MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Belajar Dari Billionaire: Bila Patut Show-off Kekayaan Kita?

September 3, 2025

“Sampai tahap mana kita boleh kongsi pencapaian kita dari sudut kekayaan?” 

Itu soalan Tuan Muda Azim Aliif masa kami dinner sama-sama malam tadi. 

Dia rasa serba salah. Nak cerita pencapaian dia (dalam training dealer), takut nanti orang kata show-off. Tapi kalau tak cerita, orang lain tak tahu. 

Jadi, macam mana nak bagi inspirasi kepada orang lain? Apakah border line kita boleh show-off? 

More...

Saya faham sangat dilema tu... Sebab saya pun pernah rasa dilema yang sama - suatu masa dulu. 

Antara humble dan selfish

Kalau ikut hati, saya lebih suka orang tak tahu pencapaian kewangan saya. Biar kaya raya, tapi duduk diam-diam - kalau boleh! 

Tapi kalau kita kaya raya, hanya simpan rahsia kekayaan tu seorang diri, tak kongsi ilmu, tak bantu orang lain keluar dari kesempitan... Itu bukan humble, tapi selfish!

Saya cuba belajar dari orang kaya, iaitu Dato Seri Louis Ng

Orangnya kaya raya... Tapi beliau dan isteri (serta anak-anak) sungguh humble... 

Walaupun saya tak tahu jumlah kekayaan sebenar beliau, tapi saya fikir beliau seorang billionaire!

Macam mana saya syak beliau billionaire?

Sebab beliau pernah ajak saya dan isteri ke rumah beliau beberapa bulan lepas. Rupa-rupanya beliau berjiran dengan ramai billionaire dan taikun bisnes di Malaysia! 

Yang satu masa dulu, saya kagum tengok rumah-rumah di kawasan tu. Rumah tapi macam istana! 

Jadi saya cuba belajar cara #FounderPublicGold ni. 

Show-off cara yang betul

Beliau orang kaya. Tapi beliau tak show-off kekayaan beliau kepada public.

Yang cuma tahu tahu kekayaan beliau hanya orang yang perlu tahu sahaja. 

Beliau cuma show-off kekayaan beliau kepada siapa yang beliau perlu show-off sahaja.

Beliau tak show-off rumah besar beliau kepada semua orang, bahkan kepada dealer Public Gold sekalipun.

Tapi beliau show-off rumah beliau kepada saya dan isteri, serta guru saya En Syukor Hashim dan isteri.

Untuk apa? Supaya kami tak rasa selesa dengan apa yang ada. Supaya kami boleh brain apa yang kami tak pernah brain.

Dan terus unlock kejayaan-kejayaan baru yang lebih besar!

Sebaik sahaja balik daripada rumah beliau, terus saya rasa rumah saya sungguh kecil! 😅

Barulah rasa saya ni 'miskin' di kalangan orang terkaya di Malaysia! 😂

Show-off sebagai inspirasi

Jadi janganlah sibuk nak show-off sangat... Nanti malu pada orang kaya yang lain...

Dan nak show-off tu boleh. Tapi show-off kepada orang yang betul, untuk tujuan yang betul. 

Bukan untuk berbangga atau berlagak sombong, tapi sebagai inspirasi. 

Masa lepas makan tengah hari di rumah beliau, kami bersembang lama...

Antara soalan yang saya tanya beliau ialah, berapa besar income yang perlu saya dapat untuk dapat duduk rumah macam beliau?

Jawab beliau, RMx.x juta sebulan! 

Ok, baiklah... Saya akan bekerja ke arah itu. InsyaAllah...

Terima kasih Dato Seri dan Datin Seri yang sentiasa bagi kami inspirasi untuk kami suami isteri unlocked pencapaian baru dalam hidup.

Kami sentiasa doakan beliau sekeluarga diberikan kesihatan, panjang umur dan kejayaan supaya lebih banyak orang dapat manfaat daripada beliau sekeluarga. InsyaAllah... 

#MotivasiKewangan 

Zulkifli
Cyberjaya
2 September 2025
9 Rabiul Awwal 1447H

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 9,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 800,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}