapi bila sesak dan nak berjimat, benda pertama yang biasanya kita potong ialah kos makan — itu pengalaman saya suatu masa dulu! 

Saya perhatikan, kebanyakan kita pun sama... 

More...

Perkara pertama yang kita catu ialah “makan”. 

  • Daripada makan di luar → tukar kepada beli lauk, ataupun masak sendiri.
  • Daripada makan di office → bawa bekal sendiri.

Punca kewangan terkecik 

Ya, memang boleh jimat beberapa ratus sebulan. Tapi, bila saya renung balik... Kos makan tu tak besar pun berbanding kos-kos lain yang diam-diam 'tarah' gaji kita - ribuan ringgit setiap bulan.

Antaranya;

  • Kos bela dua buah kereta – satu jarang pakai, lagi satu beli sebab nak tunjuk dekat “jiran sebelah”
  • Kos bayar rumah sendiri – walhal sewa lebih murah. 
  • Kos travel jauh pergi kerja – sebab pilih duduk rumah sendiri, sampai sanggup ulang-alik 1 – 2 jam sehala. 
  • Kos beli rumah pelaburan yang makan modal – cashflow negatif setiap bulan. 
  • Kos “pay later” barang tak perlu. 
  • Kos personal loan – renovate rumah, belanja raya, melancong, kenduri besar-besaran, dsb. 

Itulah kos sebenar yang buat kewangan kita tercekik, bukan kos makan minum! 

Kos sara hidup tak mahal

Bila fikir dalam-dalam, kos asas hidup — alas perut (makan) dan tempat berteduh (rumah) — sebenarnya tak mahal. 

Kalau betul-betul susah sampai tak cukup makan, kita tahu orang Malaysia takkan biarkan rakyat kebuluran.

Viral sahaja berita ada orang susah, pasti ada yang datang hulurkan bantuan. 

Tapi kalau susah sebab cari penyakit — buat hutang sana sini untuk benda tak perlu — itu memang salah sendiri.

Susah nak harap simpati orang lain... 

Saya pun pernah duduk dalam kategori B40 — miskin bandar.

Gaji kecil, anak kecil berderet-deret (8 orang), isteri pula suri rumah tanpa pendapatan. 

Pengalaman miskin 15 tahun lalu

Berapa tahun bekerja, saya ada 5 hutang; 3 hutang pelajaran, 1 hutang kereta second hand, 1 loan beli komputer dengan majikan. 

Tapi walaupun hidup sempit, saya tetap ada tabungan minimum 3 bulan gaji (emergency fund).

Setiap bulan, saya tambahkan tabungan ikut kemampuan. Bermula dengan RM20 sebulan, lama-lama jumlah tabungan naik jadi 10 – 20% daripada gaji.

Setiap kali naik gaji, saya tambah potongan (auto-debit) tabungan.

Saya tak pernah tambah hutang baru. Saya kekalkan gaya hidup, terus tambah komitmen tabungan - menabung secara auto-debit. 

Saya tak beli rumah duduk sendiri, sehingalah saya bebas semua hutang — pada umur 27 tahun!

Bahkan masa saya beli rumah tu, kos bayar ansuran loan bank lebih murah berbanding kos saya menyewa rumah yang sama!

Strategi: duit gaji vs side income

Bila sedar gaji saya kecil, saya tak berhenti cari peluang buat side income. 

Setiap sen dapat side income tu, saya tak guna untuk belanja. Sebaliknya saya menabung, menabung dan menabung! 

Menabung 100% side income sampai isteri saya pernah tanya,

"Asyik menabung je... Bila kita boleh guna duit side income ni?!" 

Banyak orang fikir menabung tu bila side income dah cecah ribu ringgit sebulan.

Tapi saya tak tunggu ribu ringgit.
Untung RM10, saya menabung RM10.
Untung RM100, menabung RM100. 

Prinsip saya;

  • Duit gaji untuk hidup hari ni.
  • Duit side income dan bisnes untuk bina kekayaan dan masa depan. 

Hasil sabar dan kerja keras 11 tahun

Alhamdulillah, lepas 11 tahun jaga kewangan kami dengan baik;

  • sentiasa hidup di bawah kemampuan,
  • sentiasa berpada-pada dalam hutang,
  • obses menabung bertahun-tahun,
  • tak berhenti explore tambah income.

Akhirnya kewangan kami cukup untuk saya pencen pada umur 33 tahun! 

#FinancialFreedom - tak kerja pun ada duit, alhamdulillah... 

Malaysia penuh dengan peluang 

Syukurlah ekonomi kita di Malaysia ni sangat baik. Peluang untuk kaya terbuka luas.

Sebab tu ramai orang luar datang berduyun-duyun nak kerja dan bina kehidupan di tempat kita .

Sampai Chef Li (penulis buku Jutawan Senyap) pernah kata:

“Kalau duduk Malaysia tapi tak kaya, sungguh malang!”

Sebab dulu dia pernah kerja pegawai bank di area Jalan Chow Kit, KL. Dia tengok dengan mata sendiri, banyak warga asing di Chow Kit jadi kaya asbab datang cari rezeki di Malaysia. 

Sampai dia rasa malang kalau dia sebagai warga Malaysia tapi tak kaya - macam pendatang asing.

Itulah yang trigger dia bekerja keras bina kekayaan dan akhirnya jadi jutawan!  

Dan kisah Chef Li tu juga jadi inspirasi untuk saya - yang setiap kita pun berpeluang keluar dari kesempitan, bahkan jadi jutawan. InsyaAllah... 

#MotivasiKewangan 
#TipKewanganPeribadi 

Zulkifli
Cyberjaya
2 September 2025
9 Rabiul Awwal 1447H

Salah satu kedai makan di Cyberjaya. Mereka bagi makanan percuma bagi siapa lapar tapi tak ada duit. Begitu pemurahnya rakyat Malaysia. 

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 9,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 800,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}